Kalau Anak Buat Sesuatu Aktiviti Sentiasalah Puji Dia Perhatikan Anak Pasti Tersenyum


Hobi boleh dikaitkan dengan minat anak-anak. Ramai juga yang berjaya menjadikan hobi sebagai karier dan mampu menjana pendapatan. Jika anak anda mempunyai hobi yang dia gemari, pantau dan beri mereka galakkan.
Pada zaman media sosial ini, lebih ramai yang suka menghabiskan waktu terluang mereka dengan aktiviti pasif, seperti menonton TV dan melayari internet. Aktiviti waktu lapang yang aktif seperti bersukan dan hobi semakin tidak popular, terutamanya dalam kalangan anak muda hari ini. Ini satu kerugian kerana sukan dan hobi ialah cara yang baik untuk memupuk hubungan rapat antara ahli keluarga. Apabila ahli keluarga mempunyai minat atau hobi yang sama, mereka boleh meluangkan masa melakukan perkara yang mereka sukai bersama.

Jom buat bersama!
Apabila bercakap tentang masa bersama menerusi hobi, ia bukan hanya bermaksud membawa anak-anak anda ke kelas tarian atau menyokong mereka dari tepi padang bola. Ia bermaksud melakukan sesuatu perkara yang anda dan anak anda minat. Mempunyai objektif sama akan menggalakkan anak-anak anda berkongsi perasaan kepada anda, lalu mewujudkan hubungan yang rapat. Jadi, apa harus anda lakukan?
Tanamkan minat: Pupuk minat mereka terhadap hobi anda dengan membenarkan mereka bersama anda semasa anda melakukan hobi itu. Jelaskan dan kongsikan keseronokan semasa melakukan hobi tersebut. Beri peluang untuk mereka turut serta dengan meminta pendapat atau bantuan mereka. Layan soalannya menggunakan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.
Tetapkan masa: Tetapkan masa dalam jadual untuk melakukan hobi itu. Contohnya, anda boleh peruntukkan petang Sabtu pada setiap dua minggu untuk sesi badminton dengan anak-anak anda. Penting untuk memastikan hobi itu dilakukan pada waktu terluang agar anda tidak kelam-kabut dan anak anda tidak rasa terpaksa.
Mula dengan mudah: Berikan mereka sesuatu yang mudah dan sesuai terlebih dahulu. Anda boleh mengajarkan tahap yang lebih sukar apabila mereka menunjukkan minat lebih mendalam dan mereka lebih berkemampuan. Jika mereka berminat dengan fotografi, berikan mereka guna kamera yang mudah digunakan dengan tetapan auto dahulu, bukan terus mengajarkan mereka tetapan manual pada kamera DSLR profesional.
Bersabar: Bagi memastikan anak anda seronok melakukan hobi itu, ia haruslah menarik, santai dan istimewa. Fahami bahawa anak anda mungkin akan melambatkan anda dan anda mungkin tidak dapat melakukannya seperti biasa. Bersabarlah apabila mereka menyepahkan alatan anda. Ingat, tujuan anda adalah untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama.
Sokong mereka: Jika anak-anak anda berasa kecewa dengan hobi itu (contohnya, mereka kerap gagal menunggang basikal tanpa roda latihan), puji usaha mereka dan berikan nasihat. Berikan galakan dan maklum balas yang membina, bukan kritikan. Apabila mereka menguasai kemahiran baru, galakkan mereka dengan memberikan alatan berkaitan, atau melawat tempat yang menarik
Apa yang kita boleh buat?
There are many activities and hobbies that you can enjoy with your kids. Here are some examples.

Sukan
Bersukan merupakan cara yang baik untuk kanak-kanak menjadi aktif, belajar bekerjasama, dan melatih koordinasi badan. Ia antara hobi yang umum, tetapi pastikan jenis sukan itu sesuai dengan umur dan kemampuan mereka. Contoh: bola sepak, badminton, bola keranjang, berenang, memanjat dinding, dan kasut roda.
Aktiviti keluarga
Menghabiskan masa di luar ialah cara yang baik untuk bersenam, mengurangkan tekanan, dan mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari. Kanak-kanak juga boleh belajar menghargai alam sekitar. Contoh: berjalan di taman/hutan, melihat bintang, memancing, berbasikal, dan berkhemah.
Seni dan kraftangan
Kanak-kanak boleh mengembangkan sisi kreatif mereka dengan seni dan kraf. Ia juga aktiviti menarik yang dapat melatih koordinasi tangan dan mata mereka. Contoh: catan, origami, membuat buku skrap, dan membina model.
Koleksi
Mengumpul barangan boleh mengajar anak-anak kemahiran menyusun atur dan mengira. Mereka juga akan belajar menghargai kecantikan dan keunikan setiap barang dalam koleksi mereka. Contoh: setem, syiling, poskad, cangkerang, atau penutup botol!
Permainan & teka-teki
Ini akan mengajar anak-anak pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Mereka juga akan mempelajari cara merancang strategi. Contoh: susun suai gambar, kiub Rubik, dam, catur, dan sudoku.
Seni persembahan
Belajar membuat persembahan boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak anda. Ia juga boleh menjadi cara kreatif untuk anak anda melahirkan perasaannya. Contoh: menyanyi, bermain gitar atau piano, menari, dan persembahan silap mata.
Kemahiran hidup
Mengajarkan kemahiran hidup sejak kecil akan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berguna untuk masa depan. Mereka juga akan belajar untuk menyukai tugasan rumah. Contoh: memasak, membuat kek, berkebun, menjahit, pertukangan kayu, dan kerja-kerja enjin.
Terdapat pelbagai hobi berbeza yang anda dan anak-anak boleh cuba. Dengan adanya hobi, anda boleh meluangkan masa bersama-sama anak anda dengan bermakna, lalu mewujudkan hubungan yang kuat dan melakar memori indah dalam keluarga. Selain itu, hobi boleh membantu anda membina hubungan baru, menangani tekanan dari kerja atau sekolah, dan mengembangkan karakter anda. Jika anda sudah pun mempunyai hobi, cuba libatkan anak anda juga; jika tidak, carilah hobi bersama-sama anak anda hari ini!
Kredit: My Positive Parenting

Jangan lupa saksikan Hobi Si Cilik dalam Pa&Ma Tv hari ini pada pukul 9 malam di Astro Ria HD
The post Kalau Anak Buat Sesuatu Aktiviti , Sentiasalah Puji Dia. Perhatikan, Anak Pasti Tersenyum! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-buat-sesuatu-aktiviti-sentiasalah-puji-dia-perhatikan-anak-pasti-tersenyum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Pankek Pasti Gebu Anak Mesti Suka

Resipi Pankek Pasti Gebu Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 286 hits
Bagi yang inginkan kelainan boleh cuba buat pankek ini sebagai juadah minum petang Siti Hajar Masran melalui facebook berkongsi resipi membuat pankek Menariknya resipi pankek ini dibuat ala pankek dari restoran makanan segera terkenal Boleh...
Screen Time Buat Anak Jadi Makin Pasif Galakkan Permainan Aktiviti Aktif

Screen Time Buat Anak Jadi Makin Pasif Galakkan Permainan Aktiviti Aktif

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 435 hits
Apabila di rumah lebih lebih lagi waktu cuti ada waktunya anak kita menonton televisyen seharian Bukan itu sahaja malah penggunaan gajet juga begitu berleluasa tanpa pantauan dan had dari ibu bapa Membiarkan anak tanpa mengehadkan segala ak...
Nak Sel Otak Anak Berhubung Jadi Pintar Dan Cerdas No Gajet Hanya Buat 5 Perkara Ini Pasti Membantu

Nak Sel Otak Anak Berhubung Jadi Pintar Dan Cerdas No Gajet Hanya Buat 5 Perkara Ini Pasti Membantu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 414 hits
Perkongsian daripada doktor ini boleh membantu ibu bapa menambah sel otak bayi menjadi lebih cerdik 5 perkara ini tidak mustahil mama papa boleh lakukannya Rangsangan sejak dari usia bayi berupaya menambah sambungan antara sel sel Apa yang ...
Anak Asyik Main Gajet Ini 10 Aktiviti Kat Rumah Mama Papa Boleh Divert Nak Bantu Tingkatkan Fokus

Anak Asyik Main Gajet Ini 10 Aktiviti Kat Rumah Mama Papa Boleh Divert Nak Bantu Tingkatkan Fokus

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 398 hits
Anak anak masa kini memang kurang gemar membuat aktiviti fizikal Maklum sahaja bila gajet ada ditangan kalau tak ditegur ralit boleh sampai ke petang Kita memang tahu pendedahan gajet kepada anak anak yang masih muda memang tidak bagus untu...
Anak Anak Tak Boleh Pilih Mak Ayah Kita Yang Kena Pilih Nak Jadi Mak Ayah Yang Macam Mana

Anak Anak Tak Boleh Pilih Mak Ayah Kita Yang Kena Pilih Nak Jadi Mak Ayah Yang Macam Mana

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 330 hits
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak anak kita nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta buta bulat bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini 4...
Biarlah Di Mata Orang Anak Kita Gelap Tak Comel Tapi Pada Kita Anak Ni Tetap Paling Indah

Biarlah Di Mata Orang Anak Kita Gelap Tak Comel Tapi Pada Kita Anak Ni Tetap Paling Indah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 456 hits
Anda tidak boleh mengubah warna kulit bayi Warna kulit bayi sama ada cerah atau gelap ditentukan oleh gennya pada saat dia disenyawakan Tiada apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memutihkan atau menggelapkan kulit bayi sebelum atau ...
Sekali Sekala Masak Untuk Anak Makanan Berasaskan Keju Confirm Dia Suka Ada 3 Resipi Menarik Wajib Cuba

Sekali Sekala Masak Untuk Anak Makanan Berasaskan Keju Confirm Dia Suka Ada 3 Resipi Menarik Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 377 hits
Bayi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan sudah boleh makan keju Namun tak semua keju sesuai untuk bayi Bagi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan perkenalkan bayi dengan krim keju seperti Tatura Jika bayi anda tiada sebarang masalah alahan ...
Hukum Orang Tua Perintahkan Anak Lelakinya Menceraikan Si Isteri

Hukum Orang Tua Perintahkan Anak Lelakinya Menceraikan Si Isteri

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 272 hits
Saya mewakili kawan saya nak tanya ustaz masalah rumah tangga dia Isteri kawan saya ini selalu tidak sefahaman dengan keluarga suaminya dan kadang kadang bertegang lidah tapi tidak sampai bergaduh Hukum Orang Tua Perintahkan Anak Lelakinya ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara