Kajian Penggunaan Petrol Proton Saga Blm 1 3m Mid Line
Akhirnya siap juga tugasan yang Master assign kepada Tedi selama ni.
Tajuk tugasan: Sila anggarkan jarak (kilometer) sebuah Proton Saga BLM 1.3M Midline boleh pergi untuk 3 bar pertama Disediakan oleh:Tedi yang comel Disediakan untuk:Master Tarikh hantar:Mei 2013 MasalahMaster ingin mengetahui jangkaan jarak (dalam kilometer) yang boleh dicapai oleh sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3M Middle Line bagi 3 bar pertama pada tolok sukatan petrol
Laporan Keputusan KajianMelalui kajian yang telah dilaksanakan mengikut kaedah sukahati Tedi la, Tedi mendapati bahawa: bar pertama boleh mencapai sehingga 160 KMbar kedua boleh mencapai sehingga 100 KMbar ketiga boleh mencapai sehingga 60 KMjumlah purata jarak bagi ketiga-tiga bar pertama adalah 320KMGuna petrol jenama apa pun, lebih kurang macam itulah keputusannyaSemakin lama sangkut dalam traffic jam maka lebih pendek jarak yang boleh dicapai
Ni sebagai contoh, petrol tinggal 3 bar lagi. Jarak yang boleh ditempuhi setiap bar adalah tak sama. Tedi estimate untuk 3 bar yang pertama jer sebab Master akan refuel setiap kali petrol berbaki 3 bar.
Sumber gambar: saga2u: Odometer atau Tripmeter?Gaya pemanduanKelajuan memecut: 100KM/j - 120KM/jKelajuan cruise: 80KM/j - 100KM/jMembrek: lembut awal2 sebelum berhentiPenggunaan gear: malas tukar gear, kalau boleh nak gear 5 selalu.Drifting: tak pernah dibuat, angan-angan ada la.Gerak dari keadaan pegun: rev sehingga 4000RP/mKesimpulanMaster perlu refuel apabila jarak perjalanan melebihi 320KM pada satu2 masa bersandarkan catatan pada Tripmeter
PenafianIni adalah anggaran sahaja berdasarkan gaya pemanduan Master. Jika sebarang kerosakan timbul hasil daripada penggunaan keputusan kajian ini, Tedi tak terlibat dan tak mahu bertanggungjawab sama sekali. No no no.
F.A.Q1 bar minyak SAGA BLM berapa km? - menurut kajian ini jarak adalah berbeza mengikut kedudukan bar tersebut. Bar paling atas mempunyai jarak paling jauh.Data terkini (untuk rujukan Tedi sahaja):1st bar: 120KM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/05/kajian-penggunaan-petrol-proton-saga.html