Gadis Ini Kongsi Kaedah Simpan Duit Yang Paling Mudah


SEMBILAN daripada 10 individu dalam masyarakat di negara ini dikesan langsung tidak memiliki wang simpanan walaupun ada yang bergaji purata mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.
Pakar kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, hasil tinjauannya terhadap pelbagai golongan bekerja di seluruh negara mendapati trend menyimpan wang dalam kalangan masyarakat sangat kritik4l.
Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” sinonim dengan amalan menabung yang sepatutnya dijadikan budaya sejak pelajar masih kecil lagi. Amalan itu perlu bermula secara sedikit-sedikit dan sejak awal kerana seperti kata pepatah “ kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Harapan tiada lain melainkan amalan menyimpan dan berjimat-cermat sejak awal itu akan menjadi kebiasaan apabila dewasa. Selain dapat mengelakkan pembaziran, pada masa sama tabungan secara sedikit-sedikit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan terutama apabila melanjutkan pelajaran.
Jangan jadikan alasan gaji kecil tak boleh nak menyimpan gaiss. Sebenarnya ada cara yang korang boleh cuba buat untuk menyimpan wang. Seperti apa yang dikongsi oleh Haryani Salim ini, student pun boleh saving sebab cara ini memang ikut kemampuan kewangan korang.
Macam mana gadis ini buat? Jom kita ikut style simpanan duit yang telah dia lakukan sebelum ini.
1. Tengok kemampuan korang untuk letak dalam tabung berapa ringgit sehari. Hari-hari mesti kena letak. Kalau nak semangat, ajak kawan atau partner.
Jika mampu satu hari RM50, korang boleh letak RM50 sampai 31 Disember setiap tahun. Kalau mampu letak RM1, letak la RM1. Paling penting, jumlah yang tak membebankan dan simpan dengan konsisten.

2. Bila dah tahu berapa nak letak sehari, tulis tarikh 1 Januari sampai 31 Disember untuk elak diri daripada tak masuk dalam tabung setiap hari. Bila dah masukkan duit, tick. So, korang takkan ada satu hari pun yang tak menabung.
3. Beli tabung yang tak boleh buka. Penting! Ini untuk mengelakkan tangan kita gatal untuk ambil duit dalam tabung. Hiks! Beli yang murah je sebab hujung tahun nak pecahkan juga.
4. Selain duit kertas yang kita masukkan tu, korang juga boleh simpan duit syiling 50 sen. Jangan campur dengan syiling lain. Kalau sebalang 50 sen, buat sampai penuh. Tak tipu, paling sikit korang boleh dapat RM500. Guna je balang coklat macam dekat kedai tu..
5. Next, simpan duit syiling. Jangan guna duit syiling. Setahun korang boleh dapat dalam RM90-Rm100 dalam tangan. Beli la tabung kecil atau bekas kecil yang boleh letak syiling.
6. Kalau ikut minggu, setahun ada 52 minggu. Minggu pertama RM1, minggu kedua RM2 dan seterusnya. Sampai minggu ke 52, dalam tangan korang aka nada lebih kurang RM1300++.
Nampak macam mudah. Kalau simpan RM1 sehari pun, setahun dah dapat RM365. Okay la tu daripada tak kumpul duit langsung kan? Belum lagi masuk duit syiling yang korang simpan tepi juga. Boleh la buat sesak-sesak nanti.
Sesiapa yang baru mula atau pernah saving tapi tak sampai sebulan dah guna duit simpanan tu, jangan guna nilai yang banyak untuk menyimpan. Biar sikit asalkan konsisten.

Amalan menabung membimbangkan
“Kebanyakan golongan ini berumur antara 20 hingga 60 tahun. Dalam maklumat yang diperoleh melalui tinjauan seminar kewangan yang diadakan, alasan yang diberikan adalah gagal menyimpan wang kerana kos sara hidup yang semakin mendesak.
“Ada yang bergaji sehingga RM25,000 sebulan tetapi tidak dapat menyimpan, selain ada hutang kad kredit mencecah RM400,000 kerana terlalu mengikut trend gaya hidup mewah akibat bimbang dengan pandangan orang lain,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
Shamsuddin berkata, kebanyakan masyarakat hari ini lebih gemar menjadikan gaya hidup sebagai matlamat kepuasan dalam hidup mereka.
Walaupun kos sara hidup semakin meningkat pada setiap masa, masyarakat sebenarnya boleh melakukan pelbagai cara untuk menyimpan dan mampu membebaskan diri daripada belenggu masalah kewangan.
“Perkara pertama kita perlu fahami bahawa wang yang disimpan perlu digandakan. Misalnya, menggunakan gaji walaupun dalam jumlah sedikit untuk menyimpan melalui unit amanah saham, Tabung Haji, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau membeli emas.
“Jika wang hanya dimasukkan ke dalam akaun simpanan di dalam bank, itu tidak boleh dipanggil simpanan kerana tidak akan menggandakan jumlah sedia ada,” katanya.
Malah, katanya, menabung di rumah sebagai contoh menggunakan kaedah mengumpul duit kertas berwarna tertentu juga tidak boleh dianggap sebagai menyimpan, sebaliknya lebih kepada menabung untuk waktu kecemasan.

“Namun, kaedah itu, katanya dapat menyelamatkan kita pada saat terdesak memerlukan wang. Malah, ada yang berjaya menabung wang kertas berwarna tertentu sehingga mampu membuat bayaran pendahuluan membeli rumah baharu,” katanya.
Tambah Shamsuddin, satu lagi penyebab masyarakat tidak dapat menyimpan wang adalah kerana sakan berbelanja pada musim perayaan atau mengadakan majlis perkahwinan.
Katanya, faktor itu menjadi penyebab yang memusnahkan pengurusan kewangan orang ramai apabila ada membuat pinjaman peribadi semata-mata mahu kelihatan hebat di mata orang sekeliling.
Selain terikut-ikut dengan gaya terkini, promosi yang diadakan setiap kali musim perayaan juga mengakibatkan ramai terjebak ke kancah hutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan.
“Sebagai pakar kewangan yang sudah 17 tahun bergelumang dan berhadapan pelbagai ragam manusia, saya sentiasa menasihatkan orang ramai agar mencari ilmu mengenai asas kewangan dan mula menyimpan untuk masa depan,” katanya.
Faham gaiss? Jom buat!
The post Gadis Ini Kongsi Kaedah Simpan Duit Yang Paling Mudah appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/03/02/gadis-ini-kongsi-kaedah-simpan-duit-yang-paling-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Mudah Simpan Duit Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak Dan Berkesan Rileks Media

Nak Mudah Simpan Duit Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Simpan Duit Dengan Bijak Dan Berkesan Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 535 hits
Korang susah nak simpan duit Bila simpan cukup bulan korek Ikut cara brader ni confirm boleh simpan duit untuk kahwin atau beli kereta Cubalah Sifat suka menabung haruslah diterapkan kepada semua anak anak sejak dari kecil lagi Jadi ibu bap...
Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham

Kaedah Tarik Pelanggan Dengan Cara Yang Paling Mudah Anda Nak Faham

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 398 hits
Pelanggan tidak suka di paksa Pelanggan tak suka diperbodohkan Sebenarnya apabila kita buat posting dimedia sosial pelanggan dah tau yang kita ni memang menjual dan sedang mempromosikan produk dan servis kita Habih tu pasai depa tak beli te...
Lihat Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Dan Berkesan Latih Anak Menyimpan Duit

Lihat Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Dan Berkesan Latih Anak Menyimpan Duit

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 370 hits
656 SHARES Jika berbicara tentang soal cara simpan duit pasti ramai yang akan berikan berbagai alasan seperti tak cukup duit anak anak perlukan duit keperluan dapur yang tinggi dan bermacam macam lagi jenis jawapan yang mereka katakan Dan a...
Cara Paling Mudah Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je

Cara Paling Mudah Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 765 hits
Cara Paling Mudah Buat Telur Separuh Masak Macam Dekat Kedai Tak Keras Tak Cair Gebu Je Mesti ramai yang suka makan telur separuh masak untuk sarapan kan Perasan tak kalau kita makan yang di kedai tu teksturnya memang elok Gebu je tak cair ...
Surah Ar Rahman Is So Magical Gadis Cantik Ini Kongsi Tips Dapat Vice Chancellor Award

Surah Ar Rahman Is So Magical Gadis Cantik Ini Kongsi Tips Dapat Vice Chancellor Award

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 531 hits
Korang yang pernah study dan yang tengah study tu mesti tahu betapa gigihnya kita semua nak dapatkan pointer yang baik Ok la sebenarnya belajar ni bukan lah hanya sekadar pointer je tapi ilmu yang kita dapat tu yang penting dan bonus kalau ...
Nak Duit Kerja Jangan Cuma Harapkan Bantuan Gadis Tegur Golongan Muda Tapi

Nak Duit Kerja Jangan Cuma Harapkan Bantuan Gadis Tegur Golongan Muda Tapi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 505 hits
The ReporterBaru baru ini Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan bantuan Bantuan Sara Hidup RM100 bagi golongan bujang yang memberi manfaat kepada tiga juga individu dengan peruntukan RM300 juta Pengumuman bantuan itu mendapat banyak rea...
Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 497 hits
Resepi Air Asam Paling Mudah Nak Buat Dan Sangat Sedap Cicah Dengan Ikan Bakar Salam semua agak jarang juga nak buat air asam ni sebab kat rumah nak kata peminat air asam tegar tu tak juga Kalau teringin nak buat nak cicah dengan ikan bakar...
Sengih Sengih Aku Ingat Zaman Kita Kira Duit Syiling Nak Minum Kat Mamak Azhan Rani Kongsi Cerita Bersama

Sengih Sengih Aku Ingat Zaman Kita Kira Duit Syiling Nak Minum Kat Mamak Azhan Rani Kongsi Cerita Bersama

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 430 hits
Azhan Rani dan Beto Kusyairy bukan nama asing dalam dunia lakonan Walaupun mungkin perjalanan mereka tidak sepantas yang lain namun hingga ke hari ini lakonan mereka tetap berbekas di fikiran Malah dua pelakon prolifik ini sehingga kini mas...
Cecah 20k Perkongsian Wanita Kongsi Tips Mudah Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini Mudahnya

Cecah 20k Perkongsian Wanita Kongsi Tips Mudah Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini Mudahnya

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 501 hits
Cecah 20K Perkongsian Wanita Kongsi Tips Mudah Rambut Lebat Guna 3 Bahan Ini Mudahnya Selain dari penjagaan raut wajah dan badan rambut juga harus diambil kira Bak kata pepatah rambut merupakan mahkota buat seorang wanita Today i wanna shar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut