Kakitangan Awam Tak Rugi Dengan Skim Caruman Kwsp Menteri


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Aug 20, 2024
Cadangan kerajaan memperkenalkan skim caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada penjawat awam lantikan baru tidak akan rugi, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Sebaliknya cadangan baru itu kata menteri memberi pilihan kepada kakitangan awam.

"Saya percaya ia satu cadangan yang baik daripada kerajaan bukan sahaja dari segi fiskal tetapi juga memberi pilihan kepada kakitangan awam.

"Kalau dia berkhidmat dengan kerajaan, dia mendapat pulangan yang lebih kurang sama dan dari segi faedah, ia tidak akan kurang daripada apa yang ada sekarang.
"Jadi, mereka tidak akan rugi apa-apa. Kalau… dia pindah ke tempat lain caruman itu akan mengikut dia ke tempat baru dia, itu saya kata mereka mempunyai pilihan yang bagus," katanya kepada pemberita di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.

Namun, Amir mengakui kerajaan perlu berusaha menjelaskan perkara itu perlu ditingkatkan.

Sebelum ini terdapat dakwaan langkah pengambilan baru penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen akan menjejaskan nasib orang Melayu yang merupakan majoriti dalam penjawat awam.

Kerajaan berkata perkara itu telah dikaji sejak lama dulu dengan perancangan baru untuk mengganti skim itu bagi mengelakkan negara berisiko muflis dan memberi masalah kepada generasi akan datang.
Pada awal tahun ini, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengambilan penjawat awam baru secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum kabinet meluluskan dasar pengambilan baru secara tetap tetapi tidak berpencen.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak akan menjejaskan status penjawat awam sedia ada namun bagi penjawat awam lantikan baru perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengulas lanjut, Amir berkata cadangan itu masih diperhalusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Ini masih perhalusi oleh JPA. Inshaallah, sebelum hujung tahun harap akan ada sedikit penjelasan mengenainya.

"Kita kena tunggu, lepas diperhalusi JPA dan selepas dipersetujui semua pihak ia akan keluar," katanya.Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/kakitangan-awam-tak-rugi-dengan-skim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sspa Skim Upah Baru Penjawat Awam Kalkulator

Sspa Skim Upah Baru Penjawat Awam Kalkulator

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 590 hits
SOURCE appeared first on Skim Upah Baru sspa Penjawat Awam Sistem Saraan Perkhidmatan tahun 2024 Selepas lebih 12 tahun tiada semakan kenaikan SOURCE appeared first on
Video Profil Mentereng Rosan Roeslani Eks Ketua Tkn Prabowo Jadi Menteri Investasi Gantikan Bahlil

Video Profil Mentereng Rosan Roeslani Eks Ketua Tkn Prabowo Jadi Menteri Investasi Gantikan Bahlil

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 197 hits
Presiden Joko Widodo menunjuk Rosan Perkasa Roeslani menjadi Menteri Investasi Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal
Video Ini Daftar Menteri Kepala Lembaga Kena Reshuffle Jokowi Ada Bahlil Anak Buah Prabowo

Video Ini Daftar Menteri Kepala Lembaga Kena Reshuffle Jokowi Ada Bahlil Anak Buah Prabowo

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 262 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi melakukan reshuffle atau perombakan kabinet Indonesia Maju Senin 19 Agustus 2024
Reshuffle Kabinet Jokowi Menkum Ham Dan Menteri Lhk Diganti

Reshuffle Kabinet Jokowi Menkum Ham Dan Menteri Lhk Diganti

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 220 hits
Pelantikan menteri dan kepala badan akan dilangsungkan di Istana Negara pagi ini pukul 09 30 Wib
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kali Pertama Memancing Ikan

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs