Kah Wanita Mca Sama Banggang Cam Sekutu Juga Bagi Saranan Ada Akai Ka
Karate bukan penyelesaian isu keganasan rumah tanggaOleh: Redzuan RF8 MediaMarch 07, 2021ShareSaranan Wanita MCA mahu menganjurkan program latihan karate bagi menangani keganasan rumahtangga dan jenayah dipertikai oleh Wanita KEADILAN.
Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq berkata, pendekatan itu tidak mungkin akan menyelesaikan masalah keganasan yang semakin meningkat dihadapi kaum wanita hari ini.
“Saya ingin menegaskan keganasan rumahtangga melibatkan ahli keluarga dan bukan sahaja melibatkan keganasan fizikal tetapi juga emosi, harta benda serta penderaan secara seksual. Manakala pemandiri keganasan rumahtangga bukan terdiri daripada wanita sahaja, malah turut melibatkan lelaki, kanak-kanak dan warga emas.
“Dalam menangani isu keganasan domestik dan rumahtangga, menggunakan keganasan secara fizikal atau membalas keganasan dengan keganasan fizikal bukanlah penyelesaian yang baik.
“Malah dalam mana-mana advokasi berkaitan keganasan rumahtangga, kita sama sekali tidak akan kompromi keganasan diselesaikan dengan satu lagi bentuk keganasan yang lain.
“Ini adalah mesej yang salah kepada masyarakat awam apatah lagi Wanita MCA bukan organisasi terlatih dalam mengendalikan kes-kes keganasan rumahtangga,” katanya.
Beliau yang juga pengamal undang-undang menegaskan terdapat perbezaan antara mempromosikan seni bela diri dan keperluan menangani keganasan domestik atau rumahtangga.
“Saya ingin mengingatkan Wanita MCA bahawa ada perbezaan yang jelas dalam mempromosikan seni bela diri sebagai suatu kegiatan sukan yang sihat dan untuk mempertahankan diri tetapi ia bukan penyelesaian kepada isu keganasan.
“Kecuaian kenyataan Wanita MCA ini menunjukkan kerajaaan PN sangat tidak kompeten dalam mengendalikan isu-isu yang melibatkan keselamatan dan perlindungan terhadap pemandiri keganasan rumahtangga,” katanya.
Semalam Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie dilaporkan akan menganjurkan program “Karate Defence and Self Protect Training Course yang akan berlansung dari 12 sehingga 20 Mac, 2021 yang dikatakan memberi manfaat kepada golongan wanita untuk membela diri.
Bagaimanapun tindakan tersebut dikritik netizen kerana seni bela diri tidak pernah berkesan dalam menangani isu keganasan rumahtangga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kahwanita-mca-sama-banggang-cam-sekutu.html