Kak Jahidah Stabil Baby Sihat Wanita Koma Dipukul Suami Selamat Bersalin
Kuasa Allah, siapa sangka hari sepatutnya (1 Disember) melakukan pembedahan untuk melahirkan anak, tetapi malam 30 November dah pecah air ketuban dan terpaksa buat ’emergency czer’.
Inilah ketentuan ilahi bagi mempermudahkan urusan kelahiran bayi buat wanita koma, Jahidah Nordin yang dipukul suami semasa kandungannya baru beberapa minggu ketika itu.
ARTIKEL BERKAITAN [Dibelasah Suami Sehingga Koma – Hebatnya Allah, Dah Hampir 9 Bulan Kakak Hamil & Bakal Bersalin]
Menerusi perkongsian Fazariah Nordin, kakaknya telah selamat melahirkan bayi sehari awal dari tarikh jangkaan bersalin tepat jam 11.15 malam. Jika diikutkan, Kak Jahidah perlu dibius seluruh badan kerana pembedahan agak berisiko kerana keadaannya.
Baju baby Kak Jahidah yang siap dibasuh dan hanya menunggu kepulangannya ke rumah.
“Namun doktor call beritahu, terpaksa emergency czer, sebab air ketuban dah pecah.
“Alhamdulillah..Semalam kak Jahidah Nordin dah selamat lahirkan baby. Emergency czer sebab air ketuban dah pecah. Kakak masih dalam pantauan doktor. Baby pun sihat,” kongsinya.
Sebelum ini, media melaporkan selepas peristiwa hitam itu, Jahidah, 43, yang dijaga sepenuhnya oleh adiknya, Fauziah Nordin, 40, menunjukkan perkembangan positif walaupun hanya terlantar dan bergantung pada susu khas sahaja. Namun bayi dalam kandungannya membesar dengan baik.
Jahidah telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sejak 22 November lalu tetapi ahli keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.
Tambah Fazariah, hanya doa yang tak putus dan solat hajat dilakukan bagi memberi kekuatan semangat kepada kakak agar dipermudahkan urusannya.
“Bagaimanapun, setelah dapat perkhabaran gembira dari pihak hospital selepas kedua-duanya selamat, seluruh ahli keluarga tak sabar untuk melihat kak Jahidah dan bayinya,” kongsinya.
Kredit: Fazariah Nordin
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Kak Jahidah Stabil, Baby Sihat.” Wanita Koma Dipukul Suami, Selamat Bersalin appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kak-jahidah-stabil-baby-sihat-wanita-koma-dipukul-suami-selamat-bersalin/