Kalau Bayi Mula Buat Bunyi Layanlah Dia Jangan Penat Dia Sedang Berkomunikasi


Kemahiran komunikasi bayi penting kerana apa yang bayi belajar dari lahir hingga satu tahun akan menentukan kejayaan dari segi perkembangan membaca, menulis dan kemahiran sosial mereka. Ibu bapa boleh mula untuk menggalakkan bayi berkomunikasi sejak saat mereka dilahirkan di dunia.
Jangan menganggap bayi yang masih belum boleh bercakap tidak boleh berkomunikasi dengan anda.

Bagaimana cara bayi saya berkomunikasi?
Bayi berkomunikasi melalui tangisan, jeritan, membuat bunyi ‘coos’, ekspresi wajah, dan bahasa tubuh mereka sebelum mereka mengeluarkan perkataan pertama. Sejak lahir, bayi sudah mula mempunyai dua set kemahiran komunikasi iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran ekspresif.
Kemahiran reseptif adalah keupayaan untuk menerima dan memahami mesej dari orang lain. Bayi menunjukkan kemahiran ini dengan memalingkan kepala mereka ke arah suara anda dan memberi respon kepada arahan mudah.
Kemahiran ekspresif adalah keupayaan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain melalui bunyi, ucapan, tanda, atau tulisan. Menangis, membebel ‘babbles’, dan menggunakan bahasa badan adalah contoh kemahiran ekspresif awal bayi anda.
Bagaimanakah saya boleh menggalakkan perkembangan komunikasi bayi saya?
Anda boleh menggalakkan perkembangan komunikasi bayi anda dengan tersenyum, bercakap, bermain dan membaca dengan mereka. Aktiviti tersebut akan membantu mereka mengembangkan kemahiran komunikasi yang diperlukan untuk membina atau menjalinkan hubungan yang bermakna dan berjaya di sekolah.
Apa yang perlu saya pilih? Bercakap dalam satu bahasa atau ajar anak saya banyak bahasa?
Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 50% orang di dunia bercakap dalam dua bahasa atau lebih. Sebagai Terapis Pertuturan-Bahasa, saya tidak mempunyai masalah jika anda mahu mengajar anak anda lebih dari satu bahasa.
Perkara yang paling penting untuk saya ialah konsistensi dan cara bagaimana anda mengajar anak anda. Saya amat bersetuju bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap penguasaan bahasa dan gaya pembelajaran yang berbeza. Ibu bapa juga adalah orang yang paling mengenali dan memahami anak-anak walaupun mereka selalu ragu-ragu dengan kemampuan mereka sendiri.
Apabila saya menyentuh mengenai konsistensi, saya merujuk kepada penggunaan kosa kata atau ‘vocab’ tertentu. Contohnya, jika anak-anak anda tidak tahu apa itu “cawan”, anda akan mengajar mereka dengan memperkenalkan item tersebut, menerangkan fungsi dan penggunaannya semasa bermain dan melalui aktiviti harian. Sesetengah ibu bapa, mereka akan mempunyai harapan yang tinggi bahawa anak akan memahami perkataan apabila mereka hanya memperkenalkan item yang ingin diajar sekali sahaja. Sekiranya anda mempunyai niat untuk mengajar anak-anak anda lebih dari satu bahasa, anda perlu memastikan bahawa anak anda dapat memadankan kata dengan objek atau tindakan terlebih dahulu dalam bahasa pertama yang anda kenalkan kepada anak anda. Saya mengambil contoh yang sama “cawan” – Jika hari ini anda mengajar kepada anak anda “Ini cawan”. Esok dengan item yang sama anda namakan item tersebut sebagai “gelas” dan “cup” untuk hari berikutnya. Anak anda akan menjadi keliru. Kanak-kanak belajar melalui pengulangan. Bahkan orang dewasa dan semua manusia di seluruh dunia juga sama. Selain itu, gaya pembelajaran anak juga menentukan bila dan bagaimana cara anda mengajar mereka. Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk memerhatikan anak-anak anda. Kekuatan dan minat mereka. Jika anda tahu bahawa anak anda hanya mempunyai fokus atau tumpuan antara 10 hingga 15 minit – anda perlu menggunakan masa yang singkat itu sebaiknya! Pastikan anda memberi rangsangan bahasa apabila mereka boleh memberikan tumpuan. Tidak ada gunanya jika anda memberikan rangsangan apabila mereka tidak selesa dan meragam pada masa itu.
Petua untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa dan Pertuturan;
-Gunakan suara yang bernada tinggi dan seperti menyanyi – Suara sebegitu membantu mendapatkan fokus dan tumpuan bayi anda semasa anda bercakap.
-Bermain dengan bunyi – Buat pelbagai jenis bunyi seperti bunyi haiwan, kenderaan atau mengajuk bunyi dan apa yang dilakukan oleh anak anda.
-Gunakan ekspresi wajah dan gerak isyarat atau bahasa tubuh – Untuk menyampaikan maksud perkataan.
-Terangkan apa yang anda sedang lakukan – Anda boleh terangkan setiap perkara yang anda sedang lakukan atau lakukan bersama anak cth. semasa anda memakaikan baju, menyuapkan makanan, dan memandikan anak anda. Penggunaan perkataan dan frasa yang sama dengan memadankan aktiviti rutin harian adalah cara terbaik untuk mengembangkan lagi kemahiran bahasa dan pertuturan anak anda.
-Menggalakkan komunikasi dua hala – Apabila anak anda berkomunikasi dengan anda menggunakan bunyi, perkataan, atau gerak isyarat, pastikan anda memberi respon dan mengambil gilir dalam perbualan.
-Membaca dengan anak anda. Cara membaca yang mudah ialah dengan hanya menerangkan gambar tanpa mengikuti kata-kata bertulis. Pilih buku dengan gambar-gambar yang besar, berwarna-warni, dan menggalakkan anak anda menunjuk dan menamakan objek yang biasa.
-Kembangkan perbendaharaan kata anak anda dengan membina ayat menggunakan perkataan yang sudah mereka ketahui. Sebagai contoh jika anak anda mengatakan “anjing” anda boleh berkata “Ya, itulah anjing besar!”
-‘Reword’ frasa anak anda. Jika anak anda membuat kesalahan dalam ucapan atau pertuturan mereka, balas dengan frasa dalam bentuk yang betul. Perkara ini membantu mereka mempelajari sebutan dan tatabahasa yang betul. Sebagai contoh, jika anak anda mengatakan “Besar anjing” anda boleh bertindak balas dengan “Ya, anjing itu besar.”
Sumber: Realisation Outreach
The post Kalau Bayi Mula Buat Bunyi, Layanlah Dia & Jangan Penat. Dia Sedang Berkomunikasi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-bayi-mula-buat-bunyi-layanlah-dia-jangan-penat-dia-sedang-berkomunikasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ucapkan 10 Kalimat Ini Pada Orang Yang Sedang Mengalami Depresi Yuk Lebih Baik Hati

Jangan Ucapkan 10 Kalimat Ini Pada Orang Yang Sedang Mengalami Depresi Yuk Lebih Baik Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 339 hits
Jangan sampai kata kata yang kita ungkapkan malah menjadi efek buruk bagi mereka yang sedang depresi ya
Jangan Share Gambar Uri Bayi Kerana Ia Umpama

Jangan Share Gambar Uri Bayi Kerana Ia Umpama

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 784 hits
jangan share gambar uri bayi kerana ia umpama Haritu anak buah yang kelapan saya selamat dilahirkan Alhamdulillahh Kakak ipar berpantang di rumah Seremban Senang sikit pantang sini sebab ada saya dan umi I can be a babysitter for her anak s...
Jangan Pandang Mudah Penggunaan Carseat Dalam Tempoh Lama Boleh Jejas Perkembangan Bayi

Jangan Pandang Mudah Penggunaan Carseat Dalam Tempoh Lama Boleh Jejas Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 284 hits
Bermula 1 Jan 2020 kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan keselamatan kerusi kanak kanak demi memastikan dan mengelakkan kanak kanak mengalami kecederaan serius Hakikatnya ramai yang masih tidak mengetahui had masa yang disarankan bagi a...
Layanlah Isteri Bercakap Jangan Buat Tak Dengar Suami Dengar Je Dah Sejuk Hati

Layanlah Isteri Bercakap Jangan Buat Tak Dengar Suami Dengar Je Dah Sejuk Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 672 hits
Hidup berumah tangga ada pasang surutnya Sesekali kita perlu menerima tetapi ada waktunya kita harus memberi Bukan isteri sahaja bahkan suami pun harus berusaha sama sama untuk mencipta rumah tangga yang harmoni Kenalah saling bekerjasama d...
Heboh Foto Atta Halilintar Sedang Gendong Bayi Warganet Ramai Sebut Nama Aurel

Heboh Foto Atta Halilintar Sedang Gendong Bayi Warganet Ramai Sebut Nama Aurel

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 262 hits
Atta Halilintar mengunggah foto dirinya sedang menggendong bayi Warganet pun menyebut Atta sudah cocok memiliki anak Tak hanya tu warganet pun ramai menyebut nama Aurel Hermansyah
Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 423 hits
Terlalu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan Memang seronok bila tengok si kecil makan tapi perlu dipertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana ketika itu baru si kecil memerlukan kalori tambahan dalam pemakanan merek...
Jangan Tengok Teaser Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 Jika Anda Sedang Keseorangan Dirumah

Jangan Tengok Teaser Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 Jika Anda Sedang Keseorangan Dirumah

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 622 hits
Pernahkah anda menonton filem seram berjudul Sebelum Iblis Menjemput Jika pernah bersedialah anda untuk dijemput iblis dalam filem sekuel terbaru berjudul Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 Filem arahan dan tulisan Timo Tjahjanto masih lagi dal...
Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 462 hits
Pada waktu ibu sudah dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan doktor atau juru rawat akan meminta para ibu untuk mencatat jumlah serta masa gerakan bayi Jangan ambil remeh soal ini kerana ia dapat membantu para ibu untuk mengenal pasti...
Lagi Ramai Mahasiswa Ancam Dosen Pakai Hadis Saat Presentasi Duh Jangan Main Main Begini Dong

Lagi Ramai Mahasiswa Ancam Dosen Pakai Hadis Saat Presentasi Duh Jangan Main Main Begini Dong

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 339 hits
Main main pakai hadis agama di lingkup akademis itu double trouble banget Udah bukan bercandaan lagi Cuy
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash