Kah Ka Ikut Hangpa La Lebai Itdijihad Jatuh Kapiaq Ka Lu Cari Lu Buat Keh Keh


 


Desas desus masuk Umno, akhirnya Khairuddin dedah perkara sebenar
March 16, 2022 Khairuddin Aman Razali berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kuala Nerus susulan langkahnya untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.
Sebaliknya Khairuddin menegaskan dia akan terus berkhidmat untuk rakyat di kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14 lalu.
Menurutnya, oleh sebab itu juga dia mengambil pendirian untuk menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen kepada PAS sepanjang penggal ini sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding sebagai calon PAS pada PRU lalu.
“Oleh kerana Parlimen telah berada di penghujungnya, maka ijtihad saya adalah perlu kekal menjadi ahli parlimen dan untuk itu saya memulangkan semua elaun yang saya nikmati sebagai ahli parlimen kepada PAS.
“Saya (akan) berkerja tanpa elaun dan gaji bagi menyelesaikan tugasan sebagai ahli parlimen sehingga penggal habis untuk memastikan peruntukan untuk rakyat dapat disampaikan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Kenapa saya berhenti PAS, di Bernama TV malam tadi.
Dalam sidang media semalam, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS dan berkata telah mengemukakannya kepada setiausaha agung parti, Takiyuddin Hassan
Tidak lama kemudian, Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan semula ikrar baiah yang dilafazkan semua calon PAS dalam pilihan raya, yang antara lain menyebut keperluan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun jika keluar daripada parti itu.
Bagaimanapun, Khairuddin berkata dia bersedia untuk meletakkan jawatan jika Parlimen membenarkan pertandingan bagi memilih wakil rakyat yang baru diadakan segera.
“(Namun) kalau saya letak jawatan sekarang maka siapa yang akan berkhidmat untuk rakyat dalam tempoh setahun ini?
“Saya menang dengan undi daripada ahli PAS, undi daripada atas pagar, dan sebahagiannya daripada Umno, itu kemenangan yang saya kecapi. Saya perlu berkhidmat untuk mereka yang mengundi saya,” katanya lagi.
Mengulas pelawaan Anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa untuknya menyertai Umno, Khairuddin menegaskan bahawa dia tidak akan menyertai parti itu.
“Saya tidak akan masuk Umno.
“Tetapi Umno adalah rakan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, maka Umno kekal sebagai rakan muafakat PAS dan saya boleh mesra Umno selagi mana Umno menjadi sebahagian daripada MN ikut dasar parti dan berdasarkan budaya politik matang sejahtera,” katanya lagi.
‘Hanya berhenti sementara’
Dalam wawancara semalam, bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata dia hanya “berhenti” sementara daripada parti itu “atas tujuan tertentu” dan akan kembali semula jika masih diterima pada masa akan datang.
Katanya lagi, dia juga tidak mengajak pemimpin dan ahli lain untuk mengikut langkahnya, dan berpesan agar mereka semua kekal bersama PAS.
Cukuplah saya seorang berhenti untuk sementara waktu untuk laksanakan dua, tiga perkara yang perlu…sebagai orang yang berintimak dengan PAS. Bukan pendek masanya, sejak berusia 16 tahun.
“Saya mohon berhenti kerana ada perkara yang saya tak boleh bercakap, tak boleh betulkan selagi saya masih berada dalam PAS. Parti ada peraturan, disiplin yang perlu diikuti,” katanya, sambil menambah dia telah bersuara mengikut saluran menerusi Majlis Syura Ulama sebelum ini.
“Maka saya perlu berada di luar parti sementara waktu untuk menyedarkan kepimpinan untuk urus parti cara betul kerana kesilapan urus parti, kesannya kepada apa yang akan dicapai…terutama melibatkan masa depan parti dan ketika hadapi PRU,” katanya.
Tanpa menjelaskan secara khusus, dia berkata pada masa ini ada banyak kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi.
“Ini bukan cerita di peringkat cawangan, DUN, Parlimen atau pun negeri, tetapi melibatkan pengurusan parti di peringkat pusat,” katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kahkaikut-hangpa-la-lebaiitdijihad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Penjaga Kebun Bunuh Dan Cacatkan Mayat Budak Didedahkan Tidak Suka Mangsa Cari Durian Yang Jatuh

Punca Penjaga Kebun Bunuh Dan Cacatkan Mayat Budak Didedahkan Tidak Suka Mangsa Cari Durian Yang Jatuh

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 205 hits
Seorang budak yang dibunuh kemudian mayatnya dicacatkan di Lampung Timur sebelum ini dikatakan telah ditegur oleh si pelaku ketika memasuki kebun durian Difahamkan suspek telah menghalang mangsa daripada mengambil durian yang jatuh di kebun...
Dia Merajuk Tu Hangpa Pun Tinggai Dia Kesian Alaa Janji Pak Lebai Bukan Janji Nabi

Dia Merajuk Tu Hangpa Pun Tinggai Dia Kesian Alaa Janji Pak Lebai Bukan Janji Nabi

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 79 hits
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin akan mendapatkan penjelasan daripada Khairuddin Aman Razali berhubung permohonannya untuk itu Menurut Hashim ini kerana Khiaruddin sebelum ini berjanji tidak akan keluar daripada PAS Dia janji dengan saya apa p...
Nak Masuk Sekolah Paling Malas Susun Buku Ikut Cara Ibu Ni Tersusun Rapi Anak Pun Mudah Nak Cari

Nak Masuk Sekolah Paling Malas Susun Buku Ikut Cara Ibu Ni Tersusun Rapi Anak Pun Mudah Nak Cari

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 268 hits
Tak sampai sebulan anak anak bakal memulakan sesi persekolahan yang baru Bila dah mula sekolah paling susah anak nak buat susun buku sekolah mengikut jadual Untuk yang masih kecil terutamanya darjah 1 dan 2 memang berterabur la buku mereka ...
Hiburan Timbul Spekulasi Baru Tangmo Nida Dipaksa Lakukan S Ks Dengan Lelaki Vvip Sebelum Dicekik Jatuh Bot

Hiburan Timbul Spekulasi Baru Tangmo Nida Dipaksa Lakukan S Ks Dengan Lelaki Vvip Sebelum Dicekik Jatuh Bot

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 172 hits
Misteri kematian pelakon Thailand Tangmo Nida mendapat perhatian dan masih hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial Pelbagai spekulasi timbul dan bermacam macam jenis video tular di TikTok selepas ia didakwa merupakan satu pembunuha...
Pengantin Perempuan Jatuh Dari Tandu Suami Sibuk Main Telefon

Pengantin Perempuan Jatuh Dari Tandu Suami Sibuk Main Telefon

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 170 hits
Pengantin lelaki leka bermain telefon bimbit sebelum turun melihat keadaan isterinya selepas beberapa ketika TikTok herusuyanto1962 AKARTA Seorang pengantin perempuan di Indonesia berdepan detik detik memalukan apabila dia terjatuh ke atas ...
Jatuh Terduduk Ketika Cuba Tarik Lori Masuk Sawah Padi

Jatuh Terduduk Ketika Cuba Tarik Lori Masuk Sawah Padi

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 109 hits
GAMBAR menunjukkan situasi ketika sebilangan lelaki menarik sebuah lori yang termasuk di dalam sawah padi Instagram JAKARTA Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sebilangan lelaki yang cuba membantu menarik sebuah ...
Dua Hari Hilang Nelayan Aceh Besar Diduga Jatuh Ke Laut

Dua Hari Hilang Nelayan Aceh Besar Diduga Jatuh Ke Laut

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 122 hits
Seorang nelayan di Kabupaten Aceh Besar dilaporkan hilang sejak dua hari yang lalu Nelayan bernama Himni itu hilang diduga akibat jatuh ke laut di sekitar perairan Lampuyang Aceh Besar
Kanak Kanak 11 Tahun Maut Jatuh Tingkat 4 Flat

Kanak Kanak 11 Tahun Maut Jatuh Tingkat 4 Flat

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 151 hits
Pasukan perubatan mengesahkan kanak kanak itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat KUALA LUMPUR Seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingka...
Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

20 Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah

Bolehkah Hamil Walaupun Dara Tak Pecah

Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Setan Menyukai Musik

Six Mps Who Back Pm Anwar No Longer Bersatu Members Says Party Deputy President

Vaksin Si Bulus Seawal Usia Dua Bulan

Kucaimars Aku Fobia Chord



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Jadual Bayaran Bantuan Str Fasa 3 2024

Klana Beach Resort Port Dickson

Hazamacho House By Tatsuya Kawamoto Associates In Japan

Melayan Anak Bujang Makan Di Ted S

Politics Should Not Be Game Of Winners And Losers

Cops Probing 3 Reports Allegedly Prepared By Own Personnel Lawyer