Kalau Dia Mati Awak Cari Saya Eh Bodohlah Yusuf Azmi Dibodohkan Oleh Ah Long Dan Akibatnya


The Reporter



Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi, yang juga bekas Ketua Pengarah Unit Tindakan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini turun padang untuk membantu seorang individu yang meminjam wang daripada Ah Long. 


Menurut sumber, lelaki itu telah membuat pinjaman sebanyak RM300,000. Walaupun jumlah tersebut telah dibayar, mangsa mendakwa Ah Long terbabit masih menuntut bayaran. 


Mangsa dipercayai akur dengan tuntutan itu dan telah membayar hampir RM1.5 juta, sedangkan dia hanya meminjam RM300,000 sahaja. Sehingga ke hari ini, Ah Long itu menuntut baki bayaran sebanyak RM400,000. 


Tidak tahan dengan tuntutan yang tidak berasas itu, mangsa meminta bantuan Yusuf Azmi yang kemudian mengadakan pertemuan dengan Ah Long berkenaan di sebuah restoran. 


Yusuf Azmi menjelaskan, pertemuan itu bukan bertujuan menyerang Ah Long berkenaan, sebalik berbincang dan mencari jalan penyelesaian bersama. Malangnya, Ah Long terbabit tiba-tiba melenting dan mula meninggikan suaranya. 


Azmi: "Saya bukan serang awak sekarang. Dia (mangsa) pinjam dengan awak RM300,000. Sekarang berapa lagi awak minta dari dia?" 


Ah Long: "RM410,000." 


Yusuf Azmi: "Kalau dia sudah bayar awak RM1,065,000, campur dengan RM410,000, dah jadi RM1,475,000. Kalau ikutkan, dua tahun. 400 peratus awak ambil."


Ah Long kemudian memberi penjelasannya sendiri, tetapi Yusuf Azmi tidak dapat menerima alasan yang dianggapnya tidak munasabah itu. 


Yusuf Azmi: "Biasa Ah Long paling banyak ambil pun 40 peratus, 30 peratus. Tapi awak dah ambil sampai 400 peratus. Macam mana awak kira? Macam ni, dia pun tengah susah. Dia berniaga pun bukan kecil..."


Ah Long: "Dia berniaga kecil atau besar, dia berhutang dengan saya."


Yusuf Azmi: "Kita bukan tak nak bagi muka. Kita faham awak semua cari makan. Tapi sekarang, banyak sangat awak ambil brader."


Ah Long: "Kita nak balik modal maa..." 


Yusuf Azmi: "Takkan awak tak boleh tolong dia?"


Ah Long: "Saya dah tolong dia lah."


Yusuf Azmi: "Awak tolong? Lagi mintak RM400,000? Macam ni, orang tengah susah, kita nak tolong dia. Sekarang ni kalau awak tengok, sama-sama bangsa pun awak nak berkira?" 


Ah Long: "Okay, berapa awak nak bayar balik, awak cakap? Free ah?"


Kata-kata Ah Long itu mencetuskan sedikit ketegangan di antara mereka. Yusuf Azmi sekali lagi menjelaskan kepadanya bahawa mereka mahu berbincang, bukannya mahu berperang. Tujuan perjumpaan untuk mencari jalan penyelesaian yang adil bagi kedua-dua pihak. 


Ah Long itu bertenang seketika dan meminta Yusuf Azmi menjelaskan apa yang ada di buah fikirannya. Bila ditanya apa tawaran yang boleh diberikan, Ah Long tetap bertegas mahu mangsa membayar baki pinjaman RM400,000. 


Ah Long: "Awak panggil siapa, saya tak kisah. Awak cakap apa, saya tak peduli." 


Yusuf Azmi: "Bang, kalau awak minta lagi RM410,000, awak sudah minta hampir RM1.6 juta tau. Kasihanlah pada dia, sebab dia kerja di pasar sekarang." 


Ah Long: "Okay, awak tak mahu bayar tak mengapa. Lamsam. Tak mengapa, dia tak payah bayar. Saya 'settle' dengan dia."


Ah Long kemudian bangun dan mahu beredar dari meja itu tetapi Yusuf Azmi meminta dia duduk semula dan berbincang dengan baik. Tetapi Ah Long itu tidak mahu berbincang lagi dan mahu menyelesaikan masalah itu secara peribadi dengan mangsa, mengundang persoalan Yusuf Azmi tentang apa yang dimaksudnya 'settle'. 


Ah Long: "Sorrylah, tak mengapalah. Tak payah bayarlah. Jadi ma, tak payah bayar. Dah selesai." 


Yusuf Azmi: "Betul ni? Eh dengar dulu saya nak cakap. Marilah cerita." 


Ah Long: "You want to take averything from me. I'm tired." 


Yusuf Azmi: "Nanti awak balik, awak tetap akan cari mereka (mangsa). Sekarang ni awak boleh tolong ke tak boleh tolong?" 


Ah Long: "Saya tak mahu. Saya dah tak mahu semua duit itu. Okay?"


Yusuf Azmi: "Apa janji awak tak kacau mereka lagi?"  


Ah Long: "Saya dah tiada (kacau mereka)." 


Yusuf Azmi: "Kalau apa-apa terjadi pada mereka, kita cari awak eh?" 


Ah Long: "Kalau dia mati, awak cari saya eh? Bodoh laa!" 


Yusuf Azmi: "Eh eh? Awak cakap apa? Awak cakap saya bodoh? Awak cakap bodoh pada siapa?" 


Soalan itu membuatkan Ah Long tercenggang seketika dan kemudian mengatakan dia menujukan perkataan bodoh itu kepada mangsa. Sedangkan sebelum itu jelas tangannya menunjuk kepada Yusuf Azmi. 


Kedua-dua mereka kemudian bertukar nombor telefon. Yusuf Azmi sekali lagi meminta kepastian bahawa Ah Long itu tidak akan mengapa-apakan mangsa dan Ah Long terbabit bersetuju tidak akan sesekali menyentuh mereka. 


Ah Long: "Saya cuma mahu wang saya balik sahaja. Kita keluarkan modal, mahu 'rolling; dan cari makan sahaja ma." 


Yusuf Azmi: "Tahu tak awak dah buat orang susah, tapi saya percaya awak boleh tolong."


Ah Long: "Okay, kita kawan. Nanti saya bincang dengan awak."




Di media sosial, ramai yang memuji usaha Yusuf Azmi dan pasukannya membantu menyelesaikan masalah peminjam tanpa mengira bangsa.


Orang ramai dinasihatkan tidak meminjam wang dengan Ah Long sekiranya tidak mahu berdepan dengan sebarang masalah yang boleh mengancam nyawa diri dan keluarga di kemudian hari. Sebaik-baiknya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lain, yang tidak mendatangkan kemudaratan. 


Sumber: YouTube Yusuf Azmi SemboyanTV


April 13, 2021 at 03:00PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/04/video-kalau-dia-mati-awak-cari-saya-eh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi Kerap Mengeluh Dijatuhkan Hukuman Mati Oleh Kim Jong Un

Pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi Kerap Mengeluh Dijatuhkan Hukuman Mati Oleh Kim Jong Un

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 381 hits
Pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi kerap mengeluh dijatuhkan hukuman mati oleh Kim Jong UnSeorang pegawai tertinggi di Kementerian Pendidikan Tinggi yang selalu mengeluh dengan bebanan kerja dan gagal mengadakan panggilan video yang menc...
Insiden Satu Diskriminasi Penghinaan Pada Agama Yusuf Azmi

Insiden Satu Diskriminasi Penghinaan Pada Agama Yusuf Azmi

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh KEJADIAN dua lelaki yang bertugas sebagai pengawal peribadi dicederakan dan dihina oleh majikan hanya kerana berpuasa disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi dan penghinaan kepada Islam Walaupun suspek telah ditahan polis namun Pen...
Video Kes Pukul Bodyguard Puasa Yusuf Azmi Ngo Semboyan Serbu Rumah Tauke Judi

Video Kes Pukul Bodyguard Puasa Yusuf Azmi Ngo Semboyan Serbu Rumah Tauke Judi

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 832 hits
1 856 total views 1 856 views today Kes dua pengawal peribadi dipukul majikannya yang juga tauke judi online turut mendapat perhatian Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia yang tampil mempertahankan nasib dua mangsa kejadian Rombongan yang d...
Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Oleh Richworks Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Oleh Richworks Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 409 hits
Sedar tidak sedar sudah setahun lebih kita dalam norma baru Cepat betul masa berlalu dan sekarang sudah bulan April 2021 Bagaimanakah dengan dengan azam 2021 korang Adakah korang masih berusaha untuk mencapainya Kami harap korang dapat teru...
Hotman Paris Minta Tolong Usai Dikirimi Gambar Oleh Artis Cantik Dhea Qiqi

Hotman Paris Minta Tolong Usai Dikirimi Gambar Oleh Artis Cantik Dhea Qiqi

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 398 hits
Nama Hotman Paris sudah tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air Selain aktif sebagai pengacara Hotman juga merupakan seorang presenter Hotman dikenal sebagai pengacara yang dekat dengan para wanita cantik Terbaru Hotman Paris minta tolo...
Isteri Maut Ditikam 25 Kali Oleh Suami Yang Mengesyaki Dia Curang Di Tempat Kerja

Isteri Maut Ditikam 25 Kali Oleh Suami Yang Mengesyaki Dia Curang Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 210 hits
Isteri maut ditikam 25 kali oleh suami yang mengesyaki dia curang di tempat kerjaSeorang wanita berusia 40 tahun di Delhi India maut ditikam oleh suaminya sendiri di siang hari di tempat awam sambil disaksikan oleh orang ramai Namun tiada s...
Pemimpin Umno Memang Tak Tau Malu Dah Digelar Binatang Oleh Mpt Bersatu Pun Masih Nak Sokong Pn

Pemimpin Umno Memang Tak Tau Malu Dah Digelar Binatang Oleh Mpt Bersatu Pun Masih Nak Sokong Pn

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 298 hits
Malaysiakini Pemimpin Umno kecam Faiz Na aman sifatkannya anjing salakan politik Pemimpin Umno tampil membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dianggap biadab kerana menyifatkan pemimpin kluster mahkamah Umno sebagai b...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024