Kalau Mak Meningg4l Mak Dah Siapkan Semua Pesanan Terakhir Warga Emas Sebelum Ajal Menuju Raudhah
‘Kalau Mak Meningg4l, Mak Dah Siapkan Semua..’ – Pesanan Terakhir Warga Emas Sebelum Ajal Menuju Raudhah. Menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang terbaik menjadi hajat dan keinginan semua orang. Umat Islam digalakkan untuk banyak berdoa agar dijemput Ilahi dalam serba kebaikan atau digelar husnul khotimah.
Hajat seorang warga emas untuk ‘pergi’ di Tanah Suci Mekah termakbul ketika dia menunaikan umrah, semalam. Siti Faridah Ahmad yang sedang menunaikan umrah dilaporkan meningg4l dunia semasa dalam perjalanan ke Raudhah, Masjid Nabawi jam 9 malam waktu tempatan.
Luah hasrat meninggal di Mekah atau Madinah
Menurut anak arwah, Noor Hashimah, arw4h sudah 12 kali menunaikan umrah dan pernah memasang niat untuk meningg4l dunia di Mekah atau Madinah. Apa yang lebih memilukan arw4h sempat meninggalkan pesan mengatakan dia sudah menyediakan segala kelengkapan jika ditakdirkan ‘dijemput’ di sana.
Kalau mak meningg4l, mak dah siapkan semua kelengkapan mak, ambil ja dalam beg ni, telekung semua mak dah siap.
Itu yang mak pesan kat anak-anak, dia siap dah kelengkapan semua. Mak juga pernah kata kat kawan dia, kalau boleh dia nak meninggal dunia di Mekah atau Madinah, bila dapat tau berita kema tian ini, maka termakbullah hajat mak.
Bersyukur mak dijemput di tempat suci
Tambah Noor Hashimah, walaupun kaum keluarga berduka dengan berita itu, namun mereka juga bersyukur kerana ibunya meningg4l di tempat suci dalam Masjid Nabawi.
Seluruh ahli keluarga bersedih tapi jauh di sudut hati rasa amat bersyukur sebab mak dijemput Ilahi di tempat paling suci iaitu semasa dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.
Raudhah tu taman-taman syurga, depa kata mak jatuh masa melangkah ke Raudhah, anak-anak mak doakan, mak kini sedang melangkah ke syurga, Insha-ALLAh.
Ujarnya lagi, arw4h ibunya sempat berpesan kepada abangnya untuk sentiasa menjaga mereka adik-beradik setelah kematian ayah 3 tahun lalu.
Mak pesan pada abang (anak sulung) sebelum bertolak supaya jaga adik-adik, kami semua lima beradik dan adik bongsu dah meningg4l dunia pada 2014. Arwah ayah pun dah meningg4l tiga tahun lepas, sejak itu, saya duduk dengan mak.
Bila arw4h mak tiada, rasa sangat kehilangan, kami tahu dia pergi umrah macam biasa, macam tahun-tahun lepas, tetapi tahun ini berbeza sekali, dia pergi buat selama-lamanya. Moga Allah terima mak, terima segala amalan mak, Insha-ALLAH.
Sumber: Sinar Harian, Nurulaswar Nasron
Kes Saman Remaja Kepala Kemaluan Terpotong, Kementerian Kesihatan Panggil Kakitangan
Media melaporkan seorang remaja 18 tahun memfailkan saman ke atas pembantu perubatan, doktor dan kerajaan kerana didakwa cuai sehingga kepala kemaluannya terpotong ketika dikhatankan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengambil serius hal itu kerana walaupun hanya kes terpencil supaya tidak meresahkan masyarakat umum.
Kementerian panggil kakitangan terlibat
Untuk itu, Dr Zulkefly memaklumkan pihak kementerian akan memanggil kakitangan yang terlibat dalam tuntutan saman berkenaan bagi tindakan lanjut.
Jika ada apa-apa juga kemalangan dan kesilapan, kita akan susuli untuk menanganinya. Perkara itu (kecuaian pelaksanaan proses berkhatan) jarang berlaku tapi jika berlaku, ia perlu diberi perhatian.
Saya akan panggil kakitangan yang terlibat untuk beritahu apa yang dah berlaku. Namun saya yakin, perkara ini akan dapat ditangani dengan baik.
Glans penis terpotong keseluruhan
Remaja itu melalui ibunya, selaku plaintif memfailkan saman terhadap seorang pembantu perubatan dan lima lagi kerana cuai sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.
Dalam saman itu, plaintif menamakan pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang (defendan pertama), pegawai perubatan dan pengarah hospital itu (defendan kedua dan ketiga), doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang (defendan keempat dan kelima) serta Kerajaan Malaysia (defendan keenam).
Kejadian itu berlaku ketika plaintif berkhatan 8 tahun lalu. Berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif, remaja itu berumur 10 tahun ketika kejadian dan mendakwa defendan pertama tidak mengikut prosedur yang ditetapkan kerana telah memotong keseluruhan kepala kemaluannya atau ‘glans penis’.
Sumber: Bernama Front Desk
The post ‘Kalau Mak Meningg4l’, Mak Dah Siapkan Semua..’ – Pesanan Terakhir Warga Emas Sebelum Ajal Menuju Raudhah appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/kalau-mak-meningg4l-mak-dah-siapkan-semua-pesanan-terakhir-warga-emas-sebelum-ajal-menuju-raudhah/