Kaedah Memasak Sayur Untuk Pelihara Khasiatnya


Menyediakan hidangan enak dan berkhasiat di ruang dapur anda tentu sahaja tidak lengkap tanpa adanya menu sayuran. Hidangan sayur menjadi menu wajib yang perlu diambil untuk melengkapkan keperluan pemakanan yang seimbang. Sebagai mana semua sedia maklum, sayur-sayuran mengandungi banyak zat makanan dan khasiatnya amat diperlukan oleh tubuh. Untuk itu, anda perlu bijak menguasai kaedah penyediaan hidangan agar makanan yang disajikan bukan sahaja enak malah berkhasiat. Memasak dengan menggunakan teknik yang salah akan merugikan diri anda sendiri kerana gagal mengekalkan khasiat yang terkandung di dalam sajian tersebut.
**media[229262]**
Kukus
Kaedah ini paling mudah dan pantas untuk memasak sayur. Ia mampu mengekalkan zat semula jadi sayuran pada tahap yang maksimum. Memasak dengan kaedah ini dapat memastikan kesegaran rasa sayur dapat dinikmati sepenuhnya.
Rebus
Kaedah merebus sering dipraktikkan untuk menyediakan hidangan sayur. Memasak dengan kaedah ini banyak menggunakan air. Oleh itu kebanyakan vitamin dan zat makanan akan larut di dalam air tersebut semasa proses merebus dilakukan.
**media[229263]**
Jika merebus dan kemudian sayuran tersebut ditos kering akan menyebabkan anda kehilangan 75% dari kandungan vitamin C , 70% thiamine dan potassium, 65% vitamin B, 55% niasin dan sodium, 50% vitamin B12.
Namun jika masih ingin menikmati hidangan sayur yang dimasak rebus sebaiknya celur sahaja untuk beberapa ketika. Pastikan juga sayur tersebut tidak dipotong kecil untuk membantu mengurangkan kadar kehilangan zat makanan semasa memasaknya.
Bakar
Sayur turut boleh dimasak dengan menggunakan teknik bakar atau panggang. Kaedah ini cukup mudah, ringkas dan cepat. Bagi menambah keenakan rasa sajian, gaulkan sayur tersebut dengan minyak zaitun, kisaran bawang putih, garam dan sedikit lada sulah.
Pun begitu, sayur seperti brokoli tidak sesuai untuk dibakar di dalam ketuhar gelombang mikro. Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Sains Pemakanan dan Agrikultur 2003, brokoli yang dibakar akan kehilangan peratusan flavanoid dan antioksidan paling tinggi iaitu sebanyak 97% berbanding 66% jika direbus. Namun, kaedah bakar ini sesuai diaplikasikan untuk sayuran lain terutamanya ubi kentang. Menerusi teknik masakan ini, ubi kentang hanya akan kehilangan 45% kandungan flavanoid berbanding 60% jika direbus.
5 tip pelihara kandungan zat sayuran
1. Jika sayur tersebut perlu dibuang kulit, pastikan anda membuang kulitnya dengan potongan paling nipis. Ini bagi mengelakkan zat makanan yang terkandung di bahagian bawah kulit turut tersingkir. Ubi kentang, lobak merah kecil (baby carrot) dan tomato adalah lebih baik dimasak bersama kulitnya setelah dicuci bersih.
2. Gunakan api yang kecil ketika memasak sayur. Ini kerana vitamin C yang ada di dalam sayur-sayuran akan mudah hilang apabila dimasak dengan haba yang tinggi.
3. Sayuran hijau mudah kehilangan vitamin C dan kandungan air di dalamnya semasa penyimpanan. Oleh itu elakkan menyimpan terlalu lama dan sekurang-kurangnya tiga hari sahaja.
4. Elakkan membeli sayuran yang telah kekuningan, lebam atau layu kerana sayuran sebegini telah kehilangan zatnya.
5. Jika anda ingin menyediakan hidangan sayur berkuah, pastikan menggunakan air yang minimum dan masukkan sayur di peringkat akhir. Masak jangan terlalu lama.
Sumber gambar: 123 royalty free


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/kaedah-memasak-sayur-untuk-pelihara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Hampir 10 Ribu Share Di Facebook Ini Tip Kekalkan Kesegaran Sayur Hingga Sebulan

Dapat Hampir 10 Ribu Share Di Facebook Ini Tip Kekalkan Kesegaran Sayur Hingga Sebulan

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 291 hits
Melalui facebook Hani Mynis memberikan tip penyimpanan sayur untuk mengekalkan kesegaran sayur Menurut beliau sayur akan kekal segar hingga seminggu Hani dulu pernah kerja sekejap kat bahagian sayur dan kaunter timbang kat Econsave Dari sit...
Tip Simpan Sayur Berdaun Agar Kekal Hijau Segar Lebih Lama

Tip Simpan Sayur Berdaun Agar Kekal Hijau Segar Lebih Lama

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 435 hits
Sayur hijau seperti sawi kangkung bayam dan sebagainya selalu mendatangkan masalah jika simpan lama di dalam peti sejuk Jika dibeli dalam 2 3 hari sahaja sayur tersebut kelihatan layu dan lembik Jika tidak layu sayur ini akan menjadi kekuni...
Studi Eropa Sayur Kol Diklaim Turunkan Angka Kematian Corona

Studi Eropa Sayur Kol Diklaim Turunkan Angka Kematian Corona

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 106 hits
Selain meningkatkan imunitas tubuh makan sayuran tertentu ternyata diklaim bisa meningkatkan kekebalan terhadap infeksi virus corona Sebuah studi pendahuluan yang dilakukan di Eropa mengungkapkan bahwa konsumsi sayur kol atau kubis dan ment...
Memanfaatkan Lahan Kosong Dengan Menanam Sayur Di Masa Pandemi

Memanfaatkan Lahan Kosong Dengan Menanam Sayur Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 156 hits
Memanfaatkan Lahan Kosong dengan Menanam Sayur di Masa Pandemi Kelompok tersebut menyulap lahan tidur menjadi kebun untuk memenuhi stok pangan selama pandemi Covid 19 Selain dinikmati warga hasil panen juga kerap kali dijual di pasar
Wanita Ini Pelihara Belut Raksasa Setelah Itu Yang Terjadi

Wanita Ini Pelihara Belut Raksasa Setelah Itu Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 281 hits
Seorang wanita terlihat menceburkan diri ke dalam air untuk memberi makan sejumlah belut Dalam video lawas di YouTube ini diperlihatkan bagaiman Stephanie Bowman memberi makan sekelompok belut berukuran besar di Pukaha Mount Bruce Wildlife ...
Keutamaan Ayat Seribu Dinar Dan Khasiatnya Pembuka Pintu Rezeki Melimpah Dari Arah Tak Disangka Sangka

Keutamaan Ayat Seribu Dinar Dan Khasiatnya Pembuka Pintu Rezeki Melimpah Dari Arah Tak Disangka Sangka

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 274 hits
Keutamaan Ayat Seribu Dinar dan Khasiatnya Pembuka Pintu Rezeki dari Arah Tak Disangka sangka Sebagaimana diketahui Ayat seribu dinar dikenal sebagai salah satu ayat pemanggil rezeki paling banyak diamalkan oleh banyak orang Karena cara pen...
Adriana Cakes House Pelihara Keenakan Kek Kongsi Resipi Kek Lobak Legend

Adriana Cakes House Pelihara Keenakan Kek Kongsi Resipi Kek Lobak Legend

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 347 hits
Pemilik bakeri Adriana Cakes House ini mempunyai bakat luar biasa Dia belajar membuat kek bakeri dan pastri dengan merujuk kepada buku dan mempelajarinya melalui online untuk menghasilkan kek yang cantik dan enak Norhayati Ahmad 37 tahun me...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing