Kafir Harbi Zimmi Perlu Difahami Dalam Kerangka Menyeluruh


Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani Tak salah tukar istilah tapi kena kekal asas sama iktiraf kedaulatan IslamSEMALAM Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa ada menyebut bahawa konsep kafir zimmi dan kafir harbi sudah lagi tidak terpakai dengan wujudnya sistem kewarganegaraan. Bagi saya ini adalah satu pandangan yang sangat bermudah serta tidak melihat konsep siyasah shar’iyyah secara menyeluruh.
Asasnya, berdasarkan perbahasan siyasah shar’iyyah oleh ulama terdahulu, ulama hari ini seperti al-Qaradawi, Abu Faris, al-Khayyat dan lainnya telah meletakkan terdapat tiga asas thawabit (kekal) yang menjadi tiang utama kepada konsep politik Islam. Bahaslah mana-mana bahagian dalam siyasah pun ia tidak akan dapat lari daripada salah satu tiang ini. Tiga tersebut adalah kedaulatan Islam (siyadat al-shari’ah), syura (al-shura) dan keadilan (al-‘adalah).
Berdasarkan asasnya ini sahaja pun sudah cukup untuk menolak pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa siyasah itu adalah keadilan semata-mata atau siyasah itu adalah demokrasi berdasarkan syura. Hakikatnya siyasah shar’iyyah jauh lebih menyeluruh daripada nilaian tersebut. 
Pada siyasah itu ada aqidahnya (kedaulatan Islam), ada sistemnya (syura) serta ada nilai utamanya (keadilan) menjadikan konsep politik Islam jauh berbeza dengan konsep politik lainnya.
Jadi apabila difahami asas ini barulah boleh berbahas tentang kafir harbi-zimmi. Oleh kerana ia adalah salah satu perbahasan dalam siyasah maka sudah tentu terdapat salah satu asas yang telah disebutkan mendasari konsep ini. Asas tersebut ialah kedaulatan Islam.
Konsep kedaulatan Islam dalam masyarakat meletakkan asasnya seluruh individu tanpa mengira agama mempunyai tanggungjawab untuk mengiktiraf kedaulatan Islam. Atas sebab inilah masyarakat ini dinamakan mujtama’ islami atau ummah (seperti dalam piagama Madinah), kesepakatan mereka bukan menganut agama yang sama tetapi mengiktiraf prinsip yang sama iaitulah kedaulatan Islam.
Dalam piagam Madinah, ramai yang mengambil hujah bagaimana Nabi SAW mengiktiraf orang yahudi dan bangsa-bangsa lain yang tidak menganut Islam sebagai ‘satu ummah’ bersama orang-orang beriman namun mereka tidak melihat mengapa Baginda memberikan pengiktirafan tersebut pada mereka.
Dalam piagam tersebut jelas menunjukkan pengiktirafan itu diberikan atas beberapa asas iaitu mengiktiraf Islam rujukan utama (fasal 23, 42), mengiktiraf kepimpinan Muhammad bukan sebagai manusia biasa tetapi sebagai utusan Allah (fasal 47), berjanji mempertahankan Madinah daripada musuh Islam (fasal 46). Apabila semua ini dipenuhi barulah layak menyebut mereka ‘satu ummah’ bersama orang beriman.
Pengiktirafan Islam juga menjadi asas dalam ayat Quran yang berbicara tentang konsep kafir zimmi:
قَـٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلۡحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡڪِتَـٰبَ حَتَّىٰ يُعۡطُواْ ٱلۡجِزۡيَةَ عَن يَدٍ۬ وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri.” (Surah al-Taubah: 29)
Al-‘Asqalani meriwayatkan bahawa Imam al-Shafi’i menyebut yang dimaksudkan dengan ‘taat dan merendah diri’ وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ)) ialah dalam keadaan mereka rendah, tunduk serta mengiktiraf pemerintah, kepimpinan dan sistem perundangan Islam dalam negara tersebut.
Jadinya tindakan bermudah menolak terus konsep kafir harbi-zimmi adalah satu tindakan yang tidak teliti dalam membahas siayasah shar’iyyah. Kafir harbi-zimmi bukanlah setakat berbicara soal jizyah atau ‘halal darah’ semata, tetapi ianya mempunyai maqasid lebih asas iaitu isu kesetiaan (wala’) setiap ahli yang berada dalam sebuah negara Islam. Jizyah adalah lambang kesetiaan begitu jugalah diperangi atas asas hilangnya kesetiaan.
Membayangkan konsep kafir harbi-zimmi sebagai satu yang kejam sehingga tidak releven untuk hari ini juga adalah tindakan yang tidak jujur dalam berbahas siyasah shar’iyyah. Asas bermuamalat dengan baik jelas disebut dalam ayat 8 Surah al-Mumtahanah. Mulianya konsep ini sehingga Baginda SAW sendiri sanggup menjadi perisai bagi kafir zimmi yang dizalimi oleh orang lain seperti dalam hadis. Tetapi kesemuanya berdiri atas asas tidak memerangi Islam seperti dinyatakan pada permulaan ayat 8 dan ayat selepasnya.
Kemudian jika kita menilai isu ini dalam perspektif Malaysia ia adalah sangat releven. Ini kerana Islam di negara ini merupakan salah satu teras kenegaraan berdasarkan perlembagaan serta struktur kepimpinan negara. Oleh itu seluruh individu dalam masyarakat majmuk di negara ini perlu mengiktiraf kedaulatan Islam, sesiapa yang mempertikai atau menolak perkara ini perlulah ditegur dan diperbetulkan kerana telah hilangnya kesetiaan pada negara dalam jiwa mereka. Sebeanrnya inilah asas kepada perbahasan konsep kafir harbi-zimmi.
Bagi saya, tiada masalah untuk menukar istilah ini kepada istilah lain seperti kewarganegaraan tetapi ia sepatutnya masih lagi kekal berdiri atas asas yang sama iaitu mengiktiraf kedaulatan Islam.
Kalaulah yang dimaksudkan dengan kewarganegaraan bahawa bukan Islam tidak lagi perlu mengiktiraf Islam, boleh sesuka hati mempertikai Islam maka ia telah jauh tersasar daripada siyasah shar’iyyah. Konsep kafir harbi-zimmi mempunyai asas hak dan tanggungjawab, begitu jugalah sepatutnya dalam konsep kewarganegaraan.
Tannggungjawab itu hendaklah selamanya berdiri atas asas mengiktiraf kedaulatan Islam. Kalau bukan ini maka ia bukanlah siyasah shar’iyyah.
*Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani,  Penolong Setiausaha MUIS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/kafir-harbi-zimmi-perlu-difahami-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Theasianparent Aplikasi Terbaik Untuk Ibu Bapa Mendidik Anak Secara Menyeluruh

Theasianparent Aplikasi Terbaik Untuk Ibu Bapa Mendidik Anak Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 428 hits
Aplikasi untuk ibu bapa Bunyi macam menarik Seharian bekerja dan melakukan rutin dirumah menjadikan masa terlalu singkat untuk menghadiri kelas parenting Apa susah Semuanya dihujung jari hanya dengan Aplikasi theAsianParent yang baru sahaja...
Mi Mix Alpha Kini Rasmi Peranti Skrin Menyeluruh Sebenar Yang Berharga Lebih Rm11 000

Mi Mix Alpha Kini Rasmi Peranti Skrin Menyeluruh Sebenar Yang Berharga Lebih Rm11 000

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 412 hits
Mi MIX adalah sebuah peranti yang bermula sebagai peranti konsep Tetapi akhirnya peranti yang sama dijual kepada umum sehingga beberapa generasi ia dilancarkan Kini Xiaomi hadir sekali lagi dengan sebuah peranti konsep iaitu Mi MIX Alpha Pe...
Xiaomi Memperlihatkan Mi Mix Alpha Peranti Dengan Skrin Menyeluruh Sebenar

Xiaomi Memperlihatkan Mi Mix Alpha Peranti Dengan Skrin Menyeluruh Sebenar

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 316 hits
Mi MIX adalah sebuah peranti yang bermula sebagai peranti konsep Tetapi akhirnya peranti yang sama dijual kepada umum sehingga beberapa generasi ia dilancarkan Kini Xiaomi hadir sekali lagi dengan sebuah peranti konsep iaitu Mi MIX Alpha Pe...
Gopro Hero 8 Black Dilancarkan Dengan Kerangka Khas Untuk Pelbagai Aksesori

Gopro Hero 8 Black Dilancarkan Dengan Kerangka Khas Untuk Pelbagai Aksesori

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 249 hits
GoPro Hero 8 Black akhirnya dilancarkan sebentar tadi selepas rekaannya tertiris dua bulan yang lalu Kamera aksi ini hadir dengan kerangka khas Media Mod yang membolehkan pelbagai aksesori digunakan oleh pengguna untuk tujuan videografi Pen...
Kerangka Pelindung Untuk Bonjol Kamera Iphone 11 Telah Dihasilkan

Kerangka Pelindung Untuk Bonjol Kamera Iphone 11 Telah Dihasilkan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 657 hits
Satu elemen rekaan yang kurang kami gemari pada iPhone 11 ialah dwi bonjol pada bahagian belakang peranti Ia mengakibatkan peranti tidak boleh diletakkan rata pada permukaan meja dan ia terdedah kepada calar Bagi mereka yang mungkin tidak s...
Bagaimana Hukum Perawat Muslim Bekerja Ke Negara Mayoritas Kafir

Bagaimana Hukum Perawat Muslim Bekerja Ke Negara Mayoritas Kafir

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 382 hits
Senyumperawat com Banyak perawat muda ingin sekali beriprah hingga kancah internasional Lowongan kerja ke luar negeri pun terbuka luas Salah satunya bagi perawat yang sampai hari ini pengiriman perawat ke Jepang tiap tahun diadakan Namun ap...
Pesan Salahuddin Al Ayyubi Mengenai Orang Kafir

Pesan Salahuddin Al Ayyubi Mengenai Orang Kafir

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 1001 hits
Salahuddin Yusuf Al Ayyubi atau lebih dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi merupakan pemerintah agung yang berjaya menguasai Mesir dan menentang tentera salib Dalam mendepani orang kafir ada kata kata hikmah yang cukup bermakna diungkapkan...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi