Kalau Naik Gelembung Pada Lidah Gusi Dalam Pipi Tanda Anak Terkena Hfmd


Ibu-ibu pasti pernah mendengar mengenai penyakit tangan kaki dan mulut HFMD, bukan? Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya.

Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Sebelum kita mengetahui kaedah rawatan penyakit tangan kaki dan mulut, mari fahami lebih lanjut mengenai penyakit ini. Hand-foot-and-mouth-disease atau HFMD, adalah jangkitan virus ringan yang mudah merebak kepada anak kecil, dikenali sebagai virus coxsackie.
Simptom penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
HFMD boleh mengakibatkan wujudnya beberapa gejala, seperti:
Demam Sakit tekak Berasa tidak sihat Gelembung (blister) kemerahan yang menyakit pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi Ruam merah tidak gatal tetapi adakalanya melepuh pada tapak tangan dan kaki, serta punggung Kerengsaan pada bayi dan kanak-kanak Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD turut boleh menyebabkan anak hilang selera makan

Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak.
Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.
Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?
Punca HFMD adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus. Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Individu dengan penyakit ini boleh menularkan jangkitan melalui:
Rembesan daripada hidung atau cecair tekak Air liur Cecair daripada lepuh Najis Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin Perkara biasa dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD cenderung terjadi pada kanak-kanak di pusat asuhan kerana kekerapan penukaran lampin dan latihan tandas, serta disebabkan anak kecil sering memasukkan jari ke dalam mulut.
Virus ini boleh berada dalam tubuh selama berminggu-minggu setelah tanda dan simptom hilang. Ini bermakna si kecil masih boleh menjangkiti individu lain. Sesetengah individu, khususnya dewasa boleh menyebarkan virus tanpa menunjukkan gejala penyakit ini.
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut & langkah pencegahan
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak akan membantu.
Perkara berikut dapat membantu membuatkan si kecil lebih selesa:
Untuk anak 6 bulan ke atas, berikan acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan sakit tekak. Jangan berikan ibuprofen kepada anak di bawah usia 6 bulan. Baca label untuk mengetahui dos tepat mengikut usia anak
Untuk anak kurang daripada 6 tahun, jangan berikan ubat selesema daripada farmasi (OTC) tanpa bertanyakan kepada doktor
Jangan berikan aspirin kerana ia boleh mengembangkan sindrom Reye yang boleh menyebabkan kematian
Jika anak berusia lebih 1 tahun, pastikan pengambilan cecair yang mencukupi. Berikan mereka air, susu, jus epal atau aiskrim popsicle. Elakkan jus buah tinggi asid seperti jus oren atau lemon karena ia boleh merengsakan luka dalam mulut
Bagi anak bawah usia setahun, teruskan penyusuan susu ibu atau susu formula
Tawarkan makanan mudah ditelan seperti kentang lenyek, oat atau telur
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut jika anak sakit tekak:
Bagi anak setahun ke atas, berikan sup, jus epal atau letakkan ½ sudu teh cecair antasid tanpa aspirin di depan mulut selepas makan Untuk anak 4 tahun ke atas, berikan lozeng atau semburan tekak tanpa benzocaine yang berbahaya kepada kanak-kanak. Boleh juga bilaskan mulut selepas makan dengan 1 sudu teh cecair antasid tanpa aspirin Anak 6 tahun ke atas pula sudah boleh berkumur tanpa menelan, jadi gunakan campuran ¼ sudu teh garam bersama segelas air suam. Kumurkan campuran 2-3 kali sehari, mengikut keperluan. Pastikan mereka meludahkannya selepas berkumur Langkah mencegah penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?
Malangnya, tiada vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun selepas sembuh.

 
Cara mencegah penularan HFMD dengan:
Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah? Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
The post Kalau Naik Gelembung Pada lidah, Gusi & Dalam Pipi Tanda Anak Terkena HFMD appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-naik-gelembung-pada-lidah-gusi-dalam-pipi-tanda-anak-terkena-hfmd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajar Anak Buat Teknik Ni Masa Lintas Jalan Tanda Alert Pada Pemandu Lain

Ajar Anak Buat Teknik Ni Masa Lintas Jalan Tanda Alert Pada Pemandu Lain

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 288 hits
Kes kemalangan yang melibatkan kanak kanak dilanggar van sekolahnya sendiri meninggalkan kesan amat dalam bagi mak ayah Apa lagi yang terpaksa memilih untuk menghantar anak menggunakan khidmat van sekolah Bukan pilihan namun itu sajalah pil...
50 Tanda Tanda Anda Terkena Sihir

50 Tanda Tanda Anda Terkena Sihir

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 324 hits
Mungkin ramai yang kurang percaya namun dalam kehidupan tiada yang mustahil Lazimnya sihir ini merupakan perbuatan hasad dengki yang melibatkan bantuan jin dalam mencapai hajat yang diingini Sakit kepala selepas waktu asar keatas Badan tera...
Ibu Bapa Boleh Dipenjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

Ibu Bapa Boleh Dipenjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 273 hits
Zaman sekarang ni memang zaman orang terlalu obses dengan media sosial Bukan orang dewasa je ada media sosial budak yang baru lahir pun sudah dibuatkan akaun sendiri oleh ibu bapa mereka untuk memudahkan mereka berkongsi gambar anak anak Di...
Hiburan Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Hiburan Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 431 hits
Doktor selebriti popular memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak anak 2 minggu laluNetizen Dakwa Habis Duit Buktikan Diri Lelaki Sejati Label Anak OKU Dr Say TerkilanAdvertisementMenurut Dr Say atau nama lengkapnya Shazril Shaharuddi...
Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 402 hits
Hashtag cerita anak murid lawan cikgu ni bukan benda baru Cumanya kalau nak bantai cikgu tak cukup kalau setakat jadi juara isu kena ada kabel kuat duit banyak dan kekal konfiden walaupun bukannya betul pun Shining Eun soo Still Loving You ...
Hiburan Kelu Lidah Dato Ct Belanja Anak Saya Siti Nurhaliza Spontan Belanja Peminat

Hiburan Kelu Lidah Dato Ct Belanja Anak Saya Siti Nurhaliza Spontan Belanja Peminat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 232 hits
Penyanyi nombor satu negara memuat naik perkongsian video terbaharu menerusi platform YouTube yang menampilkan diri beliau bersama anak sulungnya Siti Aafiyah di sebuah gedung permainan 6 hari laluJam Tangan Lebih RM1 Juta Netizen Anggap Si...
Cek Fakta Hoaks Anak Anak Yang Terkena Kanker Dilarang Mendapat Vaksin

Cek Fakta Hoaks Anak Anak Yang Terkena Kanker Dilarang Mendapat Vaksin

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 170 hits
Informasi vaksin mengakibatkan kanker pada anak anak adalah hoaks Tidak ada kaitannya antara vaksin dengan penyebab kanker
Tak Semua Ada Tanda Sama Dr Say Kongsi Tanda Tanda Anak Autism

Tak Semua Ada Tanda Sama Dr Say Kongsi Tanda Tanda Anak Autism

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 246 hits
Sebelum ini doktor selebriti Dr Shazri Shaharuddin atau mesra dipanggil Dr Day pernah berkongsi tentang anak sulungnya yang disahkan mild autism Menerusi posting terbarunya dia berkongsi tanda tanda atau ciri anak autism supaya ibu bapa lai...
Jangan Risau Berat Anak Tak Naik Selagi Tak Turun Ke Line Kuning Tak Apa

Jangan Risau Berat Anak Tak Naik Selagi Tak Turun Ke Line Kuning Tak Apa

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 221 hits
Ibu jangan risau kalau berat anak tak naik Berat sahaja bukan indikasi anak kita sihat semata mata Kebanyakan ibu banyak meluahkan rasa risau bila berat anak tak naik Menurut Dietitian Puan Nor Hafizah Sobri kesihatan anak bukan dinilai mel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi