Kak Kejap Ye Saya Nak Pergi Solat Peniaga Tinggalkan Kedai Tanpa Dijaga Sentuh Hati Pelanggan


Setiap kebaikan yang berlaku di sekeliling kita sudah pastinya dapat memberi kesan terhadap kehidupan kita pada masa akan datang. Selain itu, kebaikan yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan juga akan membuatkan rezeki melimpah ruah.
Situasi berkenaan sangat sesuai dipadankan dengan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook ini yang menceritakan tentang kebaikan seorang lelaki yang berniaga makanan di Kuala Lumpur.
ALLAH NAK TUNJUK KAT KITA NI…
Lately ni punya lah mengidam sangat nak makan makanan yong tau fu. Maka saya pun google cari port mana ada makan yong tau fu sedap di kl ni. Akhirnya jumpa lah kedai ni, ‘Bijan Cafe Kampung Baru KL’.

Terus cik abg bawak pi sini. Alhamdulillah sedap sangat makan kat sini. Sepanjang makan kat sini, saya suka lihat keadaan sekeliling dan gelagat tuan kedai. Waktu kami sampai sini tak ramai customer yang ada.
Situasi pertama
Ada sebuah kereta ni parking sebelah kedainya.
Lalu dia pun cakap kat kawan dia. ‘Orang ni nak pi mana?’
Kawan dia pun jawab, ‘Ha pelanggan kau lah tu nak mai makan yong tau fu’
Dia pun jawab ‘Bukan kot, dia pi kedai lain rasanya. Kalau Allah kata rezeki kita, dia mai lah kedai kita’. Jawabnya bersangka baik.
Moral of the story: Orang baik begini akan bersangka baik pada Allah dan rezekinya. Tidak dia terlalu berharap orang tu masuk ke kedainya, takut beri harapan tinggi pada manusia untuk mai masuk makan kat sini. Dan Alhamdulillah memang pelanggan tu mai masuk ke kedai ni makan kat sini.
Situasi kedua
Disebabkan kempunan lagi terbayang nak makan yong tau fu, maka saya pujuk cik abg untuk mai kedai ni lagi. Alhamdulillah cik abg bawak lagi ke sini.
Sesudah saya sampai ke sini. Saya terus lah pi amek makanan untuk saya pilih.
Tiba-tiba
Datang seorang lelaki bangladesh ni mai masuk. Dia pun tanya. ‘Kat sini ada nasi?’
Tuan kedai pun jawab. ‘Maaf sini takda nasi, sini ada yong tau fu saja’
Orang tu mundar mandir macam ada sesuatu nak cakap lagi
Lelaki bangladesh tu datang lebih dekat lagi. ‘Abg, saya mau makan boleh ka?’
Tuan kedai jawab, ‘eh boleh-boleh, pilih nak makan yang mana’
Lelaki tu menjawab. ‘Tapi saya takda duit mau makan. Boleh ka saya makan sini?’
Tuan kedai pun dengan lembutnya menjawab, ‘boleh, abg mau makan apa? Mau sup ka, mau pedas ka?’

Allahu tersentuh saya saat tu. Selalu jumpa tuan kedai yang akan halau orang begini keluar dari kedai, jarang-jarang jumpa boleh jawab dengan lembut dan terus amek makanan orang tu. Siap di offer lagi nak minum apa? Dia amekkan. Orang ni bukan orang kita pun tapi tuan kedai belanja juga dia makan. Tanpa banyak soal walau tengok tubuh badan orang tu sihat dan boleh bekerja.
Situasi ketiga
Azan isyak pun berkumandang. Lalu saya mula perasan tuan kedai takda di tempatnya. Sekali toleh dia dah letak signboard kecik ‘SOLAT’ di mejanya.
Datang dua pelanggan baru nak mai makan sini, waktu ni tuan kedai dah naik atas motor nak pi solat kat masjid.
Kalau korang lah kan. Korang akan pi layan pelanggan tu atau korang terus kan niat korang pi masjid? Ada tak perasaan ‘eh hilang lah pelanggan ni nanti tunggu aku lama?’
Tuan kedai dengan lembutnya cakap kat pelanggan tu. ‘Kak kejap ye saya nak pi solat jap, kejap lagi saya mai balik’

Allahu Tuhan nak tunjuk.
Tuan kedai boleh tinggalkan kedainya tanpa ada orang jaga
Tuhan jaga tempat rezekinya dan PELANGGANNYA. Pelanggan tu tunggu dengan sabar hingga tuan kedai mai balik ke kedai ni. Tanpa mengeluh cakap tunggu lama.
Allahuakbar waktu beberapa ketika ni saya diuji. Pabila orang yang saya sayang, orang yang saya baik sangat dengan dia kini orang tu semua jauh dan tinggalkan saya. Saya down sangat waktu ni.
Tuhan nak tunjuk, hati mereka Allah yang jaga.
Allah nak tunjuk jangan berhenti buat kebaikan tanpa harapkan balasan. Macam kisah tadi, Tuan kedai tak minta apa-apa pun pada orang bangladesh tu. Tak kenal pun. Tapi dia tolong.
Allah nak tunjuk bahwa yakin rezeki dari Allah taala. Tinggalkan kerja kita dan pi tunaikan solat di awal waktu. Allah jaga rezeki kita.
Terima kasih Ya Allah. Aku belajar sesuatu di depan mata aku. Syukur cik abg selalu support di saat-saat ni. 
Moga bermanfaat

Sekadar berkongsi. Kalau korang lalu kat area sini meh la singgah sini. Sedap yong tau fu dia dan yang bestnya harga dia murahhh. Saya amek banyak macam dalam gambar tu pun baru rm11. Ni kalau kat tempat lain mau cecah rm16-18. 
#bukanpaidreview
#syafieqahalya
#allahnaktunjuk

Ekoran perkongsian tersebut, rata-rata warganet juga tersentuh dengan kebaikan yang dipamerkan oleh peniaga tersebut dan ada juga yang menyatakan keinginan untuk berkunjung ke kedai itu. Di samping itu, tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan dan rezekinya bertambah pada masa akan datang.
“Nak pergi makan sebab suka akhlak dan peribadinya”

“Moga Allah permudahkan segala urusan tuan kedai dan dimurahkan rezekinya selalu”

Sumber: Syafieqah A’lya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/17/kak-kejap-ye-saya-nak-pergi-solat-peniaga-tinggalkan-kedai-tanpa-dijaga-sentuh-hati-pelanggan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Halalkan Pun Takpe Saya Nak Duit Saya Jer Pelanggan Biadab Aniaya Peniaga Durian

Tak Halalkan Pun Takpe Saya Nak Duit Saya Jer Pelanggan Biadab Aniaya Peniaga Durian

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 325 hits
The ReporterBuah durian terkenal dengan jolokan raja segala buah kerana dengan keenakan rasa dan juga harga buah tersebut Walaupun dikatakan harga buah durian mahal tetapi orang ramai tetap membelinya Wanita ini berkongsikan kisah di sebali...
Chow Chow Dah Berterabur Kedai Dia Apa Lagi Nak Buat Sekumpulan Remaja Aniaya Pengguna Jalan Raya Peniaga

Chow Chow Dah Berterabur Kedai Dia Apa Lagi Nak Buat Sekumpulan Remaja Aniaya Pengguna Jalan Raya Peniaga

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 231 hits
The ReporterKurang ajar dan biadab Itulah tindakan sekumpulan remaja yang sengaja menganiaya beberapa pengguna jalan raya dan peniaga di sekitar kawasan Anggerik Kuala Lumpur Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Moh...
Puas Tak Hati Akak Fitnah Saya Lempang Akak Saya Sentuh Akak Pun Tak Owner Honda Civic Nafi Dakwaan Wanita Hamil

Puas Tak Hati Akak Fitnah Saya Lempang Akak Saya Sentuh Akak Pun Tak Owner Honda Civic Nafi Dakwaan Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 721 hits
Puas tak hati akak fitnah saya lempang akak Saya sentuh akak pun tak Owner Honda Civic nafi dakwaan wanita hamilSusulan laporan polis seorang wanita hamil yang mendakwa dikasari pemandu Honda Civic JTM pemilik kereta itu tampil menafikan da...
Lirik Lagu Ical Mosh Kunci Semua Nak Pergi Syurga Tapi Ramai

Lirik Lagu Ical Mosh Kunci Semua Nak Pergi Syurga Tapi Ramai

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 2046 hits
Lirik Lagu Ical Mosh Kunci Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Lagu terbaru rapper Ical Mosh Kunci published on 31 Julai 2019 Best ke tidak Dari segi muzik nya not bad Takdelah mantop gempak sangat Quite catchy Tapi dari segi lirik ...
Kata Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita Fikry Ibrahim Mungkir Janji

Kata Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita Fikry Ibrahim Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 470 hits
Pasangan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah kembali menjadi perhatian menerusi drama Kau Yang Pertama setelah bergandingan dalam drama Cik Reen dan Mr Ngok Ngek sebelum ini Walau bagaimanapun terdapat segelintir penonton meluahkan rasa...
Awak Rehat Tau Niat Nak Kahwin Hujung Tahun Ini Tak Kesampaian Tunang Pergi Dalam Kemalangan

Awak Rehat Tau Niat Nak Kahwin Hujung Tahun Ini Tak Kesampaian Tunang Pergi Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 663 hits
Awak Rehat Tau Niat Nak Kahwin Hujung Tahun Ini Tak Kesampaian Tunang Pergi Dalam Kemalangan Suka atau tidak semua makhluk pasti akan berdepan dengan kematian Dalam tak sedar setiap saat yang dilalui malah makin mendekatkan kita dengan haki...
Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir Mak Cik Bawang

Tak Guna Pergi Masjid Tapi Tak Solat Kisah Wanita Mualaf Tak Mahu Lagi Ke Masjid Lepas Disindir Mak Cik Bawang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 556 hits
Benar hidayah itu milik Allah tetapi ia perlu sentiasa dicari dan bukannya hanya dinanti Malah tiada siapa pun dapat menjangka bila Sang Pencipta akan menggerakkan hati seseorang untuk menerimanya Dan tentu ramai di antara kita yang pernah ...
Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu

Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 307 hits
Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu Umum mengetahui bahawa jasad milik gadis Ireland yang telah hilang iaitu Nora Anne Quoirin selamat ditemui Menurut pihak berkuasa badan remaja berusia 15 tahun itu ditemui tanpa seura...
Kami Kena Berhutang Nak Isi Minyak Pergi Kerja

Kami Kena Berhutang Nak Isi Minyak Pergi Kerja

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 310 hits
Lebih 100 kakitangan Utusan Melayu Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com c...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa