Kalau Ikut Sucinya Reformasi Jangankan Penasihat Kanan Jadi Kerani Cabuk Pmo Pun Tak Dibenarkan




Semua orang pada umumnya faham dan menerima Nurul Izzah sebagai pemimpin penting dalam PKR, malah dalam kebangkitan reformasi sejak dulu lagi.


Dengan beberapa penggal sebagai Ahli Parlimen, walau kalah di Permatang Pauh dalam PRU15 lalu serta sekarang berjawatan Naib Presiden PKR, tidaklah janggal jika beliau dilantik sebagai menteri atau pengerusi GLC setelah PH berjaya menjadi kerajaan dan bapanya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Seseorang anak yang memang aktif dalam politik, berjawatan dan ada kelayakan, tidaklah menjadi salah jika memegang apa-apa jawatan yang bersesuaian dalam kerajaan di mana bapanya sendiri mengetuai kerajaan itu.


Ia sama seperti Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah ketika Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Tamrin Ghafar dilantik sebagai Pengerusi MARA di ketika ayahnya, Tun Ghafar Baba memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Begitu juga dengan Nurul Izzah, Anwar tidak akan dilihat salah jika melantiknya sebagai menteri atau pengerusi GLC berikutan kedudukan dan penglibatannya dalam parti dan perjuangan reformasi selama ini.


Tambahan lagi jika dicampur dengan harapan ramai bahawa Nurul Izzah adalah bakal Perdana Menteri wanita pertama .di masa depan, melantiknya dalam jawatan kerajaan sebagai proses latihan serta pendedahan amat-amatlah wajar sekali.


Sebagai salah seorang pejuang yang terlibat aktif dalam perang, memperolehi sebahagian ghanimah atau “harta rampasan perang” tidaklah menjadi kesalahan buat Nurul Izzah.


Tetapi, dengan Anwar sebagai Perdana Menteri dan kemudian melantik anaknya itu sebagai penasihat kanan berkaitan ekonomi dan kewangan di PMO amatlah tidak kena.


Perlantikan itu menjadikan semangat perjuangan reformasi yang menolak nepotisme atau lantikan keluarga yang dikumandangkan selama ini telah tercemar dengan sendirinya.


Dengan Nurul Izzah memegang jawatan penasihat di kanan PMO di mana Anwar adalah Perdana Menteri mendedahkan lantikan itu kepada pelbagai kemungkinan, tanggapan serta persepsi yang tidak baik di mata rakyat.


Ia juga seolah-olah meletakkan Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi dan beberapa penasihat di Kementerian Kewangan yang diketuai Hassan Merican tidak cukup berwibawa dan berkemampuan untuk menasihati Anwar mengurus ekonomi negara.


Malah dengan semua cabang media sosial mempertikai lantikan itu, keadaan kini seperti Anwar sendiri telah membekalkan peluru kepada pihak lawan untuk menembak PH, PKR dan kerajaan perpaduan.


Walaupun Anwar menyebut Nurul Izzah tidak dibayar gaji, tetapi isunya di sini ialah kuasa yang ada di sebalik jawatan tersebut.


Jika kita imbas kembali betapa sucinya perjuangan reformasi yang diangkat oleh Anwar dan PKR sejak 24 tahun lalu, sebenarnya jangankan untuk pegang jawatan penasihat kanan, jadi kerani cabuk di PMO pun tidak boleh dipegang oleh seorang anak jika bapanya menjadi Perdana Menteri.


Dalam hal ini, tindakan Anwar mempertahankan kelayakan Nurul Izzah dalam lantikan itu adalah tersasar kerana isunya di sini bukanlah berkaitan kelayakan, kemampuan atau sijil yang dimiliki.


Dalam politik dan kerajaan, imej dan melaksanakan perjuangan sebagaimana diutarakan ketika sebelum menjadi kerajaan adalah jauh lebih penting.


Kalau Anwar dan PKR bukan mengangkat reformasi sebagai intipati perjuangan tidak sama sekali berhasrat melahirkan sebuah kerajaan yang berwibawa, tetapi semata-mata kerana inginkan kuasa, barangkali lantikan Nurul Izzah itu boleh diwajarkan dengan pelbagai alasan.


Namun, sebagai parti reformasi, lantikan atau berperanan di bawah bapa sendiri adalah tindakan mencemarinya dengan sengaja.


Lebih sayang lagi, tercemarnya perjuangan suci reformasi itu berlaku hanya lebih kurang dua bulan saja setelah Anwar menjadi Perdana Menteri.


Lalu, bagaimanakah kerajaan perpaduan ini mahu dipertahankan lebih lama lagi? – ShahbudinHusin 29/01/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/01/29/kalau-ikut-sucinya-reformasi-jangankan-penasihat-khas-jadi-kerani-cabuk-pun-tak-dibenarkan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/kalau-ikut-sucinya-reformasi-jangankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Dilantik Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan Pm

Nurul Izzah Dilantik Penasihat Kanan Ekonomi Dan Kewangan Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 83 hits
nbsp Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mendedahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Menerusi wawancaranya bersama The Star bekas Ahli Parl...
Badan Pemikir Perlu Ada Latar Belakang Khusus Bagi Penasihat Ekonomi

Badan Pemikir Perlu Ada Latar Belakang Khusus Bagi Penasihat Ekonomi

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 78 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2023 11 12 AMSebuah badan pemikir menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam bidang ekonomi dan kewangan Dalam sa...
Bukankah Rafizi Pakar Formula Sudah Dilantik Jaga Ekonomi Kenapa Perlu Lagi Penasihat

Bukankah Rafizi Pakar Formula Sudah Dilantik Jaga Ekonomi Kenapa Perlu Lagi Penasihat

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 114 hits
agendaily com30 01 2023Rafizi kini merupakan Menteri Ekonomi Lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat sudah disahkan sendiri oleh bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi selepas laporan berhubung pelantikan itu mencuri tumpuan rakyat Anak...
Penasihat Ekonomi Kewangan Papa Hmmmmmm

Penasihat Ekonomi Kewangan Papa Hmmmmmm

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 134 hits
Papa akan dinasihatkan oleh anak papa Anak pada akan jadi penasihat kanan ekonomi untuk Papa Menteri ekonomi teamnya sekarang dikawalselia oleh Rafizi Ramli Entahlah Entahlah Entahlah Entahlah Entahlah Entahlah Tiba tiba kami rindukan Mama ...
Gaji Duta Khas Penasihat Pm

Gaji Duta Khas Penasihat Pm

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 161 hits
PRO BONO PUBLICO Melakukan kerja tanpa gaji secara sukarela demi kebaikan awam GAJI DUTA KHAS PENASIHAT PM Zaman PN Duta Khas bertaraf Menteri dilantik dengan kos gaji keseluruhan RM653 ribu Ini kita buat buat tidak tahu Zaman PH Penasihat ...
Alahai Faizal Azumu Ko Pun Dilantik Penasihat Nurul Lantik Tak Dak Gaji Membantu Papa

Alahai Faizal Azumu Ko Pun Dilantik Penasihat Nurul Lantik Tak Dak Gaji Membantu Papa

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 167 hits
Faizal yang persoal perlantikan Nurul Izzah ada tak dia persoal perlantikan dia dulu Apa kelayakan dia masa tu ek Padahal jadi MB pun fail Guane boh
Anwar Langgar Prinsip Tadbir Urus Baik Bila Lantik Anak Sebagai Penasihat

Anwar Langgar Prinsip Tadbir Urus Baik Bila Lantik Anak Sebagai Penasihat

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 90 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2023 8 34 AMSeorang pemimpin Pemuda Bersatu mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebenarnya komited dengan prinsip tadbir urus yang baik Ketua penerangan sayap itu Mohd Ashraf Mustaqim Badr...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan