Kalau Ia Khabar Angin Apakah Azmin Sendiri Yang Meniupkan Angin Itu






26 September 2025


Hanya beberapa jam setelah tersebar berita perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, Azmin Ali telah tampil menafikan perkara tersebut.


Adun Hulu Kelang itu memberitahu sebuah portal berita, laporan berkenaan adalah tidak benar.


“Tidak benar. Hentikan khabar angin.


“Saya sentiasa optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” katanya.


Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor seterusnya berkata, beliau bersyukur dapat berkhidmat di Selangor kerana kerjasama dan ikatan antara Bersatu dan PAS di negeri itu amat mantap.


“Kami akan berusaha sedaya upaya kami,” tambah Setiausaha Agung Bersatu itu lagi.


Berdasarkan laporan dan ia turut disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai, spekulasi peletakan jawatan Azmin itu tercetus susulan beliau sendiri dilaporkan  menghantar mesej dalam Grup WhatsApp melibatkan Adun Perikatan Nasional (PN) Selangor dengan memaklumkan hasratnya untuk berundur sebagai Ketua Pembangkang berkuat kuasa 1 Oktober depan.


Mesej beliau itu juga dikatakan menggesa 21 Adun PN lain di Selangor supaya segera berbincang untuk melantik Ketua Pembangkang yang baru menjelang sidang DUN akan datang.


Selepas mesej itu dihantar dan mendapat respon daripada sejumlah Adun, termasuk daripada wakil rakyat Pas yang meminta perkara itu dibincangkan lebih lanjut, mesej Azmin itu segera dipadamkan.


Ia dikatakan dipadam oleh admin Grup Whatsapp berkenaan yang  merupakan seorang Adun yang diketahui memang penyokong setia Azmin.


Berkaitan hal ini, saya sendiri ada dihubungi oleh satu sumber yang memaklumkan mengenai perkara itu malam tadi, tetapi sumber berkenaan tidak pasti sama ada mesej Azmin sempat “discreenshot” atau tidak.


Sumber itu hanya berkata, ia akan jadi berita besar esok.


Meskipun mesej itu telah dipadam, rupa-rupanya ada yang sempat membuat “screenshot” mesej Azmin itu dan daripada situlah ia kemudian dilaporkan oleh Utusan pada kira-kira jam 9.50 malam tadi.


Laporan lain menyebut, suatu mesyuarat tergempar telah diadakan malam tadi susulan berita perletakan jawatan Azmin itu.


Di dalam hal ini, adalah jelas dan boleh dikata tidak diragukan lagi bahawa berita perletakan jawatan Azmin itu tercetus daripada mesej yang dihantarnya sendiri.


Azmin sendiri tidak pernah menafikan mesej tersebut bukan dihantar oleh dirinya ke dalam Grup Whatsapp berkenaan.


Yang beliau nafikan hanyalah berita perletakan jawatannya, sambil mengatakan ia tidak benar dan suatu khabar angin.


Soalnya, jika  ia khabar angin, apakah ini bermakna angin itu ditiupkan oleh Azmin sendiri?


Apakah tujuan Azmin berbuat demikian?


Apakah semua ini ada kaitan dengan pergolakan dalam Bersatu yang melibatkan pertembungan Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin sehingga beberapa pemimpinnya bakal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti?


Apakah pergolakan dalam Bersatu akan reda atau lebih banyak angin bertiup lagi selepas ini? – ShahbudinHusin 26Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kalau-ia-khabar-angin-apakah-azmin-sendiri-yang-meniupkan-angin-itu/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/kalau-ia-khabar-angin-apakah-azmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angka Itu Nampak Besar Tapi Speaker Dewan Rakyat Dedah Gaji Ahli Parlimen Rm25k Tidak Cukup Ini Sebabnya

Angka Itu Nampak Besar Tapi Speaker Dewan Rakyat Dedah Gaji Ahli Parlimen Rm25k Tidak Cukup Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 729 hits
Melalui sesi temubual bersama BFM baru baru ini Datuk Seri Johari Abdul menjelaskan bahawa gaji asas Ahli Parlimen biasa adalah sekitar RM16 000 sebulan manakala selebihnya datang daripada pelbagai elaun lain Gaji RM25 000 sebulan ti
Apa Itu Anc Pada Headphone Teknologi Canggih Penghapus Bunyi Bising

Apa Itu Anc Pada Headphone Teknologi Canggih Penghapus Bunyi Bising

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 508 hits
Original Content Ramai pengguna muzik gamer dan pekerja profesional hari ini sudah terbiasa mendengar istilah ANC pada spesifikasi headphone atau earphone moden Tetapi apa sebenarnya maksud ANC bagaimana ia berfungsi dan adakah ia benar ben...
Linda Rafar Tak Sengaja Pakai Begitu Netizen Kena Faham Keadaan Dia Ketika Itu Zamarul Hisham

Linda Rafar Tak Sengaja Pakai Begitu Netizen Kena Faham Keadaan Dia Ketika Itu Zamarul Hisham

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 138 hits
Pelakon Zamarul Hisham baru baru ini menyifatkan insiden 8216 baju ketat 8217 yang dipakai oleh kakak iparnya Linda Rafar ketika konsert Elite Live 8217 25 dianggap berlaku secara tidak sengaja Barangkali Linda Rafar gementar Kata Zamarul s...
Apa Itu Sumud Nusantara Dan Update Terkini

Apa Itu Sumud Nusantara Dan Update Terkini

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1120 hits
APA ITU SUMUD NUSANTARA Sumud Nusantara ialah sebuah gerakan solidariti rentas negara yang digerakkan oleh rakyat Asia Tenggara dan Asia Selatan dari Malaysia Indonesia selatan Thailand hingga ke Pakistan dan Maldives demi membela nasib rak...
Lirik Lagu Syurga Itu Mahal Adam Music Canvas Feat Dimas Titis

Lirik Lagu Syurga Itu Mahal Adam Music Canvas Feat Dimas Titis

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1798 hits
SYURGA ITU MAHALRamai kata aku bertuahAnak syurga di pangkuankuHadiah dari TuhanTulus dan suciTapi mereka tak tahuAirmata tak kelihatanLelah ini sunyi malamNamun tak pernah putus harapanSusah senang ku menjagamuBukan mudahTapi indahTuhan pi...
Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 710 hits
Views 12 Selama ini ramai yang menganggap audio melalui Bluetooth tidak akan pernah sama dengan sambungan berwayar Alasannya mudah bila muzik dihantar melalui Bluetooth ia biasanya dimampatkan untuk menjimatkan bandwidth lalu kualiti bunyi ...
Solat Itu Penghapus Dosa

Solat Itu Penghapus Dosa

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1694 hits
Solat tiang agama Solat juga Penghapus Dosa Solatlah selagi sihat dan mampu Nanti bila datang ujian kesihatan nak bangun solat pun orang tolong bangunkan Ini nasihat adalah untuk diri sendiri juga Setelah itu nasihat ini sebagai satu pering...
Tawaf Wada Dan Larangan Selepas Itu

Tawaf Wada Dan Larangan Selepas Itu

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 202 hits
Assalammualaikum Dunia Alhamdulillah syukran ke atas kurniaan dan rezeki yang telah diberikan untuk tahun 2025 Di saat kita di uji dan segala ujian dan harapan hanyalah berserah kepada Allah jua Berharap cinta ini tak pernah berlaluKutulisk...
Silent Burnout Bila Penat Itu Diam

Silent Burnout Bila Penat Itu Diam

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 151 hits
Monolog Jiwa Silent Burnout Silent Burnout Bila Penat Itu Diam Ada satu jenis letih yang tak ramai orang sedar tapi semakin ramai yang menanggungnya Ia bukan sekadar penat fizikal ia ialah keletihan senyap yang memakan perlahan jiwa silent ...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Kentang Putar Homemade

Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

Irresistible Healthy Yogurt Recipes For Breakfast

Semoga Allah Melindungi Kita

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Pengerusi Mais Ppim 28 10 2025

Aktiviti Lawatan Ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al Quran Ppim 02 11 2025