Covid 19 Perang Hingga Tahun Depan Apa Strategi Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
COVID-19: 'Perang' hingga tahun depan - Dr Noor HishamPUTRAJAYA: Malaysia mungkin terpaksa ‘berperang’ sehingga tahun depan dalam menentang penularan wabak COVID-19 seperti yang dijangkakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata apa yang perlu difikirkan ialah perancangan strategi yang boleh diguna dan diamalkan sehingga tahun depan berikutan belum ada vaksin boleh melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.
Apa yang penting ketika kini, katanya, ialah negara dapat mengurangkan bilangan kes jangkitan walaupun belum dapat menamatkan episod jangkitan COVID-19.“Selain menjalankan ujian terhadap antibodi seperti dicadangkan pakar untuk komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memantau kewujudan kes penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dalam komuniti yang menentukan kewujudan virus itu.“Tetapi sekarang kita lihat kes ILI dan SARI semakin berkurangan. Kalau berkurangan, itu satu indikasi baik untuk kita melaksanakan atau merancang tindakan bagi masa depan.“Apa yang kita dapat lihat daripada kes yang sedang dikaji ialah bagaimana kita dapat mengambil tindakan sewajarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.“Mungkin kena lihat aktiviti kita berbeza, kelaziman kita juga berbeza selagi kita tidak ada vaksin," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.Dr Noor Hisham berkata, walaupun sudah ada penurunan jumlah pesakit disahkan positif COVID-19 sejak dua minggu kebelakangan ini, pihaknya mahu melihat statistik itu berkurangan menjadi satu angka.Untuk membolehkan itu berlaku, katanya, semua pihak perlu bekerjasama dan memastikan orang awam terus tinggal di rumah.Beliau berkata, jika PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini ditamatkan, KKM menasihatkan orang ramai untuk terus berada di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan berbuat demikian.“Kita sedang melihat cara untuk mengurangkan impak selepas PKP ditamatkan supaya semua pihak boleh kembali kepada apa yang dikatakan sebagai kelaziman baharu.“Ia mungkin mengambil sedikit masa, mungkin tiga bulan, mungkin enam bukan. Dasar kita mesti berubah dari segi tiada perhimpunan awam, penjarakan sosial mesti diamalkan dan sentiasa mengingatkan orang awam untuk mencuci tangan dan yang penting sekali jika tiada hal di luar, duduk di rumah,” katanya.Dr Noor Hisham berkata, kajian mencari sesuatu vaksin selalunya mengambil masa antara setahun sehingga setahun setengah sebelum memasuki pasaran.Pihaknya berharap vaksin untuk COVID-19 dapat ditemui dalam masa terdekat.“Selagi tak ada vaksin, kita kena gunakan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan.“Pencegahan itu ialah cara kelaziman kita hidup, tingkah laku kita kena berubah,” katanya. (BH)Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa perancangan strategi yang dicadangkan? Antaranya kira-kira seperti yang tercatat..'semua pihak perlu bekerjasama dan memastikan orang awam terus tinggal di rumah'.Bina suatu 'kelaziman baharu'.Berubah dari segi tiada perhimpunan awam (tiada lepak), 'penjarakan sosial'..Cipta kelaziman 'mencuci tangan'..Cadangan tambahan: Orang Islam perlu wujudkan suatu kelaziman baru seperti meng'hidupkan institusi masjid dan surau'. Hayati matlamat kerajaan, 'Islam adalah Agama bagi Persekutuan (Perkara 3) Perlembagaan Persekutuan. Sekian.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terus gerakkan ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/covid-19-perang-hingga-tahun-depan-apa.html