Kajian Rawatan Guna Remdesivir Gagal Ujian Klinikal Rawak Pertama



NEW YORK: Kajian rawatan pesakit COVID-19 menggunakan Remdesivir telah gagal dalam ujian klinikal rawak yang pertama, menurut rangka keputusan disiarkan secara tidak sengaja, semalam.
Ia sekali gus menjejaskan harapan terhadap ubat yang diberikan perhatian teliti dalam usaha menghasilkan penawar penyakit itu.

Satu rangka rumusan dipaparkan untuk tempoh singkat dalam laman sesawang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kali pertama dilaporkan oleh Financial Times dan Stat yang menyiarkan tangkap layar berhubung perkara itu.

Namun syarikat berkait ubat itu, Gilead Sciences, mempertikaikan cara penemuan terbabit digambarkan dalam paparan yang telah dipadamkan itu, dengan menyatakan bahawa data berkenaan menunjukkan satu 'potensi faedah'.

Menurut rumusan itu, kajian oleh China membabitkan 237 pesakit dengan 158 daripada mereka menggunakan ubat berkenaan dan baki 79 dalam sebuah kumpulan kawalan.

Penggunaan Remdesivir dihentikan awal terhadap 18 pesakit atas sebab kesan sampingan.
Penulis berkenaan dilaporkan berkata, Remdesivir 'tidak berkait dengan perbezaan dalam masa terhadap kemajuan klinikal' berbanding kawalan terbabit.

Selepas sebulan, 13.9 peratus daripada pesakit menggunakan Remdesivir telah meninggal dunia, berbanding 12.8 peratus mereka yang berada dalam kumpulan kawalan. Perbezaan itu tidak signifikan secara statistik.

WHO bagaimanapun memaklumkan kepada Financial Times bahawa rangka itu masih dalam kajian teliti dan tersilap disiarkan awal.

Jurucakap Gilead berkata kepada AFP: "Kami percaya paparan itu merangkumi gambaran tidak sesuai mengenai kajian berkenaan", dan memaklumkan bahawa ia dihentikan awal kerana penyertaan rendah, justeru tidak bermakna secara statistik.

"Sehubungan itu, hasil kajian terbabit adalah tidak konklusif walaupun trend data menunjukkan potensi faedah Remdesivir, terutama dalam kalangan pesakit yang dirawat dari peringkat awal penyakit berkenaan," kata jurucakap itu.

Kajian terbabit bagaimanapun tidak mewakili keputusan muktamad berhubung perkara itu. Ada beberapa kajian berskala besar dalam peringkat lanjutan yang bakal memberikan gambaran lebih jelas, tidak lama lagi.

Remdesivir yang diberikan secara intravena, adalah salah satu ubat pertama disarankan untuk merawat COVID-19, sekali gus mencetuskan harapan terhadap keberkesanannya.

Minggu lalu, Stat melaporkan, ia menunjukkan keberkesanan signifikan di sebuah hospital di Chicago di mana pesakit yang sedang dirawat adalah antara terbabit dalam kajian utama.
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) turut melaporkan, ia terbukti berkesan dalam satu kajian kecil membabitkan monyet.

Remdesivir yang sebelum ini gagal dalam kajian merawat Ebola, tergolong dalam kelas ubat bertindak secara terus ke atas virus terbabit. - AFP


MR :  Gelap harapan..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/kajian-rawatan-guna-remdesivir-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Akan Guna Kit Ujian Pantas Antigen Daripada Korea Selatan

Kkm Akan Guna Kit Ujian Pantas Antigen Daripada Korea Selatan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 364 hits
Sampel COVID 19 tak perlu lagi dihantar ke 43 makmal ujian saringan PUTRAJAYA Sampel COVID 19 kini tidak lagi perlu dihantar ke 43 makmal ujian saringan yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia apabila KKM membuat keputusan untuk mengg...
Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

Malaysia Sertai Kaji Selidik Dunia Bakal Mulakan Kajian Klinikal Ubat Covid 19 Dalam Masa Terdekat Kkm

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 612 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia bakal memulakan kajian klinikal bagi menguji keberkesanan dan keselamatan ubat Remdesivir Lopinavir Ritonavir Interferon Beta Choloquine dan Hydroxychloroquine untuk merawat pesakit COVID 19 dalam masa terdeka...
5857 Pasar Raja Bot Chow Kit Pasar Awam Pertama Guna Virusbuster Nanospray Pppkmwp 10 04 2020

5857 Pasar Raja Bot Chow Kit Pasar Awam Pertama Guna Virusbuster Nanospray Pppkmwp 10 04 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 564 hits
Pasar Raja Bot Chow Kit adalah pasar awam yang pertama sekali yang menggunakan Virusbuster Nanospray kepada orang awam sebelum memasuki pasar tersebut Mesin sanitasi ini adalah sumbangan dari pemilik rekaan ini iaitu Zul Design Autotronic d...
Facebook Ingin Kembali Kepada Fitrah Menerusi Ujian Ciri Campus

Facebook Ingin Kembali Kepada Fitrah Menerusi Ujian Ciri Campus

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 216 hits
Facebook bermula di Harvard University sebagai cara untuk siswa serta siswazah mengenali antara satu sama lain di kampus Pada awalnya juga hanya pelajar kolej dibenarkan menyertai laman media sosial yang dibangunkan oleh Mark Zuckerberg dar...
Covid 19 Kit Ujian Habis Gaza Rayu Bantuan Antarabangsa

Covid 19 Kit Ujian Habis Gaza Rayu Bantuan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 301 hits
GAZA 15 Syaaban 1441H Khamis Pihak berkuasa kesihatan Semenanjung Gaza bimbang wabak COVID 19 di kawasan terkepung akan terus merebak selepas wilayah itu kehabisan kit ujian coronavirus Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al Qidra b...
Siasati Pandemi Unkris Gelar Ujian Kandidat Doktor Secara Daring

Siasati Pandemi Unkris Gelar Ujian Kandidat Doktor Secara Daring

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 191 hits
Ujian Hasil Penelitian dilaksanakan tepat jam 11 00 Wib dengan terlebih dulu diminta kandidat doktor untuk memaparkan naskah disertasinya dan untuk selanjutnya dikakukan proses ujian tanya jawab oleh para penguji
4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian Malaysia Mula Uji Penawar Covid 19 Pertengahan April

4 Hospital Bergabung Lakukan Ujian Malaysia Mula Uji Penawar Covid 19 Pertengahan April

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 300 hits
Demi memastikan lebih ramai rakyat pulih daripada pandemik Covid 19 ini negara kita akhirnya memulakan misi menguji penawar Covid 19 bermula pertengahan April ini Empat buah hospital yang terdiri daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya b...
Ujian Antibodi Massa Boleh Tamatkan Pkp Dr Dzulkefly

Ujian Antibodi Massa Boleh Tamatkan Pkp Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 220 hits
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar rakyat Malaysia menjalani ujian antibodi Covid 19 secara besar besaran bagi menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan dan memulihkan ekonomi yang terhenti Katanya ujian ma...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bandingkan Harga Internet Home Fibre Malaysia Unifi Vs Maxis Vs Time

Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs