Kaedah Pdp Stem Tidak Fleksibel Bunuh Minat Murid


Imej hiasan via SERI ABIM Sg Ramal

Sekitar 1990-an terdapat sebuah drama Inggeris popular, The X-Files yang mencetuskan fenomena dinamakan Scully Effect. Ia berlaku kerana drama itu berjaya menaikkan minat dan kesedaran terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), terutama dalam kalangan penonton wanita

Tinjauan terhadap 2,021 responden wanita oleh J Walter Thompson Intelligence, iaitu sebuah firma yang mengkhusus dalam data, penyelidikan, trend dan inovasi mendapati minat terhadap STEM meningkat dalam kalangan 60 peratus penonton siri itu

Pada masa sama, kajian mendapati 50 peratus responden menamakan watak Dana Scully yang bertanggungjawab meningkatkan minat mereka terhadap STEM. Dalam The X-Files, Scully ialah ejen penyiasat dengan latar pendidikan sains fizik dan perubatan

Bukan itu sahaja, kajian sama mendapati 43 peratus responden bekerja dalam bidang STEM kerana Scully Effect

Kemajuan STEM membuatkan kita dapat merasai hidup yang serba canggih dan mudah. Apa yang dibayangkan sukar dan mustahil suatu ketika dahulu kini sedang dihidangkan dalam tempoh semasa

Dalam era dunia digital ketika ini, penemuan dan kemajuan dalam bidang STEM menjadi kunci pembangunan pesat dalam komunikasi, pengangkutan, perubatan, tenaga baharu dan pelbagai lagi. 
Dunia yang sentiasa berevolusi akan bergantung kepada ahli yang mahir dalam STEM. Justeru, negara yang mempunyai takungan pekerja berkemahiran dan kepakaran dapat memacu negara sebagai penyumbang kepada teknologi masa depan dan tidak sekadar menjadi pengguna

Namun di Malaysia, tidak ramai pelajar yang memilih STEM pada peringkat menengah atas dan jumlah ini semakin berkurangan apabila mereka memilih bidang pengkhususan pada peringkat pengajian tinggi

Banyak universiti menyatakan mereka mengesan pola penurunan permintaan pelajar bagi program berasaskan sains dan teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, graduan jurusan ini pula tidak semuanya akan bekerja dalam bidang STEM

Tentunya fenomena ini akan memberi implikasi kepada tenaga kerja pakar pada masa depan, seterusnya melambatkan perancangan negara bagi mencapai status negara maju

Hakikatnya Malaysia sudah melaksanakan polisi 60:40 yang mensasarkan 60 peratus pelajar dalam bidang STEM sejak 1967. Malah, sudah puluhan tahun berlalu pelbagai usaha dilakukan bagi mencapai sasaran polisi ini, namun sehingga kini, kuota itu masih gagal dipenuhi. Apakah yang membunuh minat pelajar untuk meneruskan pengajian dalam STEM

Kanak-kanak secara fitrah dilahirkan dan membesar dengan semangat ingin tahu yang tinggi. Mereka membesar sebagai anak muda yang suka meneroka dan mencabar diri dengan perkara baharu. Malah, ketika ini mereka adalah pengguna utama media sosial, iaitu aplikasi teknologi STEM

Pengajaran STEM kurang fleksibel
Namun, ramai daripada mereka beranggapan STEM sukar dipelajari dan bukan untuk semua orang. Stigma ini perlu diperbetulkan. Hakikatnya kesukaran yang dikaitkan dengan STEM secara akademik bukan fakta yang paling tepat. Menurut penyelidik, pengajaran STEM ini masih kelihatan kurang fleksibel sehingga boleh digarap sebagai sesuatu yang mendatangkan keterujaan berterusan. Secara teori, sesuatu yang sukar menjadi mudah apabila ia diulang-ulang dan menjadi kebiasaan. Kebiasaan akhirnya memudahkan. Perbincangan ini bukan soal untuk menjadikan STEM sesuatu yang lebih mudah, tetapi soal menjadikannya mesra murid

Isu ini mengenai mengenali trauma apabila STEM dimomokkan sebagai subjek terlalu mencabar mental atau dipersembahkan dengan cara buruk sehingga meninggalkan kesan yang teruk. Sudah banyak perbincangan dan kajian dilakukan bagi merungkai persoalan terhadap minat yang memudar dalam kalangan pelajar terhadap STEM. Namun, sehingga kini, belum jelas lagi faktor yang menjadi punca sebenar kepada kemerosotan ini

Bagaimanapun, sudah ada beberapa petunjuk yang boleh menjadi panduan untuk merubah keadaán, sekali gus mengembalikan semula minat pelajar terhadap STEM

Penyelesaian menyeluruh dan inovasi baharu pendidikan seharusnya diusahakan oleh pihak kerajaan, sekolah, universiti dan sektor industri di samping galakan ibu bapa bagi meningkatkan minat murid

Basmin MaarofPegawai Jabatan Komunikasi Pertubuhan IKRAM
Sumber: Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/kaedah-pdp-stem-tidak-fleksibel-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persepsi Stem Terlalu Susah Punca Murid Kurang Minat Pakar

Persepsi Stem Terlalu Susah Punca Murid Kurang Minat Pakar

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 367 hits
PETALING JAYA Minat semakin kurang terhadap mata pelajaran Sains Matematik Kejuruteraan dan Teknologi disebabkan persepsi ia terlalu sukar kata dua pakar pendidikan Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka Mak Chee Kin b...
Cari Kaedah Pelepasan Lebih Fleksibel Individu Berstatus Bankrap Kata Muhyiddin

Cari Kaedah Pelepasan Lebih Fleksibel Individu Berstatus Bankrap Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 171 hits
Muhyiddin Yassin berkata jika ia dilaksanakan dengan syarat dan perjanjian tertentu lebih ramai individu dapat kembali membina kehidupan tanpa dibebani proses pelepasan status bankrap terlalu lama PETALING JAYA Kerajaan digesa mencari kaeda...
Lecehkan Belasan Murid Guru Mengaji Di Bandung Diancam 12 Tahun Penjara

Lecehkan Belasan Murid Guru Mengaji Di Bandung Diancam 12 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 230 hits
Seorang guru mengaji berinisial ADR melecehkan belasan muridnya di Cilengkrang Kabupaten Bandung Jawa Barat Dia diancam hukuman penjara maksimal 20 tahun
Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 2025 Secara Online

Panduan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 2025 Secara Online

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 256 hits
Pengumuman tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 sesi 2024 2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023 Permohonan terbuka kepada kanak kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 Permohonan boleh dibua...
Murid Perlu Didedahkan Kepentingan Progres Dalam Kerjaya Pandai Education

Murid Perlu Didedahkan Kepentingan Progres Dalam Kerjaya Pandai Education

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 117 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Penting untuk murid murid didedahkan mengenai progres dalam kerjaya sebelum memilih sebarang pekerjaan untuk diceburi kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pandai Education Sdn Bhd Khairul Anwar Mohamad Zaki Jela...
Tindakan Guru Gunting Rambut Didik Murid Patuh Peraturan

Tindakan Guru Gunting Rambut Didik Murid Patuh Peraturan

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 391 hits
Imej hiasanAspek penampilan diri murid adalah termaktub dalam peraturan disiplin sekolah merangkumi kekemasan rambut pakaian dan kuku Berdasarkan peraturan ini kita sering melihat guru bertindak menggunting rambut pelajar lelaki terutama di...
Sofyank Terharu Cetus Inspirasi Murid Wajah Diabadikan Pada Mural Sekolah

Sofyank Terharu Cetus Inspirasi Murid Wajah Diabadikan Pada Mural Sekolah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 350 hits
Siapa sahaja tidak mengenali insan bernama Sofyank yang mana telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan karya kreatifnya Kini beliau dilihat sebagai salah satu ikon yang layak diangkat sebagai contoh yang baik buat anak...
Pmx Mahu Murid Dilatih Cuci Tandas Sekolah

Pmx Mahu Murid Dilatih Cuci Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Masih banyak tandas sekolah di seluruh negara dalam keadaan rosak sejak puluhan tahun lalu tanpa sebarang tindakan diambil tegur Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata dapatan itu diperoleh selepas pihaknya mengarahka...
Murid Cuci Tandas Kpm Akan Perinci Pelaksanaan Fadhlina

Murid Cuci Tandas Kpm Akan Perinci Pelaksanaan Fadhlina

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 311 hits
Fadhlina berkongsikan gambar semasa lawatan beliau di sekolah terlibat SHAH ALAM Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperincikan ruang pelaksanaan untuk melibatkan pelajar dalam siri pendidikan kebersihan di sekolah Menterinya Fadhlina S...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih