Kalau Azmin Masuk Bersatu Adakah Beliau Bakal Dijadikan Tpm Kepada Anwar





Tun Mahathir Mohamad seperti sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menyertai Bersatu apabila mengatakan akan menimbangnya jika Timbalan Presiden PKR itu sedia berbuat demikian.

“Dia tak ada buat permohonan, kalau dia buat permohonan, kita akan timbanglah,” kata Pengerusi Bersatu berhubung desas-desus Azmin akan melompat menyertai Bersatu.

Kenyataan ini memberi gambaran seolah-olah Tun Mahathir memang memerlukan Azmin dalam partinya.

Jika beliau tidak memerlukan Azmin, Tun Mahathir boleh saja menolak ura-ura kemasukannya yang menjadi perbualan ramai itu, tambahan lagi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu adalah pemimpin nombor dua dalam PKR ketika ini.

Dari segi logiknya, sebagai sesama parti dalam gabungan PH, adalah tidak manis untuk Tun Mahathit menerima kemasukan pemimpin daripada PKR untuk menyertai Bersatu.

Tetapi, kerana barangkali terlalu sayangkan Azmin atau beliau dilihat merupakan aset yang tak ternilai tinggi harganya, walaupun Ahli Parlimen Gombak itu ketika ini sedang disiasat dalam kes video Haziq, Tun Mahathir nampaknya cuba mengabaikan amalan yang tidak manis dan tidak digalakkan itu.

Kenapa Azmin nampak seperti begitu diperlukan oleh Tun Mahathir dalam Bersatu?

Secara kasarnya, tindakan Tun Mahathir ini mungkin kerana beliau nenyedari kedudukan Azmin semakin tidak diperlukan, malah tidak selamat lagi dalam PKR pada waktu ini.

Kelakuan Azmin sejak PH menjadi kerajaan yang seolah-olah sudah lupa diri, terlalu berkiblatkan kepada Tun Mahathir dan tidak lagi menghormati Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR, mungkin antara sebab mengapa kedudukannya yang terancam itu.

Dalam waktu yang sama, kelakuan itu dikaitkan pula dengan kononnya Azmin lebih merupakan pilihan di hati Tun Mahathir untuk menggantikannya, meskipun perjanjian dan konsensus telah dimuafakati calon Perdana Menteri ke-8 adalah Anwar.

Dalam keadaan terancam itu, kalau pun Azmin selepas ini lebih kerap hadir mesyuarat PKR dan menunjukkan keakurannya kepada kedudukan Anwar, masa depannya tidak lagi seratus peratus terjamin dalam pemilihan PKR yang akan datang.

Beliau mungkin akan dilawan dan berkemungkinan akan kalah, terutama jika ketika itu Anwar sudah menjadi Perdana Menteri.

Dengan hilang jawatan Timbalan Presiden PKR, jawatannya dalam kerajaan juga bakal melayang selepas itu. Tun Mahathir pun sukar menyelamatkan Azmin jika beliau tiada jawatan dalam parti.

Jadi, satu-satu jalan untuk menjadikan masa depannya cerah ialah dengan menyertai Bersatu dan memegang jawatan yang tinggi dalam parti itu.

Apa jawatan yang Azmin bakal perolehi dalam Bersatu?

Oleh kerana pemilihan pucuk pimpinan Bersatu akan diadakan tahun depan, pelbagai kemungkinan nampaknya terbentang buat Azmin.

Ada yang mengatakan beliau bakal mengisi  salah satu tempat Naib Presiden Bersatu dan ada pula yang yang menyebutnya sebagai bakal Presiden Bersatu menggantikan Muhyiddin Yassin.

Dikhabarkan, oleh kerana Muhyiddin masih tidak berapa  sihat dan kerana itu tidak begitu menyerlah sebagai Presiden Bersatu, tempatnya dikatakan akan digantikan oleh Azmin.

Tambahan lagi, kalau sudah begitu kehendak hati Tun Mahathir, siapa dalam Bersatu yang berani membantahnya?

Sebagai imbalan  tidak  mempertahankan jawatan itu, Muhyiddin diberitakan telah dijanjikan  jawatan Yang Dipertuan Negeri Melaka untuknya.

Tun Mahathir dikatakan berasa tidak selesa jika jawatan Presiden yang dikosongkan Muhyiddin itu digantikan oleh anaknya, Mukhriz yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden kerana ia akan menjadikan Bersatu seperti parti nepotisme dan parti anak-beranak.

Untuk mengelakkan tanggapan itu, maka Azmin diperlukan untuk mengisi jawatan Presiden yang akan dikosongkan oleh Muhyiddin, manakala Mukhriz akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden.

Bermakna, jika segala-galanya menjadi kenyataan, susunan kepimpinan Bersatu selepas ini ialah Tun Mahathir  sebagai Pengerusi, Azmin sebagai Presiden dan Mukhriz sebagai Timbalan Presiden.

Oleh kerana jawatan Perdana Menteri sudah dijanjikan kepada Anwar dan sukar jika Tun Mahathir tidak menunaikannya kerana telah diikat oleh keputusan Majlis Presiden PH berkenaan dengannya, kemasukan Azmin ke dalam Bersatu dan dibentangkan permaidani merah untuk menjadi Presiden parti itu, ia dengan sendirinya menjadikan masa depannya dapat dicerahkan semula.

Azmin selepas itu mungkin  akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri untuk digandingkan dengan Anwar menerajui negara ini.

Iyalah...selepas ketiadaan Muhyiddin, siapa lagi yang ada dalam PH untuk digandingkan dengan Anwar?

Dengan kedudukan Azmin sebegai Presiden Bersatu dan Tun Mahathir masih Pengerusi PH, semua ini tidak mustahil dirancang dan dijadikan kenyataan, apa lagi Tun Mahathir memang pakar dalam menonjol dan menaikkan mana-mana pemimpin yang dikehendakinya.

Bagaimanapun, pokok yang terpenting sekali untuk segala-galanya berkaitan Azmin ini menjadi kenyataan dan mudah tentunya jika Tun Mahathir terus panjang umur untuk beberapa tahun lagi. (Shahbudindotcom 16/09/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/kalau-azmin-masuk-bersatu-adakah-beliau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jawab Azmin Hadir Di Majlis Ulang Tahun Bersatu

Anwar Jawab Azmin Hadir Di Majlis Ulang Tahun Bersatu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 667 hits
Anwar jawab Azmin hadir di majlis ulang tahun BersatuOleh September 18 2019Kehadiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada program memperingati ulang tahun ketiga penubuhan parti Pribumi Bersatu Malaysia Khamis lalu diangap sebagai sengaja dige...
Anwar Is Giving Too Much Face To Azmin And Gang

Anwar Is Giving Too Much Face To Azmin And Gang

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 324 hits
There is no more necessity to deny it No matter how Anwar Ibrahim tried to put on a brave front and claimed that all is well in PKR it is clear there is an intense power struggle in the party So dear Anwar it s time to own up that factional...
Azmin Joins Bersatu S Anniversary Prayer Session Lone Silver In Sea Of Red

Azmin Joins Bersatu S Anniversary Prayer Session Lone Silver In Sea Of Red

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 213 hits
PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali made an appearance at a prayer and yasin recitation event tonight commemmorating Parti Pribumi Bersatu Malaysia s third anniversary the sole Pakatan Harapan representative spotted here Dressed in a ...
Anwar Saya Dah Nasihat Azmin Mesti Datang

Anwar Saya Dah Nasihat Azmin Mesti Datang

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 235 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini memberi peringatan tegas buat timbalannya Mohamed Azmin Ali yang sudah lama tidak hadir ke mesyuarat parti Katanya nasihat telah diberikan kepada Azmin yang juga adalah menteri ekonomi supaya menghadirkan...
Kereta Api Logistik Bakal Masuk E Commerce

Kereta Api Logistik Bakal Masuk E Commerce

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 218 hits
PT Kereta Api Logistik selaku anak perusahaan PT Kereta Api Indonesia buka peluang untuk bermain di ranah bisnis e commerce Demi menunjang tujuan itu perseroan akan coba merangkul pihak luar untuk menjalankan bisnis logistik secara digital
No Reconciliation Between Anwar And Azmin Says Pkr Sec Gen

No Reconciliation Between Anwar And Azmin Says Pkr Sec Gen

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 282 hits
PKR secretary general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail today said party members who wish to reconcile with their president Datuk Seri Anwar Ibrahim should attend the monthly central leadership meetings instead of making overtures elsewh...
Mahathir Tepis Spekulasi Azmin Sertai Bersatu

Mahathir Tepis Spekulasi Azmin Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 261 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menepis spekulasi bahawa Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mungkin menyertai parti pimpinannya Bersatu Dia pun tak ada buat application kalau dia buat application kita timbanglah kata Dr Mahathir da...
Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara Ppbm Kata Anwar

Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara Ppbm Kata Anwar

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 284 hits
Kehadiran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada program anjuran PPBM baru baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti namun ia bukan satu isu bagi presidennya Anwar Ibrahim Anwar berkata selain Azmin ...
Adakah Pelaburan Asb Dan Tabung Haji Bakal Dihadkan

Adakah Pelaburan Asb Dan Tabung Haji Bakal Dihadkan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 280 hits
Pelaburan tanpa had ASB TH kayakan segelintir elit Melayu Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan sepatutnya tamat pada tahun 1990 kini digunakan untuk memanfaatkan segelintir elit Melayu kata Nik Nazmi Nik Ahmad...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah