Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah


Kafe 28 Studio KL merupakan sebuah kafe yang tampil dengan konsep menarik iaitu menggabungkan seni, kopi dan komuniti di bawah satu bumbung dengan ruang yang estetik dan penuh inspirasi. 

Tanggal 20 April 2025 merupakan detik bersejarah bila Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian Kafe 28 Studio KL. Bertapak di 9-1, Jalan 24/6, Taman Setapak Indah, kafe ini memperkenalkan satu konsep baharu yang menggabungkan bukan sahaja suasana estetik, malah mereka menyediakan ruang komuniti berskala kecil dan studio foto layan diri. Secara rasminya, ia telah beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi


Sempena majlis perasmian pembukaan Kafe 28 Studio KL ini, ia telah dihadiri oleh ramai jemputan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya penggemar kopi artisan, penggiat media sosial, rakan media, dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan. 

Kombinasi antara seni, kopi berkualiti dan suasana mesra menjadikan 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe, malah ianya adalah ruang yang membangkitkan inspirasi serta mendukung interaksi yang bermakna. 

Siapa sangka, kafe yang unik ini diasaskan oleh anak muda yang berusia 28 tahun iaitu Qistina Batrisyia Binti Ahmad Nizam. 28 Studio KL telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi sebuah kafe yang selesa dan menarik, especially untuk para pelanggan yang ingin menikmati suasana yang chill & relax, lokasi ideal untuk gathering bersama family atau kawan-kawan bagi mengeratkan hubungan, dan sekaligus mencipta kenangan. 

28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen, dan menikmati secawan kopi yang disediakan dengan penuh perhatian. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah, dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk. Qistina

Menariknya, keseluruhan interior kafe ini telah direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd iaitu syarikat yang terkenal dengan kerja-kerja interior design. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa. 

Sempena pembukaan rasmi, 100 pelanggan pertama berpeluang untuk turut serta memutar papan roda sekaligus berpeluang memenangi hadiah misteri eksklusif, sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang hadir tanda memberi sokongan. 
Antara yang turut hadir memeriahkan majlis perembukan Kafe 28 Studio KL adalah beberapa nama yang dikenali dalam dunia seni visual dan media sosial. Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil yang karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL. 
Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. 

Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuatDzili

Untuk korang yang merancang untuk berkunjung ke Kafe 28 Studio KL, ini antara menu minuman yang wajib korang cuba. Antaranya Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) yang menjadi pilihan utama. 
28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif. 
Untuk pengetahuan semua, Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. 


Dengan pelancaran rasmi 28 Studio KL yang memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti; ia menjadikan ia berbeza dengan kafe-kafe yang lain. Semestinya, kunjungan ke sini akan memberikan satu pengalaman baru yang istimewa dan ia lebih daripada sekadar minum kopi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai 28 Studio KL, ikuti akaun media sosial rasmi mereka @28studioKL di Instagram dan TikTok. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2025/04/kafe-28-studio-kl-taman-setapak-indah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 130 hits
Hi Korang Kafe 28 Studio KL Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi wajib singgah dengan perasmian kafe 28 Studio KL Bertapak di 9 1 Jalan 24 6 Taman Setapak Indah kafe ini memperkena...
Bella Astillah Feat Ade Govinda Lebih Indah Berpisah Chord

Bella Astillah Feat Ade Govinda Lebih Indah Berpisah Chord

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 170 hits
G G C Aku sudah tak mau bicara E Aku sudah dibuat tersiksa Am Untuk apa kupertahankan C F Seakan tiada berguna Dm G C Lebih indah berpisah C C C G Aku bingung tak menentu F Em Menghadapimu F Em Am semua egomu itu Dm G Tak hargai aku C G Aku...
Syukur Semua Selamat Asrama Smk Tinggi Setapak Terbakar Waktu Solat Berjemaah

Syukur Semua Selamat Asrama Smk Tinggi Setapak Terbakar Waktu Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 104 hits
Semalam suasana di SMK Tinggi Setapak jadi kecoh apabila asrama sekolah tu tiba tiba terbakar masa waktu solat berjemaah Syukur alhamdulillah semua pelajar dan warga sekolah berjaya diselamatkan tanpa ada sebarang kecederaan serius Solat Is...
Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 145 hits
Kebakaran asrama melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak telah mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Fadhlina Sidek segerakan bantuan Fadhlina berkata bantuan akan diberi dalam tempoh waktu terdekat bagi membant...
Jadi Berbeza Itu Indah Idola Lelaki Ini Bangga Dedah Suka Lelaki

Jadi Berbeza Itu Indah Idola Lelaki Ini Bangga Dedah Suka Lelaki

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 109 hits
Baru baru ini JUST B telah mengadakan konsert jelajah JUST ODD yang berlangsung di Los Angeles Artikel Berkaitan Ketika konsert berlangsung salah seorang ahli iaitu Bain telah tampil berani membuat pendedahan sebenar tentang dirinya Khususn...
Family Staycation Indonesia Singgah Menikmati Pemandangan Indah Di Ladang Teh Ciwidey Bandung

Family Staycation Indonesia Singgah Menikmati Pemandangan Indah Di Ladang Teh Ciwidey Bandung

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 116 hits
Okay kita sambung story trip 5 hari 4 malam ke Indonesia Hari pertama kami dah cover Kawah Renggenis Destinasi kedua pula kami singgah bergambar di nbsp Ladang Teh Ciwidey Ladang Teh nie terletak di laluan nak ke nbsp Kawah Renggenis Sebelu...
Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

Aprilian Feat Puspa Indah Cinta Tak Terbagi Chord

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 167 hits
Em Bm C G Am Em C B Em Bm dirimu satu satunya C G yang kucinta dan ku damba Em Bm mengapa kini kau berobah C G tanpa ada salahku Am Em kau yang berjanji D Em takkan pernah menyakiti Am Em tapi mengapa D Em B tega kau mengkhianati Em Bm terl...
Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 145 hits
Peringatan Miniatur dapat menyebabkan ketagihan dan gagal menabung Samping kanan ke depanSamping kanan fullDepan ke samping kiriDepannya sajaMesin AC Thermo KingSamping kirinya sajaDetail pintu depanDetail kisi kisi mesin dan lampu belakang...
Taman Sri Muda Folks To Protest If Govt Doesn T Act Over Recurring Floods

Taman Sri Muda Folks To Protest If Govt Doesn T Act Over Recurring Floods

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 129 hits
Suzanna Kassim a Taman Sri Muda resident of 30 years said she only received RM2 000 from the government during the previous flood incident SHAH ALAM Residents of Taman Sri Muda here are demanding immediate government action to resolve the l...
Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas

Pm Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki

Wow Cantiknya Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap

Hazama Aku Bukan Narsisis Chord

Boycott Pkr In Ge16 Greets Nurul Izzah S Victory Grassroots Foresee Rot From Prevalent Family Ties


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Contemporary Thai Residence By Warchitect Te Residence In Bangkok

Late Detection Leads To Rising Tb Cases In Malacca

Sabah Election Sees Solo Bids Amid Coalition Shifts

Analysing Rafizi Ramli S Statement

Ini Bukan Filem Budak Budak Je Ejen Ali The Movie 2 Jauh Lebih Padu Dari Apa Yang Korang Sangka

5 Tanda Kita Terlalu Baik