Kaji Kompetasi Dun





Adrian Lim Chee An


Apa dia "Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam"?


Kat Malaysia ni, dua badan yang dibenar membuat undang-undang ialah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebab itu masa pilihan raya, kita memilih dua calon, iaitu Ahli Parlimen dan Ahli DUN.


Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang kita undi inilah yg bertanggungjawab menggubal undang-undang di peringkat Parlimen dan di peringkat DUN.


Mereka menggubal jenis undang-undang apa?


Perlembagaan Persekutuan secara jelas memisahkan tentang jenis undang-undang yg boleh digubal oleh Parlimen dan jenis undang-undang yg boleh digubal oleh DUN.
• Federal List (Parlimen)
• State List (DUN)


Ertinya begini.
Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang di bawah State List.
DUN pun tidak boleh menggubal undang-undang di bawah Federal List.


Atas kertas, pemisahan ini nampak jelas. Parlimen buat kerja Parlimen, DUN buat kerja DUN.


Tetapi pada realitinya, terdapat juga ambiguity atau "kekaburan" di mana pemisahan itu menjadi kabur kerana...... Malaysia mempunyai dua jenis undang-undang dan mahkamah
• undang-undang dan mahkamah sivil
• undang-undang dan mahkamah syariah.


Oleh kerana ianya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan bahawa undang-undang Parlimen "paling kuat", maka sekiranya dua-dua Parlimen dan DUN membuat undang-undang yang sama bidang tetapi isinya bercanggah, secara automatik DUN akan kalah. Parlimen menang.


Itulah yang berlaku di dalam kes Nik Elin, di mana undang-undang yang digubal oleh DUN Kelantan telah kalah.


Ini bukan salah Nik Elin.
Ini bukan salah Perlembagaan Persekutuan.
Ini juga bukan salah Hakim Mahkamah Persekutuan.


Ini adalah salah DUN Kelantan kerana membuat undang-undang di luar bidang kuasa mereka. Ibarat melanggar dinding tanpa pakai helmet.


Sebab itu, sebab itu, sebab itu.......


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau MKI, telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Sultan Selangor sendiri.


Ini kerana selain cabaran yang dibawa oleh Nik Elin, terdapat juga undang-undang syariah lain yang telah digubal oleh DUN yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.


Cuma buat masa ini, undang-undang sebegitu belum dibawa dan dicabar di mahkamah lagi. Tunggu masa je.


Sultan Selangor telah lama nampak benda ini dan menurut kebijaksanaan baginda, baginda mahu penyelesaian.


Maka the way forward ialah menubuh "Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam" di bawah MKI.


Baginda berhasrat mengkaji perkara ini secara lebih mendalam, dan sebelum satu lagi kes seperti kes Nik Elin berulang di mana undang-undang syariah lain dicabar dan kalah kerana kesalahan dan kegopohan kerajaan negeri sendiri.


Jawatankuasa ini dibarisi oleh pakar undang-undang. Tanggungjawab mereka adalah dua:


1. Mengkaji apa lagi undang-undang syariah yang telah digubal oleh DUN yang berkemungkinan bercanggah dengan undang-undang Persekutuan
2. Sekiranya ada, bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, supaya undang-undang syariah ini tidak dicabar dan mengalami kekalahan


Itulah kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Selangor berbanding kerengga-kerengga dan penunggang agama.


Baginda mencari solusi ke masa depan.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/kaji-kompetasi-dun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Keputusan Kes Nik Elin V Dun Kelantan Perspektif Ahli Legislatif

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Keputusan Kes Nik Elin V Dun Kelantan Perspektif Ahli Legislatif

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 367 hits
HarapandailyPas seharusnya menerangkan kepada pengikutnya dan umat Islam yang terkeliru dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap petisyen Nik Elin Zurina Adalah lebih baik Pas bersikap jujur daripada menggunakan keputusan ini sebagai...
Jenazah Abdul Taib Tiba Di Dun Sarawak

Jenazah Abdul Taib Tiba Di Dun Sarawak

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 279 hits
KUCHING Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi istiadat penghormatan negeri pukul 7 50 pagi ini Di DUN Sarawak orang awam diberikan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyar...
Agong Perkenan Rci Kaji Pengendalian Kes Batu Puteh Ditubuhkan

Agong Perkenan Rci Kaji Pengendalian Kes Batu Puteh Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 322 hits
PUTRAJAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan berkuat kuasa serta merta Ba...
Kerajaan Malaysia Akan Mengadakan Kaji Selidik Mengenai Tempoh Sah Laku Pasport 10 Tahun

Kerajaan Malaysia Akan Mengadakan Kaji Selidik Mengenai Tempoh Sah Laku Pasport 10 Tahun

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 350 hits
Putrajaya akan melakukan tinjauan dan mengumpulkan maklum balas mengenai cadangan yang boleh menyebabkan Kementerian Dalam Negeri melanjutkan tempoh sah pasport Malaysia kepada 10 tahun Pengumuman ini datang selepas Menteri Dalam Negeri Dat...
Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Govt Fears Enriching Pn States Sanusi Claims On Rare Earth Sop Delay

Masjid Al Alami Mitc

The Forgotten Innovations Of The Islamic Golden Age

Ets Generasi Ketiga Kelas 94


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Streets Of Rage 3

Kari Sardin Sedap

Cikguku Paling Ohsem

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Kek Susu Kukus Yang Lembut Gebu Untuk Minum Petang Sekeluarga Suka

Euro Kehilangan Arah