Kalau Lambat Satu Saat Bapa Nyaris Ditetak Penyamun Di Depan Pintu Rumah
Seorang lelaki nyaris ditetak penyamun yang datang mengejarnya sehingga ke depan pintu rumah.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.28 petang tadi di Bukit Kuchai, Puchong, Hazran Adli berkata, bapanya dikejarkan oleh dua orang penyamun bersenjata parang sehingga ke depan pintu rumah. Bagaimanapun, bapanya bernasib baik kerana pantas melariskan diri dan terus menutup pintu
Berdasarkan video yang dikongsi Hazran di Twitternya menunjukkan, dua suspek mengejar mangsa yang sempat masuk ke dalam rumah, sementara lima lagi rakannya yang menunggang motosikal menunggu di depan pagar rumah. Mangsa cuba menutup jeriji pintu tetapi gagal dan terus menutup pintu
Guys please stay safe my dad almost kene samun masa nak keluar rumah nasib baik sempat masuk dalam and ktrong tahan pintu
— Hazran Adli (@aranomilano) February 21, 2019
Ayah tgah tengah nak repark car, kebetulan diorsng tgah ronda and nampak gate terbukak— Hazran Adli (@aranomilano) February 21, 2019
Time ni diorang berlegar2 depan rumah, then bapak aku dgar moto stop depan umah dia terus lari masuk dalam. pic.twitter.com/ozfHQC6Cd2— Hazran Adli (@aranomilano) February 21, 2019
Anaknya yang ternampak kejadian itu terus segera membantu bapanya menahan pintu itu daripada dipecah masuk oleh suspek yang berulang kali menendang pintu tersebut.
"As you can see my dad 2 second away from getting tetak. Kalau lambat satu saat tahan pintu and masuk, memang tak ngam. Alhamdulillah semua okey.
"Sentiasa beringat guys and alert. Alhamdulillah syukur Allah bantu kami hari ini.
"By the way kau dapat tatap muka seorang budak tu. Budak-budak melayu muda-muda je. Kalau dapat tu memang GG beb," tulisnya.
Ni view from dalam rumah, adengan mcam dalam filem2 haha. Nasib baik brader tu x buat leg day and gua ada strong back and shoulder. pic.twitter.com/uSt2q9ytze— Hazran Adli (@aranomilano) February 21, 2019
Porch view as u can see my dad 2 sec away from getting tetak. Kalau lambat satu saat tahan pintu and masuk memg x ngam. Alhamdulillah semua ok. pic.twitter.com/M20nzUqoHq— Hazran Adli (@aranomilano) February 21, 2019
Berang usaha menyamun keluarga mangsa menemui kegagalan, suspek bertindak membocorkan tayar dan memecahkan tingkap kereta Hazran.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan pintu pagar rumah atau pintu utama dibiar dibuka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suratkabor.blogspot.com/2019/02/video-kalau-lambat-satu-saat-bapa.html