Adakah Pelaburan Asb Dan Tabung Haji Bakal Dihadkan




‘Pelaburan tanpa had ASB, TH kayakan segelintir elit Melayu’
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan sepatutnya tamat pada tahun 1990, kini digunakan untuk memanfaatkan segelintir elit Melayu, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anggota Parlimen Setiawangsa itu berkata, DEB bukan sahaja bertahan selepas itu malah jurang antara Melayu kaya dan miskin juga bertambah.
Beliau memberikan contoh bagaimana pelaburan tanpa had Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji (TH) hanya menguntungkan segelintir elit Melayu, berbanding Melayu berpendapatan rendah seperti kelompok miskin bandar, kakitangan rendah kerajaan, nelayan atau peneroka Felda.
“76.92 peratus, atau 7.4 juta pemegang unit (ASB) mempunyai saiz unit bawah RM5,000 mengikut Laporan Tahunan ASB 2018. Hanya 0.24 peratus mempunyai saiz pegangan RM500,001 ke atas.
“9.15 peratus pemegang unit melanggan 81.83 peratus jumlah unit atau lebih RM127.5 bilion. 7.4 juta pemegang unit terkecil hanya mempunyai simpanan RM4.1 bilion atau sekadar 2.65 peratus jumlah unit,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, DEB digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional pada 1991, namun elemen dan semangat DEB masih diteruskan hingga kini.
Nik Nazmi berkata antara ukuran jurang ekonomi ialah pekali Gini iaitu 0 melambangkan kesaksamaan maksima di mana semua individu mendapat pendapatan yang sama, manakala 1 adalah ketidaksamaan maksima.
Katanya, meskipun wujud penambahbaikan jurang antara kaya dan miskin di Malaysia secara keseluruhan dari 1970 (0.513) hingga 2016 (0.399) tetapi pekali Gini akaun ASB adalah sebanyak 0.84.
“Begitu juga statistik simpanan Tabung Haji. Fungsi utama Tabung Haji sebagaimana gagasan Profesor Diraja Ungku Aziz adalah untuk tabungan masyarakat Islam menunaikan ibadah haji, bukan sebagai pelaburan umum.
“Namun 50 peratus daripada jumlah simpanan Tabung Haji dicarum oleh 1.3 peratus pencarum sahaja.
“Seorang individu mencarum RM190 juta! Hamba Allah ini pada 2017, ketika Tabung Haji sebenarnya tidak boleh memberikan hibah mengikut Akta Tabung Haji kerana liabiliti melebihi aset, menerima hibah sebanyak lebih RM8 juta pada kadar hibah 4.5 peratus!” jelas Nik Nazmi.
‘Hadkan pelaburan ASB, simpanan TH’
Oleh sebab itu, katanya, kerajaan perlu memikirkan sama ada akaun-akaun ASB yang lebih daripada had pelaburan RM200,000 boleh melaburkan semula dividen mereka atau perlu mengutamakan akaun-akaun di bawah nilai itu yang merupakan majoriti lebih besar.
“Kini, pelaburan (ASB) dihadkan pada RM200,000, tetapi akaun masih boleh memungut dividen yang boleh dilaburkan di atas nilai tersebut, yang hanya memanfaatkan elit Melayu yang sangat kecil.
“Tabung Haji juga wajar dihadkan sebagai simpanan haji pada kadar muassasah, bukan tabung pelaburan umum.
“Pada 2019 kos haji muassasah adalah RM22,900 dan subsidi Tabung Haji adalah RM12,920. Maka mereka yang menunaikan ibadah haji hanya perlu menabung RM9,980,” katanya.
Menurut Nik Nazmi beliau yakin cadangan tersebut akan menimbulkan kontroversi, namun menegaskan isu tersebut harus ditangani dengan jujur.
“Jika kita tidak bersedia berdepan dengan isu-isu ini secara jujur, lebih gemar membakar emosi untuk keuntungan politik jangka masa pendek, orang Melayu dan Islam biasa (baca: majoriti besar di antara kita yang berdebat di media sosial dan kedai mamak) akan terus ketinggalan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/11/adakah-pelaburan-asb-dan-tabung-haji-bakal-dihadkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Azmin Masuk Bersatu Adakah Beliau Bakal Dijadikan Tpm Kepada Anwar

Kalau Azmin Masuk Bersatu Adakah Beliau Bakal Dijadikan Tpm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 350 hits
Tun Mahathir Mohamad seperti sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menyertai Bersatu apabila mengatakan akan menimbangnya jika Timbalan Presiden PKR itu sedia berbuat demikian Dia tak ada buat permohonan kalau dia buat permohonan kita akan ...
Kehilangan Laporte Guardiola Dikabarkan Bakal Cari Pemain Baru

Kehilangan Laporte Guardiola Dikabarkan Bakal Cari Pemain Baru

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 243 hits
Kemungkinan eks pelatih Barcelona itu bakal mencari pengganti tidak lepas dari waktu penyembuhan Laporte yang tidak sebentar
Tarik Pajak Google Cs Pemerintah Bakal Ubah Definisi But

Tarik Pajak Google Cs Pemerintah Bakal Ubah Definisi But

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 163 hits
Pemerintah terus mengejar pajak dari perusahaan perusahaan digital seperti Google Facebook Netflix dan Amazon Potensi pajak yang dapat dikumpulkan oleh pemerintah dari sektor ini mencapai puluhan triliun
Oppo Bakal Memperkenalkan Model A9 2020 Pada Bulan September

Oppo Bakal Memperkenalkan Model A9 2020 Pada Bulan September

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 335 hits
OPPO A Series 2020 akan datang di Malaysia pada bulan September ini memaparkan fotografi yang menakjubkan prestasi yang cemerlang dan kapasiti bateri lebih besar KUALA LUMPUR 5 September 2019 OPPO teruja untuk mengumumkan bahawa ia akan mel...
Laga Seru Sarat Gengsi Bakal Tersaji Saat Timnas Indonesia Hadapi Malaysia

Laga Seru Sarat Gengsi Bakal Tersaji Saat Timnas Indonesia Hadapi Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 310 hits
Laga seru sarat gengsi bakal dilakoni Timnas Indonesia ketika menghadapi Malaysia Keduanya bakal berlaga pada partai pertama Grup G putaran kedua Kualifikasi Piala Dunia 2022 Zona Asia di Stadion Utama Gelora Bung Karno Jakarta Kamis
Kader Golkar Bakal Terus Desak Airlangga Gelar Rapat Pleno

Kader Golkar Bakal Terus Desak Airlangga Gelar Rapat Pleno

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 269 hits
Ketua Umum Partai Golkar Airlangga Hartarto hingga kini tak menggubris desakan pelaksanaan rapat pleno Ketua DPP Partai Golkar Andi Sinulingga menyebut pihaknya bakal terus mendesak Airlangga bila desakan pleno tak digubris
Jelang Kelahiran Anak Pertama Shandy Aulia Bakal Pindah Rumah

Jelang Kelahiran Anak Pertama Shandy Aulia Bakal Pindah Rumah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 243 hits
Shandy Aulia kini tengah hamil anak pertama Jelang kelahiran sang buah hati ia pun tengah sibuk melakukan persiapan pindah ke rumah baru
Harga Rp 95 Juta Mobil Esemka Diyakini Presiden Jokowi Bakal Laku Keras

Harga Rp 95 Juta Mobil Esemka Diyakini Presiden Jokowi Bakal Laku Keras

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 201 hits
Presiden Joko Widodo alias Jokowi sempat mencoba mobil produksi PT Solo Manufaktur Kreasi yang diluncurkan hari ini Dia yakin dengan harga yang kompetitif mobil pick up Bima 1200 cc dan 1 300 cc tersebut akan laku keras di pasaran
Kim Woo Bin Amp Shin Min Ah Bakal Berkahwin Pada Tahun 2021

Kim Woo Bin Amp Shin Min Ah Bakal Berkahwin Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 296 hits
Akhirnya pada bulan September ini keluar juga berita gembira yang boleh dikongsikan bersama terutama peminat K drama Di khabarkan bahawa pelakon Korea Kim Woo Bin dan Shin Min Ah bakal berkahwin tidak lama lagi Menurut laporan daripada Chan...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh