Kajian Menunjukkan Penjawat Awam Golongan Yang Berisiko Tinggi Terlibat Dengan Rasuah



PUTRAJAYA - Penjawat awam adalah golongan yang berisiko tinggi terhadap rasuah khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Beliau berkata, kajian mendapati sebanyak 40 peratus daripada pesalah yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kalangan penjawat awam bagi tempoh 2011 hingga 2015.

Loading...
Rasuah adalah isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan bagi apa jua program atau projek yang dilaksanakan.

“Ini sudah tentu memberikan kerugian besar kepada negara. Rasuah bukan semata-mata kesalahan undang-undang. Tetapi juga kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di sini hari ini.

Pelan yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dibangunkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) dan mengandungi 115 inisiatif anti rasuah merangkumi enam sektor.

Ismail berkata kajian Persepsi Integriti Nasional (KPIN) mendedahkan bahawa penjawat awam juga kurang kefahaman mengenai rasuah, khususnya yang berkaitan dengan 10 kesalahan rasuah seperti yang terkandung dalam akta SPRM 2009.

Beliau berkata pelaksanaan NACP bagi tempoh lima tahun akan datang itu amat signifikan dalam mencerminkan harapan rakyat untuk membentuk sebuah negara yang bebas rasuah dengan warganya membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti.

Mengalu-alukan pelancaran pelan itu, Ismail berharap imej dan kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara menerusi pelaksanaan NACP.

“Matlamat NACP yang mahu menjadikan penjawat awam efisien dan responsif dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama. Pada masa yang sama, persepsi negatif masyarakat terhadap penjawat awam turut dapat diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata pelan itu juga dapat membantu menangani isu governans, integriti dan anti rasuah secara menyeluruh, khususnya dalam perkhidmatan awam selain undang-undang yang membolehkan tindakan punitif diambil terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kerajaan.

Ismail berkata pembaharuan ke arah mensejahterakan perkhidmatan awam dan rakyat amnya amat perlu dilaksanakan dalam sektor awam demi menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan.

“Pemisahan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman perlu diutamakan dalam memastikan integriti perkhidmatan awam tidak dipertikaikan.

“Doktrin pengasingan kuasa dalam amalan demokrasi ini amat penting bagi melindungi kebebasan semua pihak dan untuk menghindari daripada berlaku salah guna kuasa,” katanya.

Demi mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, Ismail berkata perkhidmatan awam perlu bebas daripada rasuah.

Penjawat awam juga akan sentiasa bersama-sama dan terus menyokong dalam menjayakan agenda anti rasuah negara ini, katanya.


Ismail menyeru kepada semua penjawat awam agar dalam melaksanakan tugas, penjawat awam hendaklah mempamerkan sikap tegas, berani, adil dan sanggup mengambil risiko bagi menentukan integriti dan governans tidak dikompromikan.

“Saya percaya, dengan pelaksanaan NACP dalam kalangan penjawat awam, prestasi sektor awam dan kepercayaan rakyat akan bertambah baik.

“Oleh itu, saya berharap agar semua penjawat awam dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap pelan ini bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaannya,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/kajian-menunjukkan-penjawat-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 451 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi Jangan Berani Sapu Sembarangan

Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi Jangan Berani Sapu Sembarangan

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 545 hits
Jangkitan kuman pada luka caesarean adalah amat ditakuti ibu ibu yang bersalin Doktor jelaskan 4 kategori wanita ini yang berisiko tinggi alami jangkitan pada luka pembedahan Awas mama hati hati Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Kehamilan ...
Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 493 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia ...
Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 610 hits
Dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk tujuan pembiayaan perumahan buat rakyat Malaysia Melalui dana ini pembeli rumah layak untuk mendapatkan dana daripada k...
Kes Kuil Dua Lagi Didakwa Halang Penjawat Awam Merusuh Dan Khianat

Kes Kuil Dua Lagi Didakwa Halang Penjawat Awam Merusuh Dan Khianat

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 363 hits
Lelaki berusia 32 tahun sertai kumpulan halang laluan kereta peronda polis keluar dari kawasan kuil dengan kekerasan PETALING JAYA Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang penjawat a...
4791 Wacana Sinar Harian Kali Ke 88 Integriti Penjawat Awam Belum Mantap Sinar Harian 24 1 19

4791 Wacana Sinar Harian Kali Ke 88 Integriti Penjawat Awam Belum Mantap Sinar Harian 24 1 19

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 435 hits
Panelis 1 Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM2 Prof Dr Durrishah Idrus Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM3 Dato Zamri Yahya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRMModerator Nazri Kahar Astro Awani
Betul Ke 16 000 Penjawat Awam Akan Diberhentikan

Betul Ke 16 000 Penjawat Awam Akan Diberhentikan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 630 hits
Dewan Pemuda Ikatan Malaysia rasa terkilan dengan daran surat pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertajuk Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam Surat itu didakwa makluman mengenai pengurangan satu peratus penjawat awam sec...
16 000 Penjawat Awam Bakal Dibuang Kerja

16 000 Penjawat Awam Bakal Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 838 hits
PUTRAJAYA Seramai 16 000 penjawat awam dijangka akan kehilangan pekerjaan mereka selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam Keputusan itu selaras dengan dasar baharu kerajaan bagi mengelakkan pembaziran da...
Doktor Jelaskan Bersalin Normal Selepas Caeser Berkali Kali Berisiko Tinggi Rahim Boleh Pecah Bayi Boleh Meninggal

Doktor Jelaskan Bersalin Normal Selepas Caeser Berkali Kali Berisiko Tinggi Rahim Boleh Pecah Bayi Boleh Meninggal

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 555 hits
Doktor terangkan ibu yang ingin bersalin secara normal selepas caeser boleh tapi perlu tahu risikonya Rahim pecah terpaksa dibuang sangat tinggi Doktor ini jelaskan secara lanjut Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Kehamilan ada kes ...
Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Cara Betul Ambil Pil Kalsium Dengan Berkesan

Neolamprologus Pulcher A Cichlid With An Unusual Lifestyle Practical Fishkeeping

Hukum Zakat Uang Kertas Penggabungan Dengan Emas Dan Perak Untuk Melengkapi Nisab

Penjawat Awam Terima Habuan Hingga Rm15 000 Bagi Setiap Sijil Kelahiran

Sebuah Realiti Gelap Dalam Keluarga