Kalau Betoi Pasai Apa Tun M Terhegeh Hegeh Mai Cari Dsai Sebelum Pru14





Pertama sekali, jika benar Tun mendakwa bahawa orang Melayu menolak Anwar, mengapa menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Tun beria-ria ingin bertemu dengan Anwar untuk meraih sokongan dari Anwar? Gerakan meraih simpati dan sokongan tersebut memang beria-ia hingga cuba masuk ke Wad Hospital Rehabilitasi Cheras dan akhirnya dapat bertemu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Jika benar Anwar ditolak oleh orang Melayu mengapa Tun beria ingin bertemu dan meraih sokongan dengan individu yang ditolak oleh orang Melayu? Bukankan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap orang Melayu sendiri?

Situasi ini bukan kali pertama malah sejarah telah merekodkan Tun sentiasa bergantung dengan Anwar – individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu sebagai talian hayat politik beliau. Tun tewas dalam pilihan raya di Parlimen Kota Setar Selatan dengan calon Pas Allahyargam Ust Yusuf Rawa pada tahun 1969 dan pada 26 September 1969 Tun telah dibuang dari UMNO. Pada saat karier politik Tun sedang malap ini, individu bernama Anwar telah mobilisasi sokongan mahasiswa Melayu untuk menyokong Tun.

Ketika Anwar aktif bersama ABIM, PKPIM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Anwar telah berjaya mengangkat semula Tun hingga akhirnya pada 1972 Tun telah diterima semula masuk ke UMNO dan dilantik sebagai Senator pada tahun 1972 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Selain itu, ketika Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau sekali lagi memerlukan bantuan Anwar untuk meraih sokongan sebilangan besar orang Melayu. Masakan tidak jemputan Tun kepada Anwar bukan dengan tangan kosong tetapi janji-janji untuk memberi ruang kepada Anwar untuk membawa agenda Islam dalam arus perdana. Ini jelas satu langkah politik untuk dapatkan sokongan Melayu yang Tun sendiri sedar beliau tidak mampu lakukan.

Seterusnya ketika Tun menjadi Perdana Menteri, Anwar telah membantu merancakkan agenda Islam dan Melayu dengan penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Institut Istac, Amanah Raya dan lain-lain agensi termasuk merapatkan hubungan dunia Islam terutama pelabur Arab dari latar gerakan Islam Ikhwan Muslimin (sahabat karib Anwar sejak zaman ABIM) dengan Malaysia. Sebagai kesan nama Tun dan Malaysia telah melonjak jauh hingga mendapat jolokan negara Islam contoh.

Tidakkah manfaat yang dikecapi Tun ini datangnya dari Anwar – seorang individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu?

Sokongan orang Melayu kepada Anwar bukan hanya dalam kalangan penyokong UMNO tetapi juga dari Parti Pas. Ketika Anwar memimpin UMNO, sahabat karibnya arwah Ust Fadzil Noor (Timbalan Presiden ABIM ketika Anwar Presiden ABIM) menjadi Presiden Pas. Hubungan mereka amat akrab walau berbeza parti. Malah mereka saling bertasamuh sokong antara satu sama lain apabila berbincang sesuatu agenda yang baik untuk negara khususnya orang Melayu.

Selain itu, Anwar dalam sejarah karier politik beliau tidak pernah menghukum atau menggadai maruah orang Melayu. Berbeza dengan Tun sendiri yang dengan sengaja mendera orang Melayu Kelantan selama 20 tahun ketika Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kerana gagal menawan Kelantan pelbagai sekatan dilakukan termasuk hak royalti minyak, hak untuk mendapatkan lebuh raya, hak pembangunan dan sebagainya telah dinafikan. Tidak cukup dengan itu, kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan sentiasa dinafikan untuk ditambah. Setiap kali persempadanan pilihanraya berlaku, negeri Kelantan yang majoriti besar rakyatnya orang Melayu telah dinafikan hak untuk mendapat kuasa undi yang seimbang untuk ditambah kerusi Parlimen dan DUN. Namun kerajaan Kelantan pimpinan Arwah Tuan Guru Nik Aziz tetap bertahan dengan izin Allah.

Lebih memburukkan keadaan kerajaan pimpinan Tun telah menggadaikan kuasa undi Melayu apabila telah memulakan langkah membuat persempadanan pilihan raya untuk pilihan raya 2004 yang tidak pro kepada Melayu. Sejarah melihat tindakan ini sebagai hukuman Tun terhadap orang Melayu yang 60% telah menyokong Keadilan, Pas dan DAP bawah payung Barisan Alternatif pada tahun 1999.

Tun sebenarnya lupa beliau adalah punca mengapa wujudnya blok yang kuat dari pengundi bukan Melayu di Parlimen hingga hari ini.

Persempadanan pilihan raya untuk PRU 2004 telah dibuat dengan menaikkan peratus pengundi Cina di setiap kawasan DUN & Parlimen supaya pembangkang kalah teruk kerana waktu itu sokongan padu pengundi Cina kepada Barisan Nasional begitu kuat dan BN waktu itu ditolak majoriti besar orang Melayu yang menyokong Anwar dan menolak Tun. Mengambil contoh statistik DUN Kajang, pada tahun 1999 peratus pengundi Melayu adalah sebanyak 57.4% dan kesannya calon Pas Dr Syafie Abu Bakar menang di kawasan berkenaan rentetan sokongan besar orang Melayu kepada pembangkang.

Namun, pada PRU 2004 peratus Melayu telah dikurangkan oleh BN sehingga menjadi 43.9% sebagai strategi BN untuk merampas DUN Kajang dari PAS. Kesannya BN menang di kawasan berkenaan ekoran pengundi Cina & India yang menjadi undi majoriti iaitu 52.8% dan mereka menjadi kuasa penentu di DUN berkenaan. Maka, walaupun majoriti Melayu di DUN Kajang menyokong PAS, PAS tetap tewas di kawasan berkenaan kerana orang Melayu telah hilang kuasa penentu ekoran sikap tamakkan kuasa oleh BN. Namun, akhirnya strategi BN dan Tun Mahathir ini memakan diri apabila pada tahun 2008 pengundi Cina beralih menyokong pembangkang. Senario ini berlaku di Kajang dan majoriti besar di semua DUN & Parlimen lain di mana pengundi Cina telah menjadi kuasa penentu dan kesannya BN hilang majoriti 2/3 Parlimen.

Apabila strategi Tun ini memakan diri bilamana orang cina mengundi pembangkang pimpinan Anwar, adilkah Anwar yang dipersalahkan hingga dilabel sebagai liberal dan tidak menjaga Melayu? Sedangkan ia berpunca dari Tun sendiri. Dalam pada itu, sebagai rekod Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah mendapat sokongan padu orang Melayu khususnya di bandar pada PRU 2008 dan pada PRU 2013 ketika Tun bersama Dato Seri Najib. Dalam masa yang sama ketika Tun menentang Dato Seri Najib, parti Tun hanya berupaya memenangi 13 kerusi Parlimen dari keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan.

Terakhir sekali, Anwar dalam sejarah amat setia dengan UMNO – Parti yang digelar sebagai Parti Keramat Melayu dan tidak pernah bertindak keluar dari UMNO. Beliau berbeza dengan Tun yang dengan sengaja keluar dari UMNO beberapa kali. Tidak cukup dengan keluar beliau sendiri telah membubarkan UMNO.

Berdasarkan catatan-catatan ini, semoga rakyat sendiri membuka mata dan menilai kembali dakwaan Tun kononnya Anwar ditolak oleh orang Melayu. Molek juga kiranya Tun memuhasabah diri, boleh jadi beliau sendiri yang ditolak bukan saja orang Melayu, malah oleh partinya sendiri.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kalau-betoi-pasai-apa-tun-m-terhegeh2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Dakwa Orang Melayu Tolak Dsai Kerana Berfahaman Liberal

Tun M Dakwa Orang Melayu Tolak Dsai Kerana Berfahaman Liberal

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 284 hits
Ahmad Zulfadzli Tun M dakwa orang Melayu tolak DSAI kerana berfahaman liberal Ni satu lagi tuduhan dangkal dari seorang so called negarawan Di pengakhiran hidup pada umur yang nak masuk 100 tahun dia memilih untuk memburukkan rakan politikn...
Pakej Haji Felda Travel Menawarkan Diskaun Sebelum 25 Mac 2020

Pakej Haji Felda Travel Menawarkan Diskaun Sebelum 25 Mac 2020

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 341 hits
Pakej Haji Felda Travel Menawarkan Diskaun Sebelum 25 Mac 2020 Assalammualaikum semua Pakej Haji sememangnya dinantikan oleh umat Islam di Malaysia Agensi yang memberi tawaran istimewa dengan harga berbaloi baloi tidak pernah ada masalah pe...
Sebelum Kenalkan Bayi Dengan Telur Ini Sejumlah Hal Yang Perlu Orangtua Ketahui

Sebelum Kenalkan Bayi Dengan Telur Ini Sejumlah Hal Yang Perlu Orangtua Ketahui

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 163 hits
Disebut bahwa telur sebaiknya mulai diberi pada bayi ketika dia mulai mengonsumsi makanan padat Dengan kata lain makanan ini bisa mulai diberikan sejuak usia enam bulan
5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu Check Dulu Sebelum Beli

5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu Check Dulu Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 257 hits
Dalam musim wabak COVID 19 yang semakin berleluasa penggunaan hand sanitizer dah jadi semacam keperluan wajib di mana mana Setiap rumah dah ada stok dalam kereta dah standby dalam poket atau beg tangan pun ada satu Secara tak langsung deman...
Ketahui Berapa Kali Anda Perlu Mencuba Sebelum Anda Berjaya

Ketahui Berapa Kali Anda Perlu Mencuba Sebelum Anda Berjaya

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 415 hits
Kegagalan merupakan asas kepada kejayaan Begitu juga dengan tokoh tokoh ternama ini ketahui berapa kali mereka mencuba tapi gagal yang akhirnya menjadikan mereka berjaya sehingga hari ini Sumber
Pilih Dulu Sebelum Diwariskan Dan Diwarisi

Pilih Dulu Sebelum Diwariskan Dan Diwarisi

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 285 hits
Assalammualaikum wbtPILIH DULU SEBELUM DIWARISKAN DAN DIWARISI Setiap orang ada bahagian atau rezeki masing masing Dari alam rahim ibu lagi rezeki setiap kita sudah Allah SWT tetapkan Tapi bukan bererti tidak perlu berusaha Rezeki itu Insha...
Transformasi Si Biri Biri Sebelum Dan Selepas Mandi Lihatlah Betapa Gebunya Mereka Seperti Rasa Hendak Peluk Sahaja

Transformasi Si Biri Biri Sebelum Dan Selepas Mandi Lihatlah Betapa Gebunya Mereka Seperti Rasa Hendak Peluk Sahaja

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 352 hits
Pasti ramai yang bersetuju apabila dikatakan biri biri merupakan antara spesies yang sangat comel Kita bukan sahaja geram melihat telatah lucu mereka tetapi fizikal mereka yang gemuk beserta bulu yang tebal pasti akan buatkan sesiapa pun ge...
Bergambar Dsai Pasang Surut Perjuangan Adalah Lumrah

Bergambar Dsai Pasang Surut Perjuangan Adalah Lumrah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 237 hits
Pasang surut ini biasa dalam perjuangan Namun prinsip amanah dan kejujuran mesti menunjangi fikrah perjuangan Janji kita kepada rakyat dan sesama manusia jangan sesekali kita injak kerana kebinasaan pasti menunggu Saya memilih untuk melihat...
Penat Cari Rezeki Untuk Keluarga Penjual Aiskrim Meninggal Dunia Atas Motosikal

Penat Cari Rezeki Untuk Keluarga Penjual Aiskrim Meninggal Dunia Atas Motosikal

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 401 hits
JAVA Demi mencari rezeki seorang penjual ais krim ditemui meninggal dunia di atas motosikalnya di Jalan Ledokombo daerah Sumber Probolinggo Java Indonesia Misyanto 66 ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan kepalanya terlentok di bahagi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord