Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog



Kalau Aku Bukan Seorang Penulis Blog
Sebenarnya topik aku nak kongsi kali ni adalah topik yang tak sengaja aku cadangkan untuk rakan blogger semasa sesi brainstorm minggu lepas. Bukan sesi yang serius pun cuma bertukar idea bila masing-masing stuck tak tahu nak buat perkongsian di blog terutamanya. Jadi Tuhan turunkan ilham untuk aku menulis tentang diri sendiri. Kalau aku bukan aku yang sekarang iaitu seorang penulis blog, apa aku akan jadi? 

Ni kira soalan ala-ala artis yang baru masuk industri hiburan ditemuramah dalam rancangan hiburan la kiranya. Soalan ramah mesra. Hahaha. Sebenarnya menjadi seoarang penulis blog langsung tak pernah terlintas dekat otak. Sejak kecil mana pernah didedahkan dengan dunia blog weh, aku tahu tentang blog masa aku mula masuk alam pekerjaan.

Selalu aku baca blog waktu makan tengahari dekat pejabat. Kadang-kadang malas nak makan dekat luar jadi tapau makanan siap-siap dan menghadap blog. Masa tu minat baca blog orang, penulis blog dulu-dulu tulis kisah peribadi tapi tak pernah bosan nak baca. Mana ada buat review berbayar macam sekarang ni.



Punca Aku Jadi Ketagih Baca Blog
Aku pernah follow satu blog perempuan misteri. Nama dia seakan-akan nama orang putih (aku lupa), dia tak pernah kongsi gambar dia tapi penceritaan dia yang bagus sehinggakan aku boleh bayangkan dia seorang perempuan free hair yang cantik. Dia banyak berkongsi cerita diri dia yang terperangkap dalam cinta tiga segi.

Dia sukakan duda anak satu, then kawan satu pejabat dia lelaki bujang sukakan dia. ha begitulah cinta tiga segi sebiji macam dalam drama tv. Hebatnya skill dia menulis tu sampai ramai follow blog dia dan menantikan update kisah cinta mereka.

Sehinggalah satu ketika, blogger ni tiba-tiba menyepikan diri. Serius aku frust juga sebab masa tu cerita cinta mereka dah menuju klimaks. Ramai yang komen bertanya khabar. Tambah kecewa aku terjumpa satu artikel tentang perempuan ni. Ada orang bongkarkan yang kisah perempuan tu hanyalah imiginasi penulis blog. Kiranya cerita rekaan sahaja lah.

Tak cukup dengan kejutan pendedahan tentang kisah cinta penulis blog tu, ada orang bongkarkan juga yang sebenarnya penulis blog tu sebenarnya seorang lelaki. Cis betul. Spoil sungguh. Patutlah kisah dia sangat menyentuh jiwa. Nampak sempurna dan sarat dengan emosi. Rekaan je gais. Terciduk aku. hahaha.

Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati dengan apa aku baca. Yelah memang di alam maya orang boleh buat apa sahaja. Kita la kena bijak menilai. Mula dari kejadian tu, aku mula berjinak-jinak menulis kisah peribadi yang aku wajar kongsi sekitar tahun 2010 lepas tu aku berdiam diri selama beberapa tahun dan kemudian aktif semula beberapa tahun kebelakangan ni


Cita-Cita Nak Jadi Cikgu
Wah panjangnya aku throwback, jom kita sambung cerita kalau aku bukan seorang penulis blog aku syak aku akan jadi seorang cikgu. Cikgu ni memang dah termasuk dalam senarai cita-cita impian masa kecil. Masa tu aku tanam dalam otak jadi cikgu Bahasa Melayu pun dah ok, nak ajar subjek lain aku rasa aku tak cukup pandai. Selalu aku risau kalau anak murid tanya soalan dan aku tak pandai nak jawab. Mesti jatuh air muka depan anak murid.

Oleh sebab aku takut yang bukan-bukan lah aku matikan je hasrat aku jadi cikgu. Agaknya kalau aku tekad pasti aku dah jadi seorang guru sekarang ni. Dalam keluarga aku, dua daripada sepuluh orang adik beradik aku adalah cikgu.

Walaupun selalu aku dengar betapa stressnya mereka dengan bebanan kerja dan sakit otak menghadap perangai pelajar tapi sedikit pun tiada penyesalan menjadi cikgu. Salute ah. Aku kalau jadi cikgu mahu aku bertukar jadi singa. Sabar aku tak banyak.

Cerita pasal cita-cita ni aku teringat kenangan aku tentang perkongsian cita-cita masa kecil.  Aku ingat lagi masa sekolah rendah, masa tu subjek English. Cikgu buat ice breaking dan minta murid-murid perkenalkan diri dan nyatakan apa cita-cita dalam bahasa English. Aku punyalah panik, dah la tak pandai cakap omputih sekali kena pula kenalkan diri. Puas aku berlatih sehinggalah tiba giliran aku. aku ingat lagi aku panik sehingga aku salah sebut perkataan “Clerk”. Dalam banyak-banyak cita-cita aku pilih nak jadi KERANI gais.

Ya ampun, apa yang telah merasuk aku masa tu tak pasti. Kenapa tah aku rasa jadi kerani tu cool. Sampai je giliran aku, aku bangun dan memperkenalkan diri. My name is Rodiah binti Amir Hamzah, I want to be a klerk. Aku cuak sampai salah sebut, sepatutnya bunyi dia “klak” (kerani) aku pula sebut “klek”. Cikgu tinggikan suara sebab tak faham apa aku sebut. Malunya ya Allah.

Rasa macam ada guli tersekat dekat anak tekak bila cikgu suruh ulang semula. Akhirnya cikgu betulkan sebutan Clerk aku tu. Masa tu kalau aku toreh dengan pisau confirm muka aku tak berdarah sebab takut sangat. suruh cakap dua baris ayat je kot. Itulah kenangan.



Kesimpulan

Aku rasa cita-cita menjadi seorang cikgu adalah cita-cita yang memang jadi impian budak-budak sebaya aku dulu. Pekerjaan paling senang orang nak kenal, dan menjadi calon idaman untuk dijadikan isteri, dan menantu. Sesungguhnya aku tak pernah kesal menjadi penulis blog, mungkin ada yang anggap menulis blog sebagai satu hobi tapi aku percaya ianya juga boleh dijadikan punca pendapatan walau tak semewah pekerjaan dekat luar sana. In Sha Allah semoga perkongsian aku sebagai penulis blog bukan sahaja membantu kehidupan dekat dunia tapi untuk akhirat juga.
Salam sayang dari aku. Terima kasih sudi baca. Kita jumpa dilain entri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/02/kalau-aku-bukan-seorang-penulis-blog.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lelaki Ditahan Kerana Cuba Bawa Masuk Daging Tikus Kering

Seorang Lelaki Ditahan Kerana Cuba Bawa Masuk Daging Tikus Kering

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 329 hits
Pegawai Penguatkuasa Maqis menunjukkan daging tikus kering yang dirampas di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada Ahad Gambar Sinar HarianBAYAN LEPAS Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang...
Azizulhasni Awang Bongkar Rahsia Kejayaan Hari Ini Kerana Bantuan Seorang Cina

Azizulhasni Awang Bongkar Rahsia Kejayaan Hari Ini Kerana Bantuan Seorang Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 388 hits
Dengan status ranking nombor 1 keirin dunia ketika artikel ini ditulis Azizulhasni Awang mendedahkan beliau pernah digugurkan daripada program pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berusia 18 tahun Azizulhasni bersama Ng Joo Ngan dan ...
Airitam Dua Maut Seorang Parah Dirempuh Kereta Lawan Arus

Airitam Dua Maut Seorang Parah Dirempuh Kereta Lawan Arus

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 295 hits
Lagi kemalangan tragis berlaku hari ni di Pulau Pinang iaitu di Jalan Thean Teik Ayer Itam Georgetown berhampiran lampu isyarat Sunshine Farlim Kemalangan kali ini melibatkan nbsp dua orang penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan s...
19 Tahun Menikah Pria Ini Baru Sadar Istrinya Adalah Seorang Laki Laki

19 Tahun Menikah Pria Ini Baru Sadar Istrinya Adalah Seorang Laki Laki

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 254 hits
Seorang bule asal Belgia harus menelan pil pahit ketika mengetahui wanita yang dinikahinya selama 19 tahun ternyata adalah seorang laki laki Hal ini bermula pada tahun 1993 lalu Seorang pria asal Belgia bernama Jan bertemu dengan wanita ber...
Kenangan Lama Seorang Sahabat

Kenangan Lama Seorang Sahabat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 330 hits
Hari ini aku mengingati seorang sahabat dan ulama yang telah meninggal dunia pada 26 tahun yang lalu Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad Tok Kenali Tuan Guru Ustaz Mawardi Ahmad ialah cucu Tok Kenali seorang ulama tersohor di Nusanta...
Ya Allah Beri Seorang Anak Pun Cukup Elizad Harap Usahanya Untuk Ivf Berjaya

Ya Allah Beri Seorang Anak Pun Cukup Elizad Harap Usahanya Untuk Ivf Berjaya

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 524 hits
Pelakon dan juruhebah radio popular Siti Elizad merancang untuk memulakan proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation bagi mendapatkan cahaya mata Elizad 36 atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkata rawatan itu perlu ...
Seorang Pegawai Karaoke Tewas Dalam Kebakaran Cafe Virgo Di Jatinegara

Seorang Pegawai Karaoke Tewas Dalam Kebakaran Cafe Virgo Di Jatinegara

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 174 hits
Api membakar dua lantai ruko seluas 300 meter persegi yang difungsikan sebagai ruang karaoke di lantai satu dan dua pukul 05 20 WIB
Penembakan Massal Di Thailand Tewaskan 20 Orang Pelaku Seorang Tentara

Penembakan Massal Di Thailand Tewaskan 20 Orang Pelaku Seorang Tentara

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 151 hits
Seorang tentara menembak 21 orang hingga tewas dan puluhan lainnya terluka dalam sebuah penembakan massal di kota Nakhon Ratchasima Thailand Sabtu
Koronavirus Seorang Lelaki Di Kelantan Perlu Jalani Ujian

Koronavirus Seorang Lelaki Di Kelantan Perlu Jalani Ujian

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 510 hits
KOTA BHARU Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan rakaman video tular mengenai seorang pesakit yang dikehendaki menjalani pemeriksaan lanjut untuk pengesahan berkaitan wabak koronavirus di negeri ini Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkat...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense