Kalau Anak Mengadu Sesuatu Cuba Dengar Sampai Habis Siasat


“Mama, ada orang sentuh adik”, “ish apa adik ni”.. si anak terus terdiam, mula takut nak mencerita pada si ibu. Penderaan seksual bukan sesuatu yang boleh dibiarkan. Ibu atau ayah yang mengetahui tentang masalah si anak ini harus melakukan sesuatu! 
Anak-anak juga harus di ajar tentang sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat agar mereka dapat membezakan baik dan buruk. Banyak kes yang melibatkan penderaan seksual yang berlaku. Jadi ibu ayah WAJIB ambil peduli. Ikuti artikel ini.

PENDERAAN SEKSUAL KANAK KANAK 👫 Beberapa hari yang lepas adalah kali pertama saya mengendalikan kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak sejak saya meninggalkan hospital kerajaan untuk ke sektor swasta. Sebagai seorang doktor, adalah tanggungjawab saya untuk melaporkan kes sebegini yang datang ke klinik saya,  ke pihak yang berkuasa iaitu kepada pihak polis dan juga JKM
Saya tahu, mesti ada sebab mengapa pesakit itu di’pilih’ untuk datang berjumpa saya dan saya hari ini mengambil keputusan untuk SHARE mengenai topik yang agak sensitif ini, tetapi penting untuk diketahui oleh kita semua- sebagai seorang ibu, bapa, kakak, pakcik, makcik, kawan ataupun jiran. Mungkin ada yang TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan ataupun TIDAK SEDAR kepentingan untuk melaporkan satu kes penderaan itu
Inilah beberapa point penting saya mahu kongsikan berdasarkan kes baru-baru ini
⚠️ Kita perlu mengambil SERIUS apa yang diberitahu oleh seseorang kanak-kanak
Apabila seseorang kanak-kanak itu memberitahu sesuatu kepada anda yang menjerumus kepada satu penderaan, janganlah memperlekehkan atau buat-buat tidak tahu. Bukan senang untuk seseorang kanak-kanak itu untuk mempunyai keberanian dan kepercayaan untuk memberitahu insiden itu kepada anda
Dia mungkin tidak akan memberitahu anda lagi sekiranya anda buat tidak tahu sahaja, dan perkara yang sama mungkin akan berlaku berulang-ulang lagi
⚠️ Tolong LAKUKAN sesuatu apabila anda sudah mengetahui mengenai insiden itu
Majoriti semestinya yang akan terkejut apabila mendengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Benar, perkara yang paling mudah untuk dilakukan adalah untuk buat tidak tahu saja
Tapi ingatlah, jangan berdiam diri dan tolonglah laporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan iaitu sama ada ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, menelefon Talian Kasih: 15999,  membuat laporan  polis ataupun bawa saja kanak-kanak itu ke hospital
Sekiranya perkara yang sama masih berulang lagi, adakah anda mampu untuk menanggung kesalahan itu? Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB kita untuk membuat laporan sekiranya kita mengesyaki kanak-kanak itu didera, berdasarkan Akta Kanak-Kanak  2001
⚠️ Pesalah selalunya adalah di kalangan AHLI KELUARGA atau kenalan RAPAT sendiri
Contohnya seperti ibubapa, atuk, adik beradik, sepupu, bapa/ibu saudara, jiran dan juga guru. Golongan yang RAPAT dengan kanak-kanak itu boleh mengambil kesempatan dengan hubungan rapat dan kepercayaan yang mereka ada dengan kanak-kanak itu. Jadi janganlah terkejut sekiranya anda dengar mengenai kejadian sedemikian
⚠️ Ajarlah anak, anak saudara atau anak murid anda mengenai SENTUHAN SELAMAT dan TIDAK SELAMAT ataupun ‘SAFE TOUCH/UNSAFE TOUCH’
– Alhamdulillah topik ini telah dimasukkan dalam buku teks PJPK kanak-kanak sekolah rendah, tetapi topik ini boleh diajar kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun lagi. Saya sertakan link di sini sekiranya anda rasa tidak selesa untuk bercerita kepada anak anda. Boleh tunjuk sahaja video ini
BM: https://youtu.be/IFn3mkD0tJs English: https://youtu.be/zNTUMNKSNwk ⚠️ Ingatlah bahawa walaupun keputusan pemeriksaan adalah normal, ini tidak bermakna kanak-kanak itu tidak didera secara seksual
– Selepas sesuatu insiden yang berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ianya berterusan, ia akan memberi impak yang lebih teruk kepada kanak-kanak itu dari segi EMOSI dan MENTAL. Ia juga akan memberi kesan jangka panjang seperti kemurungan dan rasa rendah diri.  Kanak-kanak itu juga memerlukan kaunseling dan juga penilaian daripada pakar psikiatri kanak-kanak
Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Pantaulah aktiviti anak-anak anda, lebih-lebih lagi dengan penggunaan gajet yang berlebihan di waktu PKP ini.😢 Kongsikanlah post ini kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang anda rasa boleh mendapat manfaat daripadanya
Anda juga boleh comment atau PM saya sekiranya anda mahu meminta nasihat ataupun ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini. Identiti anda akan dirahsiakan
#childprotection #childabuse #penderaankanakkanak #penderaanseksual #NAI #aktakanakkanak #fightchildabuse Kredit: Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic  
 
The post Kalau Anak Mengadu Sesuatu, Cuba Dengar Sampai Habis & Siasat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-mengadu-sesuatu-cuba-dengar-sampai-habis-siasat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Murid Cop Cikgu Sendiri Ajak Kahwin Selepas Habis Sekolah

Anak Murid Cop Cikgu Sendiri Ajak Kahwin Selepas Habis Sekolah

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 184 hits
JAKARTA nbsp Seorang guru wanita di Indonesia berkongsi nbsp mesej nbsp seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp nbsp yang meluahkan rasa cinta dan mengajak dia berkahwin lapor portal berita Wolipop semalam Guru dikenali sebagai Rindy Yan...
Bistari Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Untuk Anak Kelahiran Sabah

Bistari Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Untuk Anak Kelahiran Sabah

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 263 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah kini dibuka untuk bayi yang dilahirkan di Sabah Bantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021 Perlaksanaan...
Anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis Nafi Dia Salah Seorang Penumpang Pesawat

Anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis Nafi Dia Salah Seorang Penumpang Pesawat

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis Ikwan Hafiz menafikan beliau antara 10 penumpang pesawat persendirian yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina Shah Alam Selangor petang tadi Ikwan 36 dal...
Tips Kejut Anak Kecil Ke Sekolah

Tips Kejut Anak Kecil Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Salam Khamis Sekejap saja dah nak ke hujung minggu Esok dah last day ke sekolah Ada ramai juga yang hadapi masalah untuk kejut anak bangun bersiap ke sekolah kan Sama saja LM yang ada 6 orang anak ni pun kadang tu urut dada ...
Hiburan Tembam Amp Comel Jelas Di Pantulan Cermin Neelofa Kongsi Wajah Anak Kedua

Hiburan Tembam Amp Comel Jelas Di Pantulan Cermin Neelofa Kongsi Wajah Anak Kedua

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 194 hits
Jika sebelum ini selebriti Neelofa lebih memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak sulungnya Bilal di media sosial tetapi untuk anak kedua Muhammad Abbas dia lebih terbuka untuk dedahkannya Baru baru ini di laman Instagram Neelofa ada berk...
Gara Gara Ditegur Minum Arak Anak Perempuan Mabuk Bunuh Bapa

Gara Gara Ditegur Minum Arak Anak Perempuan Mabuk Bunuh Bapa

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 205 hits
Kejadian berlaku di Bangka Indonesia seorang anak tergamak menikam dada bapa kandungnya berusia 60 tahun hanya kerana tidak boleh terima ditegur minum minuman keras Ketika kejadian Harina 32 yang sedang meneguk arak di depan rumah dan kemud...
Bantu Anak Buat 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Cara Pantas Mudah Guna Salotape Je

Bantu Anak Buat 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Cara Pantas Mudah Guna Salotape Je

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 355 hits
Masuk sahaja bulan Merdeka ramai mak mak mula tercari cari pelbagai idea kreatif Bukan sahaja untuk mempersiapkan anak dengan tema Merdeka bahkan tak kurang juga hasil kreatif mewarna tema merdeka Macam mana nak melukis 14 bucu bintang pada...
Baju Putih Anak Terkena Warna Confirm Putih Bersih Rendam Guna Bahan Ni

Baju Putih Anak Terkena Warna Confirm Putih Bersih Rendam Guna Bahan Ni

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 260 hits
Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh rasa kecewanya bukan main lagi Terus rasa down Tak gitu mama Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna...
Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 213 hits
Bila mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut bagaimana kita sampaikan mesej apa yang kita ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan