Kalau Bayi Kerap Muntah Bukan Sebab Susu Tidak Sesuai Mungkin Disebabkan Oleh Ger


Saya merupakan ibu muda dan baru menerima cahaya mata berusia 3 bulan. Masalah saya apabila bayi saya menyusu, dia kerap muntah sejak dia berumur 2 bulan. Kadang-kadang sedikit dan kadang-kadang banyak sehingga dia menangis. Adakah ini normal?

Bilakah saya perlu risau mengenai muntah bayi saya? Bagaimana cara saya untuk menghadapi muntah bayi dan jika ianya berlarutan sehingga berbulan-bulan adakah muntah itu berbahaya untuk anak saya? Saya harap penjelasan dari doktor dapat membantu saya.
Ibu buntu, kuala lumpur
Terima kasih atas pertanyaan Puan.
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku kepada samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan. Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013).
Apakah Gasteroesophageal reflux ini ?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.

Sekiranya bayi Puan mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
I) Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal.
II) Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya.
III) Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa.
IV) Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Ini menandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah.
V) Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”.
Sekiranya bayi Puan mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka Puan tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
1) Susukan bayi puan dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali
lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik.
2) Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic)
3) Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat.
4) Elakkan meletakkan bayi dalam keadaan membongkok ke depan (posisi duduk) selepas menyusukan kerana ini akan memberi tekanan kepada perutnya sehingga muntah.
5) Jika bayi tersedak susu, segera tiarapkan baby di tangan ibu / penjaga, tepuk lembut belakangnya untuk memastikan bayi tidak menjadi kebiruan (cyanosis) kerana kurang oksigen akibat saluran nafas tersumbat. Sedut hidungnya jika terdapat susu keluar melalui hidung.
Di harapkan penjelasan ini dapat membantu Puan dan semua pembaca Pa&Ma.
Sumber: Dr.Hairin Anisa
The post Kalau Bayi Kerap Muntah Bukan Sebab Susu Tidak Sesuai, Mungkin Disebabkan Oleh GER appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-bayi-kerap-muntah-bukan-sebab-susu-tidak-sesuai-mungkin-disebabkan-oleh-ger/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sukar Meneran Bayi Cenderung Sembelit Jika Campur Minum Susu Ibu Susu Formula

Sukar Meneran Bayi Cenderung Sembelit Jika Campur Minum Susu Ibu Susu Formula

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 447 hits
Ada sesetengah ibu yang terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula untuk diberikan kepada anak Kalau pagi dah menyusu badan mungkin petang nanti akan dibancuh pula susu formula untuk si kecil Masalahnya apabila anak sukar membuang a...
Covid 19 Malaysia Mungkin Alami Pertambahan Kelahiran Bayi Pada Tahun 2021

Covid 19 Malaysia Mungkin Alami Pertambahan Kelahiran Bayi Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 324 hits
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan Ketua Unit Kes...
Anak Sembelit Mungkin Terlebih Susu Atau Kurang Air Putih Amalkan Makanan Yang Tinggi Serat

Anak Sembelit Mungkin Terlebih Susu Atau Kurang Air Putih Amalkan Makanan Yang Tinggi Serat

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 258 hits
Soalan saya bayi saya kerap sembelit Dia asyik menangis dan meneran kalau nak membuang Ada tak cara nak rawat sembelit Kesian tengok dia sampai kepala kebawah nak teran Hidekan nama saya Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak kanak a...
Cara Membuat Pie Susu Yang Lezat Mudah Dipraktikkan Oleh Pemula

Cara Membuat Pie Susu Yang Lezat Mudah Dipraktikkan Oleh Pemula

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 186 hits
Selain rasanya yang gurih dan lezat bahan bahan dasar pembuatan pie susu juga cukup mudah didapatkan Apakah Anda salah satu orang yang tertarik ingin mencoba membuat pie susu sendiri di rumah Simak cara membuat pie susu yang sederhana dan m...
Pkp Helah Cari Susu Bayi 11 Bulan

Pkp Helah Cari Susu Bayi 11 Bulan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 381 hits
Jumaat 10 April 2020ALOR SETAR Sepasang suami isteri yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan ditahan di sekatan jalan di sini tengah malam tadi Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pasangan itu memberi ...
Psikologi Terkesan Disebabkan Covid 19 Pakar Cadangkan Anda Guna Cara Ini

Psikologi Terkesan Disebabkan Covid 19 Pakar Cadangkan Anda Guna Cara Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 192 hits
Walaupun Malaysia telah memperluas Perintah Pengawalan Pergerakan bertujuan untuk menurunkan aras jangkitan COVID 19 pengasingan sosial merupakan masa yang sepi terutamanya untuk belia di negara ini Data baharu dari Snap Inc mendedahkan 66 ...
Disebabkan Gurauan Viral Tu Kami Terpaksa Tanggung Perjalanan Anak Sakit Kanser Keluar Hospital Terjejas

Disebabkan Gurauan Viral Tu Kami Terpaksa Tanggung Perjalanan Anak Sakit Kanser Keluar Hospital Terjejas

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 532 hits
Baru baru ini viral gambar satu keluarga telah berjaya melepasi sekatan jalan raya bagi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan bagi memutuskan rantaian Covid 19 Baca Menurut sumber keluarga tersebut menunjukkan kad kesihatan anak kepa...
Stpm Dan Spm Ditunda Disebabkan Krisis Covid 19

Stpm Dan Spm Ditunda Disebabkan Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 266 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan dimana STPM dan SPM ditunda ke suku pertama bagi tahun 2020 Keputusan ini selari dengan saranan KKM yang mahu mengelakkan penjarakkan sosial Baca Juga Jawapan akhirnya telah terjawab bagi be...
Info Pemanggilan Mama Ema Natkime Oleh Pihak Kepolisian

Info Pemanggilan Mama Ema Natkime Oleh Pihak Kepolisian

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 339 hits
Info Pemanggilan Mama Ema Natkime Oleh pihak Kepolisian Pada hari Rabu tanggal 15 04 2020 Waktu 19 42 malam WPB Dari pihak kepolisian mengantarakan surat Panggilan dengan nomor surat S pgl 77 IV 2020 Reskrim MEMANGGIL Atas Nama Mama Ema Nat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids