Kahwin Bukan Untuk Seronok Seronok Banyak Tanggungjawab Besar Yang Kena Ambil Tahu


Kahwin Bukan Untuk Seronok-Seronok, BANYAK Tanggungjawab BESAR Yang Kena AMBIL Tahu! Keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia. Jika hubungan keluarga sudah berantakan, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuah rumah tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah.
Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Ini pesanan buat ketua rumah tangga, dan imam buat keluarga oleh Pahrol Mohamad Juoi.
Sebuah rumah tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.
Rasulullah SAW berpesan terus kepada suami: ”sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin) yang mesti diusahakan oleh seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggung-jawab paling asasi dan faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah rumah-tangga.
PENUHI 4 KEPERLUAN ISTERI
Sebagai imam, suami pada dasarnya wajib memenuhi empat keperluan isterinya.
Pertama- keperluan fizikal dan material, seperti soal makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan sakit demam isterinya. Ini merupakan keperluan paling asas. Selagi keperluan ini dipenuhi, maka itu petunjuk bahawa suami masih mahu bertanggungjawab walaupun mungkin ada kelemahan dalam memenuhi keperluan-keperluan yang lain.
Kedua- keperluan akal (ilmu). Para suami wajib mengajar isterinya ilmu fardu Ain. Soal taharah, wuduk, solat dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengenalkan isterinya kepada Allah, Rasul dan lain-lain elemen dalam rukun iman (Tauhid). Kemudian disusuli cara-cara beribadah asas dalam rukun Islam (Feqah) diikuti pengamalan nilai-nilai mulia pada diri (adab & akhlak).
Ketiga – keperluan emosi. Seorang suami mesti memberi kasih sayang kepada isterinya. Untuk membina dan mengekalkan kasih sayang, maka suami harus menjadi pendengar yang baik pada isterinya. Ingatlah, tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar. Suami yang baik ialah seorang pendengar yang baik.
Keempat- keperluan batin atau rohani. Ini bukan sahaja merujuk kepada keperluan seksual, tetapi keperluan mendapat pendidikan dan akhlak yang baik untuk diteladani. Keperluan ini sangat sukar diisi oleh suami sedangkan ini adalah keperluan yang paling utama dibandingkan keperluan-keperluan yang lain. Bukan itu sahaja malah ada suami yang tidak menganggap soal ini sebagai satu keperluan pun. Apa yang dipentingkan hanyalah keperluan fizikal dan akal semata-mata.
Islam juga sangat mementingkan persoalan ini berdasarkan perintah Allah dalam Al Quran:“Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada azab api neraka.”
KAHWIN BUKAN UNTUK SERONOK
Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga.
Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita. Untuk mendapat haknya yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.
Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.
Ayat Quran yang berbunyi, “selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka” sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!
Sumber : Pesona Pengantin
The post Kahwin Bukan Untuk Seronok-Seronok, BANYAK Tanggungjawab BESAR Yang Kena AMBIL Tahu! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kahwin-bukan-untuk-seronok-seronok-banyak-tanggungjawab-besar-yang-kena-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Fasha Gembira Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung Tiada Majlis Besar Besaran Aidil Aziz

Hiburan Fasha Gembira Majlis Kahwin Berkonsepkan Kampung Tiada Majlis Besar Besaran Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 578 hits
Bakal berkahwin pada akhir Mac nanti pelakon Aidil Azizi memberitahu beliau dan tunang tercinta Fasha Sandha memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan kampung dan tradisional pada majlis pihak lelaki Kata Aidil tiada majlis p...
Serap Tenaga Kerja Besar Prabowo Diminta Tak Asal Sebut Banyak Bumn Mau Bangkrut

Serap Tenaga Kerja Besar Prabowo Diminta Tak Asal Sebut Banyak Bumn Mau Bangkrut

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 232 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno menanggapi pernyataan calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto bahwa banyak BUMN di ambang kebangkrutan Menteri Rini meminta Prabowo memberikan bukti bukan sekadar asumsi Pemerintah terus ...
5 Alasan Kenapa Ongkos Kampanye Politik Mahal Bisa Jadi Gara Gara Ini Banyak Yang Korupsi

5 Alasan Kenapa Ongkos Kampanye Politik Mahal Bisa Jadi Gara Gara Ini Banyak Yang Korupsi

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 259 hits
Seandainya murah mungkin para pejabat tidak tergoda korupsi buat menutup modal kampanye Mungkin doang lo
Kenapa Banyak Lantikan Politik Dalam Pakatan Harapan

Kenapa Banyak Lantikan Politik Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 272 hits
Astro Awani Lantikan politik itu terang terangan bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan harus memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung tindakan pemimpin mereka yang membuat lantikan pol...
Al Sultan Abdullah Sedia Tunai Tanggungjawab Sebagai Agong

Al Sultan Abdullah Sedia Tunai Tanggungjawab Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 433 hits
TEMERLOH Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah menyeru kerjasama semua pihak untuk sama sama memajukan negara Al Sultan Abdullah bertitah baginda juga sedia mendengar nasihat daripada pelbagai pihak supaya da...
Penulis Lakon Layar Saw Ambil Tanggungjawab Tulis Reboot Final Destination

Penulis Lakon Layar Saw Ambil Tanggungjawab Tulis Reboot Final Destination

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 173 hits
New Line Cinema kini sedang dalam perancangan untuk menerbitkan filem reboot untuk francais filem seram terkenal Final Destination Penulis lakonlayar Saw Patrick Melton dan Marcus Dunstan dilaporkan bakal mengambil tugas untuk menulis lakon...
Rizab Sarawak Banyak Kenapa Tak Bayar Hutang Guan Eng

Rizab Sarawak Banyak Kenapa Tak Bayar Hutang Guan Eng

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 333 hits
Astro Awani Guan Eng tempelak Abdul Karim Rahman yang mendakwa kerajaan Persekutuan berhutang RM2 7 juta kepada Sarawak Gambar fail BERNAMA PUTRAJAYA Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menempelak kenyataan Menteri Pelancongan Kesenian K...
Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 Pendidikan Untuk Semua Tanggungjawab Semua

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 Pendidikan Untuk Semua Tanggungjawab Semua

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 686 hits
AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 PENDIDIKAN UNTUK SEMUA TANGGUNGJAWAB SEMUAPendahuluan1 Alhamdulillah dengan limpah kurnia Nya kita berjaya melangkah ke tahun 2019 Kita telah berjaya mengharung segala onak segala liku dan segala cabaran...
Kredit Saya Banyak Camna Nak Transfer Ke Orang Lain

Kredit Saya Banyak Camna Nak Transfer Ke Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 349 hits
Saya suka betul soalan user maxis umobile digi dan mana mana telco yang kreditnya banyak tapi tak tau nak dijual atau transfer pada siapa Hehe Saya akan tanya balik Dah kenapa topup banyak banyak tapi tak guna kredit tu User biasanya akan c...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin