Kajian Kes Persekitaran Umum Dan Pemasaran Syarikat Ajinomoto



                                              AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
     Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1961 dan pada peringkat permulaan produk syarikat ini diimport dari Jepun dan dipasarkan di Malaysia. Pada tahun 1965, AMB telah membuka kilang di Malaysia  untuk mengeluarkan dan memasarkan produknya di Malaysia. Walaupun menghadapi persekitaran perniagaan yang tidak menentu, AMB berjaya mengekalkan prestasi perniagaan yang kukuh dengan menyediakan pelbagai produk bersesuaian dengan keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa.
     Pada peringkat permulaan, AMB memasarkan perisa umami Ajinomoto untuk keperluan pengguna tempatan. Hasil jualan AMB dalam segmen pasaran ini berkembang pada kadar 5.1% setahun dan meningkat dari RM221.4 juta pada tahun 2011 kepada  RM328.5 juta pada tahun 2019. Selepas itu, AMB mengeluarkan pelbagai perisa makanan untuk   keperluan pengguna di Malaysia seperti Ajishio, Ajimix dan Seri Aroma. Pada tahun 2010, stok ayam jenama Ajinomoto telah dilancarkan. Pada bulan Mac 2019 pula, AMB  memperkenalkan Rasa Cifu iaitu penambah perasa semua dalam satu.  AMB juga menjual perisa makanan jenama Tencho untuk kegunaan pengeluar mee segera dan makanan segera. Segmen pasaran ni berkembang pada kadar 3% setahun dan meningkat dari RM94.3 juta  pada tahun 2011 kepada RM119.2 juta pada tahun 2019. Antara produk Tencho ialah Ajinomoto Plus dan Ajimate. Pada tahun 2019, AMB memperkenalkan satu lagi perisa makanan yang boleh digunakan oleh pengeluar hasil tenusu iaitu Activa TG yang merupakan enzim yang menjadi pemangkin untuk proses pempolimeran dan pautan protein. AMB akan membina kilang baru di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengukuhkan pembangunan dan penghasilan produk perisa halal dan  mematuhi syariah kerana majori pengguna produk Ajinomoto beragama Islam. Kilang ini juga akan membangunkan pelbagai produk sesuai dengan citarasa penduduk pelbagai kaum di Asia tenggara.
      Ketidaktentuan harga bahan mentah di pasaran telah meningkatkan kos pengeluaran AMB. Di samping itu kenaikan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia juga menjejaskan prestasi perniagaan Ajinomoto Malaysia. Disebabkan hampir 40% daripada jualan produk AMB di pasaran luar negara, kejatuhan nilai ringgit membantu mengukuhkan permintaan produk AMB di pasaran luar.Walaupun Ajinomoto menguasai hampir 80% pasaran Malaysia, terdapat pengeluar tempatan dan syarikat asing yang mampu jual perisa makanan dengan harga yang jauh lebih murah. Syarikat seperti Campbel, Vedan dan Maggi juga juga mengeluarkan dan memasarkan produk perisa makanan di Malaysia. Kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan pengguna beralih kepada produk lain yang lebih murah. Ajinomoto menggunakan kaedah komunikasi dan penjenamaan yang berkesan untuk mengatasi ancaman ini. Operasi AMB juga terjejas ekoran tindakan kerajaan Malaysia mengetatkan Dasar pengambilan pekerja asing. Setiap produk yang dikeluarkan oleh AMB menerima sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),  sijil HACCP  dan sijil GMP daripada Kementerian kesihatan Malaysia serta pemeriksaan berkala oleh jabatan veteneri Malaysia.
      Untuk kekal sebagai pengeluar perisa makanan terunggul, AMB menggunakan kaedah pengeluaran bertaraf dunia untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai tekstur, perisa dan rasa yang terbaik. Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh Ajinomoto Malaysia juga berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 1%, kadar menggunakan semula bahan buangan sebanyak 14% serta penjimatan penggunaan air sebanyak 15%.  Kajian menunjukkan pasaran perisa makanan berkembang pada kadar 3 %  hingga 3.5% dan ini menyediakan peluang yang besar kepada AMB untuk mengekalkan prestasi perniagaan yang kukuh.
(Dipetik dan disesuaikan daripada : www.ajinomoto.com.my, www.ajinomoto.com,  www.thestar.com.my, sinarharian.com.my, www.klse.i3investor.com, www.fifthperson.com dan www.theedgemarkets.com)

Berdasarkan kes di atas,

Jelaskan dua klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh Ajinomoto Malaysia                       [10]
Jelaskan persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Ajinomoto Malaysia             [20]

11.

dua jenis produk yang dikeluarkan oleh Ajinomoto Malaysia  [10]
Fakta
huraian
Kaitan kes
Produk pengguna
Produk yang dibeli oleh individu untuk kegunaan peribadi/keluarga
Pada peringkat permulaan, AMB memasarkan perisa umami Ajinomoto untuk keperluan pengguna tempatan.
AMB mengeluarkan pelbagai perisa makanan untuk   keperluan pengguna di Malaysia seperti Ajishio, Ajimix dan Seri Aroma.
Pada tahun 2010, stok ayam jenama Ajinomoto telah dilancarkan.
Pada bulan Mac 2019 pula, AMB  memperkenalkan Rasa Cifu iaitu penambah perasa semua dalam satu
Produk perindustrian
Produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan untuk menghasilkan barangan lain atau jual semula
AMB juga menjual perisa makanan jenama Tencho untuk kegunaan pengeluar mee segera dan makanan segera.
Antara produk Tencho ialah Ajinomoto Plus dan Ajimate.
Pada tahun 2019, AMB memperkenalkan satu lagi perisa makanan yang boleh digunakan oleh pengeluar hasil tenusu iaitu Activa TG yang merupakan enzim yang menjadi pemangkin untuk proses pempolimeran dan pautan protein.
                                                                                                              (1F+1H+3KK, 2x5=10m)

lima persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Ajinomoto Malaysia [20]
Fakta
Huraian
Kaitan kes
Persekitaran ekonomi
Keadaan ekonomi, inflasi , penawaran wang, kuasa beli
Ketidaktentuan harga bahan mentah di pasaran telah meningkatkan kos pengeluaran AMB.
kenaikan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia juga menjejaskan prestasi perniagaan Ajinomoto Malaysia.
Disebabkan hampir 40% daripada jualan produk AMB di pasaran luar negara, kejatuhan nilai ringgit membantu mengukuhkan permintaan produk AMB di pasaran luar
Kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan pengguna beralih kepada produk lain yang lebih murah.
Persekitaran teknologi
Kaedah pengeluaran
Untuk kekal sebagai pengeluar perisa makanan terunggul, AMB menggunakan kaedah pengeluaran bertaraf dunia untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai tekstur, perisa dan rasa yang terbaik.
Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilaksanakan oleh Ajinomoto Malaysia juga berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 1% , kadar menggunakan semula bahan buangan sebanyak 14% serta penjimatan penggunaan air sebanyak 15%.
Persekitaran sosibudaya
Adat resam, agama, kaum
AMB akan membina kilang baru di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengukuhkan pembangunan dan penghasilan produk perisa halal dan  mematuhi syariah kerana majori pengguna produk Ajinomoto beragama Islam.
Kilang ini juga akan membangunkan pelbagai produk sesuai dengan citarasa penduduk pelbagai kaum di Asia tenggara
Persekitaran politik dan perundangan
Keadaan politik ,sistem perundangan
Operasi AMB juga terjejas ekoran tindakan kerajaan Malaysia mengetatkan Dasar pengambilan pekerja asing.
Setiap produk yang dikeluarkan oleh AMB menerima sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),  sijil HACCP  dan sijil GMP daripada Kementerian kesihatan Malaysia serta pemeriksaan berkala oleh jabatan veteneri Malaysia.
Persekitaran persaingan dan jaringan
Pengeluar lain yang keluarkan barang hampir sama
Kerjasama dengan pengeluar lain
Walaupun Ajinomoto menguasai hampir 80% pasaran Malaysia, terdapat pengeluar tempatan dan syarikat asing yang mampu jual perisa makanan dengan harga yang jauh lebih murah.
Syarikat seperti Campbel, Vedan dan Maggi juga juga mengeluarkan dan memasarkan produk perisa makanan di Malaysia.
Kos sara hidup Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan pengguna beralih kepada produk lain yang lebih murah.
Ajinomoto menggunakan kaedah komunukasi dan penjenamaan yang berkesan untuk mengatasi ancaman ini.
Persekitaran antarabangsa
Merujuk kepada sistem perniagaan antarabangsa, halangan perniagaan dan pertukaran asing
kenaikan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia juga menjejaskan prestasi perniagaan Ajinomoto Malaysia.
Disebabkan hampir 40% daripada jualan produk AMB di pasaran luar negara, kejatuhan nilai ringgit membantu mengukuhkan permintaan produk AMB di pasaran luar

                                                                                                                    (1F+1H+2KK, 5X4= 20)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikgukarthik.blogspot.com/2019/10/ajinomoto-malaysia-berhad-11.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perghhh Kes Curi Di Motogp Tiga Pekerja Syarikat Keselamatan Ditahan

Perghhh Kes Curi Di Motogp Tiga Pekerja Syarikat Keselamatan Ditahan

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 587 hits
Kes curi di MotoGP Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan Pasukan Moto3 Gaviota Angel Nieto mengalami nasib malang apabila kem mereka dimasuki pencuri pada Shell Malaysia MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang Jumaat lalu Foto Bernama ...
Kes Tanah Mendap Pkns Diarah Jalankan Kajian

Kes Tanah Mendap Pkns Diarah Jalankan Kajian

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 271 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bengkel Umum Setara Bengkel Resmi Carfix Hadir Di Karang Tengah Cilandak

Bengkel Umum Setara Bengkel Resmi Carfix Hadir Di Karang Tengah Cilandak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 145 hits
Jaringan bengkel umum berstandar bengkel resmi CARfix kini hadir di kawasan Karang Tengah Cilandak Jakara Selatan Ini adalah outlet kedua yang dioperasikan oleh CARfix sepanjang Oktober tahun in setelah outlet area Pekalongan
Loyalis Sebut Bamsoet Tak Mungkin Mundur Dari Bursa Ketua Umum Golkar

Loyalis Sebut Bamsoet Tak Mungkin Mundur Dari Bursa Ketua Umum Golkar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 190 hits
Junaidi mengatakan Bamsoet tidak mungkin mundur dalam bursa pemilihan ketua umum Karena itu lanjutnya semua persiapan untuk maju sebagai ketua umum tetap dipersiapkan
Jokowi Harap Klb Hasilkan Ketua Umum Pssi Yang Berintegritas

Jokowi Harap Klb Hasilkan Ketua Umum Pssi Yang Berintegritas

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 182 hits
Komite Pemilihan PSSI dipimpin Syarif Bastaman bakal menggelar Kongres Luar Biasa pada 2 November 2019 di Hotel Shangri la Jakarta Presiden Joko Widodo berharap KLB tersebut menghasilkan ketua umum PSSI yang berintegritas
Adly Zahari Menteri Melaka Umum Lepas Jawatan

Adly Zahari Menteri Melaka Umum Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 338 hits
KETUA Menteri Adly Zahari mengumumkan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United selepas memegang jawatan itu kira kira tempoh satu tahun lapan bulan hari ini Beliau berkata jawatan itu diserahkan kepada Ahli ...
Raih 82 Suara Iwan Bule Terpilih Jadi Ketua Umum Pssi 2019 2023

Raih 82 Suara Iwan Bule Terpilih Jadi Ketua Umum Pssi 2019 2023

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 208 hits
Mochamad Iriawan atau yang akrab dipanggil Iwan Bule resmi terpilih sebagai Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia Jenderal Polisi bintang tiga itu akan memimpin PSSI selama empat tahun ke depan hingga 2023 Iwan Bule mendapatkan ...
Menteri Terkejut Timbalan Umum Pameran Firaun Sempena Tahun Melawat Malaysia

Menteri Terkejut Timbalan Umum Pameran Firaun Sempena Tahun Melawat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 408 hits
KUCHING Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk ...
Teaser Terbaru My Hero Academia The Movie Heroes Rising Didedahkan Kepada Umum

Teaser Terbaru My Hero Academia The Movie Heroes Rising Didedahkan Kepada Umum

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 421 hits
Teaser terbaru My Hero Academia THE MOVIE Heroes Rising telah didedahkan kepada umum Teaser tersebut memaparkan kuasa luar biasa yang dimiliki penjahat misteri dikenali sebagai Nine Anda boleh kehebatan penjahat tersebut menerusi video yang...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp