Kajian Menunjukkan 78 3 Melayu Islam Kecewa Ruu 355 Belum Dibentang



Badan penyelidik Ilham Centre mendedahkan majoriti orang Melayu Muslim iaitu sebanyak 78.3 peratus telah melahirkan rasa kecewa apabila Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 belum dibentang di Parlimen.
(Malaysia Digest) – Menurut Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim daripada kajian itu juga menunjukkan majoriti orang Melayu-Muslim iaitu sebanyak 76.4 peratus mendakwa mahkamah syariah masih gagal diperkasakan.
Beliau memberitahu, Ilham Centre baru sahaja selesai menjalankan kajian Pandangan & Sentimen Komuniti Melayu-Muslim Terhadap Agenda Reformasi Institusi Di Malaysia.
“Banyak dapatan menarik yang diperolehi daripada kajian ini, sebahagiannya telah dilaporkan oleh media masa selepas sidang media diadakan pada minggu lepas,” katanya ringkas di Facebooknya.
Untuk rekod, kajian ini dilaksanakan terhadap komuniti Melayu-Muslim di Semenanjung Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, persampelan dijalankan secara rawak berstrata mewakili semua ciri demografi populasi.
Umum mengetahui RUU 355 adalah agenda utama yang dibawa oleh Pas sejak sekian lama bagaimanapun sehingga kini rang undang-undang itu belum dibentangkan lagi di Parlimen.
Baru-baru ini, kerajaan memaklumkan cadangan meminda RUU 355 masih dalam peringkat perbincangan.
Perdana Menteri dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) semalam menjelaskan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355 telah diadakan sepanjang 2020 dan tahun ini.
Polemik berhubung RUU 355 muncul sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuklah aksi himpunan mega Pas di Padang Merbok di ibu negara pada 18 Februari 2017.
Cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016.
Beliau mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati tetapi kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.
Pada 24 November 2016 pula, Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.
Selanjutnya, pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul itu untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya.
Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, persoalan mengenai RUU 355 sekali lagi dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.
Pada 22 Julai 2020, dalam soalan lisan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai statusnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Ahmad Marzuk Shaary, memaklumkan ia memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh agar tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/20/kajian-menunjukkan-78-3-melayu-islam-kecewa-ruu-355-belum-dibentang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Amanah Belum Mengambil Pendirian Tentang Hukum Syariah Dan Ruu 355 Kata Mat Sabu

Parti Amanah Belum Mengambil Pendirian Tentang Hukum Syariah Dan Ruu 355 Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 139 hits
Parti Amanah Negara belum mengambil pendirian berhubung cadangan supaya Rang Undang Undang Mahkamah Syariah 2016 dibentangkan di Parlimen
Jokowi Belum Kirim Nama Calon Panglima Tni Anggota Dpr Duga Sedang Sibuk Ruu Apbn

Jokowi Belum Kirim Nama Calon Panglima Tni Anggota Dpr Duga Sedang Sibuk Ruu Apbn

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 138 hits
Sebab kata dia masa pensiun Panglima TNI Marsekal Hadi Tjahjanto jatuh pada tanggal 8 November dan tak mungkin diperpanjang karena ada batasan usia di UU 34 2004 TNI
Changes To Ruu 355 Being Drafted

Changes To Ruu 355 Being Drafted

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 192 hits
PETALING JAYA Amendments to the Syariah Courts Act to enhance the powers of the Syariah Courts are being drafted says the Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said throughout 2020 and this year the government via the Islamic and Ci...
Ruu 355 Cegah Perkara Merosakkan Bukan Jadikan Malaysia Negara Taliban

Ruu 355 Cegah Perkara Merosakkan Bukan Jadikan Malaysia Negara Taliban

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 224 hits
Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinTak perlu minta izin nak laksana undang undang Islam di negara ini BANGI Rang Undang Undang Mahkamah Syariah 2021 atau RUU 355 bertujuan mencegah perkara perkara kerosakan yang memusnahkan masyarakat Justeru u...
Ruu Berkepentingan Islam Akan Terjejas Dengan Csa Kerajaan Pembangkang Datuk Zainul Rijal

Ruu Berkepentingan Islam Akan Terjejas Dengan Csa Kerajaan Pembangkang Datuk Zainul Rijal

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 11 September 2021 Nampak gayanya jika semua RUU dibuat secara persetujuan bersama semua Ahli Parlimen sebagaimana inisiatif kelima iaitu Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipers...
Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia

Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 205 hits
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut Pegawai polis Pemungut Hasil Ahli Majlis Tempatan Pejawat Awam Penggubal Undang Undang Hakim ...
Ruu 355 Macamana

Ruu 355 Macamana

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 91 hits
Kawal pengembangan agama bukan Islam antara 4 RUU Syariah baharu digubal kata Ahmad Marzuk September 6 2021 Ahmad Marzuk Shaary berkata penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan Undang undan...
Menteri Ruu Syariah Belum Dibawa Ke Kabinet Perlu Persetujuan Negeri

Menteri Ruu Syariah Belum Dibawa Ke Kabinet Perlu Persetujuan Negeri

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 183 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sejumlah rang undang undang syariah yang dicadangkan termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam belum dibawa ke peringkat kabinet Wan Junaidi berkata ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord