Kajian Terbaru Universiti Oxford Telefon Bimbit Tidak Tingkatkan Risiko Tumor Otak
LONDON – Sebuah kajian utama yang dijalankan penyelidik dari Universiti Oxford mendedahkan bahawa penggunaan telefon bimbit secara kerap tidak akan meningkatkan risiko penyakit tumor otak, lapor portal berita MailOnline hari ini.
Kebimbangan mengenai penggunaan telefon bimbit yang mungkin memancarkan sinaran penyebab kanser telah sekian lama diperkatakan dan sering ‘dijaja’ oleh teori konspirasi.
Bagaimanapun, satu penyelidikan yang memantau lebih 400,000 warga Britain selama sedekad tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan kanser otak.
Pakar-pakar di Universiti Oxford menemui 0.41 peratus wanita yang menggunakan telefon bimbit menghidap tumor otak berbanding 0.44 peratus yang tidak pernah menggunakan peranti itu.
Kajian yang dijalankan pada 2000 hingga 2009 itu menambah jumlah bukti yang menolak kebimbangan mengenai telefon dan kanser, kata penyelidik.
“Penggunaan telefon bimbit dalam keadaan biasa tidak meningkatkan risiko tumor otak,’’ kata seorang penganalisis statistik dan pengarang bersama kajian, Kirstin Pirie.
Kajian itu diterbitkan hari ini dalam Journal of The National Cancer Institute.
Teori mengenai gelombang radio yang dipancarkan oleh telefon bimbit yang boleh menembusi tengkorak dan menyebabkan kanser apabila membuat panggilan telah lama tersebar.
Ia menjadi keterlaluan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemunculan 5G yang didakwa oleh sesetengah pihak apabila mengaitkannya dengan pandemik Covid-19. – Agensi
Kajian terbaru Universiti Oxford telefon bimbit tidak tingkatkan risiko tumor otak
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
MP Sri Aman keluar PSB, isytihar sokongan kepada PM
UiTM ambil tindakan pensyarah herdik pelajar B40 tiada laptop
Nak kahwin 6 lelaki
Syed Saddiq cuba timbulkan polemik isu Bahasa Melayu – Ikmal
Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza
Bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak
Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut
Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan
Waran tangkap Norjuma gagal diserah
DBP bidas Syed Saddiq
Rangka pemain bola sepak Brazil diserang piranha ditemui
Rafizi sekadar batu api nak lagakan Najib, Muhyiddin – Sharkar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)
Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]
Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?
The post Kajian terbaru Universiti Oxford telefon bimbit tidak tingkatkan risiko tumor otak appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/30/kajian-terbaru-universiti-oxford-telefon-bimbit-tidak-tingkatkan-risiko-tumor-otak/