Kaka Azraff Teringin Mengidam






Lirikan senyuman pada wajah penyanyi Kaka Azraff sudah cukup menggambarkan rasa bahagia yang ingin dikongsi kepada khalayak. Ketika itu, dia hadir pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis Warner Music dan anak yatim di Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini.

Reaksi spontannya yang acap kali mengusap perut sambil menjabat tangan rakan artis, membuatkan umum faham benar bunga-bunga cinta yang sedang mekar di laman kasihnya.

Usai tamat majlis, pemilik nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff, 30, yang masih mampu menggayakan sepasang kasut tumit tinggi empat inci itu berjalan perlahan menuju ke ruang sidang akhbar.

“Hari ini, saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan media kerana mahu berkongsi berita gembira bahawa saya telah berbadan dua. Usia kandungan saya kini empat bulan,” katanya sambil memeluk erat tubuhnya.

Kali pertama tampil berkongsi mengenai berita itu, Kaka berkata, dia telah lama menahan perasaan teruja untuk berkongsi berita berkenaan terutama bersama peminat dan rakan media.

Namun, demi menghormati permintaan suami, Adam Azriff, 26, keluarga daripada kedua-dua pihak dan nasihat doktor, dia akur untuk tidak terlalu terbuka mendedahkan perkara tersebut.

“Saya tidak mempunyai niat mahu menyorokkan berita baik ini. Jika diikutkan hati, saya mahu segera berkongsi berita gembira ini. Namun atas nasihat doktor, suami dan keluarga saya batalkan niat itu.

“Mereka menasihatkan saya supaya bersabar dan tunggu sehingga bayi berada dalam keadaan sihat dan kuat sebelum berkongsi berita kehamilan ini kepada umum,” ujarnya.

Pengorbanan

Berkongsi mengenai pengalaman melalui fasa trimester pertama, pelantun Bukan Hal Aku Itu berkata, dia mengalami alahan yang teruk sehingga tidak boleh keluar dari rumah.

“Sepanjang tiga bulan pertama, saya lebih selesa menjarakkan diri daripada suami (Adam). Sehingga pada satu tahap, saya terpaksa meminta Adam menjauhkan diri daripada sata. Adam sehingga berseloroh mahu keluar dari rumah.

“Saya juga selesa untuk berada di rumah dan mengelak daripada keluar kerana benci mengenakan mekap. Alhamdulillah, kini kesemua simptom itu telah tiada,” katanya disambut hilai tawa.

Sungguhpun begitu, Kaka mengakui amat menghargai pengorbanan suami kerana sanggup berhenti daripada merokok demi memastikan kandungannya tidak berdepan sebarang risiko.

Biarpun semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan kandungan yang disahkan sihat, Kaka sebenarnya teringin untuk merasai pengalaman mengidam.

Tuturnya, sehingga kini dia belum pernah terasa seperti orang mengidam dan teringin untuk melalui proses itu sebagai sebahagian daripada pengalaman hamil anak pertama.

“Alhamdulillah, Adam sanggup berkorban demi saya dan anak. Sukar untuk kita mendapat pasangan yang sanggup sama-sama berkorban. Dia banyak membantu dan memahami saya sepanjang kehamilan.

“Tetapi sehingga kandungan berusia empat bulan, saya teringin merasa perasaan mengidam. Proses mengidam itu yang belum saya lalui,” luahnya.

Ketika diminta berkongsi perasaan suami tatkala mendapat khabar bahawa dirinya telah hamil, Kaka merasakan anugerah Tuhan itu hadir pada masa yang tepat.

Biarpun usia perkahwinan belum mencecah setahun, ditambah pula usia Adam yang masih muda, Kaka optimis suaminya telah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menurut Kaka, hampir lima bulan hidup sebumbung bersama Adam, tidak pernah sehari pun dia berasa pilihan menggalas status isteri kepada suaminya adalah keputusan tidak tepat.

“Setiap hari bersamanya adalah hari yang bahagia. Itulah fasa yang sedang saya lalui. Oleh sebab itu, saya yakin, dia telah bersedia dan mampu menggalas status seterusnya dalam perkahwinan iaitu bergelar seorang bapa,” luah Kaka jujur.

Kerjaya

Galak bercerita mengenai momen kehamilan permata sulungnya, Kaka bagaimanapun enggan meletakkan sebarang harapan terhadap jantina anak.

Seperti pasangan ibu bapa yang lain, Kaka selesa menyerahkan jantina anak kepada Allah dan hanya berdoa melahirkan bayi yang sihat.

“Saya tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal lahir kelak. Asalkan anak kami selamat dan membesar sebagai hamba yang soleh atau solehah,” tuturnya.

Sempat bertanya mengenai rencana kerjaya, ternyata Kaka memilih untuk tidak memperlahankan rentak walaupun dalam keadaan hamil.

Tidak mahu menjadikan kehamilannya sebagai alasan untuk tidak berkarya, Kaka bakal kembali ke studio untuk merakamkan lagu baharu.

Katanya, lagu tersebut berkisar mengenai kehidupannya kini yang sentiasa dalam momen yang bahagia. Tidak mahu melupakan setiap pengalaman manis dalam hidupnya, dia mahu lagu tersebut menjadi ‘album’ kebahagiaannya.

“Insya-Allah saya akan kembali ke studio untuk merakamkan lagu. Lagu itu kelak adalah mengenai kebahagiaan. Kami telah mempunyai material hanya menunggu proses rakaman sahaja,” ujarnya.

Mengenai kemampuan untuk memenuhi undangan pentas, Kaka menyerahkan kepada pihak label iaitu Warner Music untuk menyusun jadual seninya.

Tambah Kaka, dia yakin pihak label amat memahami dan bijak memastikan dirinya seimbang antara menjalani proses kehamilan dan kerjaya.

“Pada tahun lalu, saya suka bekerja. Bulan Ramadan kali ini, tambahan pula sedang hamil, saya masih boleh bekerja mengikut kemampuan. Saya serahkan urusan kerjaya berkaitan jemputan persembahan dan pengurusan jadual kepada label,” katanya mengakhiri bicara.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/kaka-azraff-teringin-mengidam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Berhenti Merokok Bila Tahu Kaka Azraff Berbadan Dua Tak Suka Bau Asap

Suami Berhenti Merokok Bila Tahu Kaka Azraff Berbadan Dua Tak Suka Bau Asap

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 382 hits
Setelah sekian lama berteka teki baru baru ini penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya hamil empat bulan Apa yang membuatkan kehamilannya ini lebih bermakna apabila suaminya Adam Azriff mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas menge...
Hampir Pengsan Masa Memasak Rupanya Diri Hamil Kaka Azraff Umum Bakal Jadi Ibu

Hampir Pengsan Masa Memasak Rupanya Diri Hamil Kaka Azraff Umum Bakal Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 487 hits
Kehamilan tidak menunjukkan petanda Kaka Azraff tidak sedari dirinya hamil sehingga mengalami situasi hampir pengsan semasa memasak Penyanyi yang popular dengan lagu Buku Merah Bukan Hal Aku Kaka Azraff mengumumkan dirinya kini sedang hamil...
Kaka Azraff Sahkan Kini Hamil Empat Bulan

Kaka Azraff Sahkan Kini Hamil Empat Bulan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 284 hits
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin yang baru saja bernikah Disember lalu Kaka Azraff diatas kehamilan anak pertama Nampaknya desas desus mengenai perubahan fizikal The post appeared first on
Bila Tekak Teringin Almond

Bila Tekak Teringin Almond

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 281 hits
Sedapnya dua makanan berisikan kacang Almond Siapa suka almond Sama macam aku Orang cakap almond ni bagus untuk kesihatan Tapi beli yang original Otak jadi cergas Anak anak nak exam kena makan banyak almond dan kismis Demi kesihatan badan j...
Syed Saddiq Teringin Kahwin

Syed Saddiq Teringin Kahwin

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 662 hits
Setelah setahun jadi Menteri dan rasa dirinya sudah stabil hidup Syed Saddiq teringin nak mendirikan rumah tangga Kalau boleh lepas Raya dia nak langsungkan sebelum saham jatuh bila Dr Mahathir tidak lagi Perdana Menteri Ibunya cadangkan se...
Teringin Punya Angkara

Teringin Punya Angkara

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 248 hits
Ayam Goreng BerempahAlhamdulillah menu utama berbuka semalam adalah ayam goreng berempah Dah ramadan yang ke 12 baru ada masa untuk update menu berbuka Hehehe Teringat zaman di universiti dulu tiap kali tapau nasi Mesti ada je ayam goreng b...
Teringin Nak Makan Kuih Nekbat Beli Online Jer Senang

Teringin Nak Makan Kuih Nekbat Beli Online Jer Senang

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 358 hits
BESUT Berbekalkan keazaman untuk terus memelihara kuih warisan tradisional Pantai Timur nekbat daripada hilang ditelan zaman seorang wanita gigih menghasilkan kuih tersebut dan menjualnya sepanjang Ramadan ini Malah beliau turut mempromosik...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan