Kaedah Belajar Membaca


Salam dan hai semua.

Sedikit ulangkaji tentang beberapa kaedah mengajar dan belajar membaca yang boleh dipraktikkan iaitu antaranya adalah seperti berikut:

1. Kaedah abjad
2. Kaedah Pandang dan Sebut (Seluruh Perkataan/ whole word)
3. Kaedah Fonetik/Fonik
4. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
5. Kaedah Eklektik (Kaedah Campuran)





Kredit: #hbsixtyfamily
Kaedah Khas Pemulihan Bacaan: 
1. Kaedah VAK
2. Kaedah pelbagai deria (VAKT)
3. Kaedah Fernald
4. Kaedah Gillingham
Kaedah VAK
Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu murid:

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT (Multisensory Reading Method)
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A - audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan)
T - tactile (sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 (menggunakan krayon)
- murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain

Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah:

i. lihat huruf (V)
ii. dengar guru sebut huruf (A)
iii. menyebut huruf (A)
iv. dengar huruf yang disebut (A)
v. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
vi. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
vii. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
viii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih terperinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain

Kaedah Fernald
Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K. (1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:

Peringkat 1:

- guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- murid surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
- murid juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- murid menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:

- murid tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
- murid meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:

- murid belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini murid sudah boleh membaca daripada buku. 
Peringkat 4:

- murid dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- murid sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa murid dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi murid dapat ditingkatkan atau dikekalkan,
ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan, dan
iii. hanya diguna untuk murid yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP

Kaedah Gillingham
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.

ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.

iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.

v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.
Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya
- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi perkataan.
Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza, justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. 
Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut

Semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan muridnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikguhijau.com/2023/10/kaedah-belajar-membaca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Belajar Mengimbangi Motosikal

Cara Belajar Mengimbangi Motosikal

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 145 hits
Ramai orang perlu tahu bagaimana untuk belajar mengimbangi motosikal kerana keseimbangan adalah faktor penting dalam menunggang motosikal dengan selamat dan selesa Contohnya keseimbangan yang lemah semasa menunggang motosikal boleh menyebab...
8 Tips Belajar Cerdas Nggak Ribet Dan Bikin Mudah Memahami

8 Tips Belajar Cerdas Nggak Ribet Dan Bikin Mudah Memahami

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 142 hits
Belajar cerdas membuat proses belajar dan menghafal tidak lagi sulit
Ulang Ulang Baca Ayat Ni Ibu Ni Kongsi Amalan Harian Boleh Buat Agar Anak Mudah Belajar

Ulang Ulang Baca Ayat Ni Ibu Ni Kongsi Amalan Harian Boleh Buat Agar Anak Mudah Belajar

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 174 hits
Bukan senang kita hendak mengajar anak anak di rumah ada sahaja cabaran dan kesulitannya yang tersendiri Apatah lagi bila diajar berkali kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar Ketika itu mulalah kita hilang sabar dan m...
Foto Potret Miris Murid Sdn Cidokom 02 Di Rumpin Bogor Belajar Di Ruangan Musola Yang Sempit

Foto Potret Miris Murid Sdn Cidokom 02 Di Rumpin Bogor Belajar Di Ruangan Musola Yang Sempit

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 131 hits
Kegiatan belajar mengajar tanpa meja kursi di sekolah itu sudah berlangsung lebih dari dua tahun
Dracula Pelajar Ini Menceritakan Pengalaman Seramnya Belajar Di Uk4

Dracula Pelajar Ini Menceritakan Pengalaman Seramnya Belajar Di Uk4

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 166 hits
Dracula Pelajar Ini Menceritakan Pengalaman Seramnya Belajar di UK4 Source link The post appeared first on
Bikin Rumah Produksi Ribuan Botol Ciu Siap Edar Pelaku Ngaku Belajar Dari Orangtua

Bikin Rumah Produksi Ribuan Botol Ciu Siap Edar Pelaku Ngaku Belajar Dari Orangtua

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 93 hits
Ruko yang dipakai oleh pelaku sebelumnya merupakan sebuah kantor pengacara namun sudah tidak bertempat lagi
Tarteel Ai Quran Pelajari Membaca Al Quran Dengan Lebih Mudah

Tarteel Ai Quran Pelajari Membaca Al Quran Dengan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 291 hits
AssalamualaikumBismillahBaru baru ini aku ada terjumpa satu aplikasi yang menarik iaitu tarteel ai Tarteel ai ialah satu aplikasi yang menggunakan teknologi ai untuk membantu Muslim menghafal dan membaca Al Quran dengan mudah Aplikasi Tarte...
Jom Kawan Kawan Bijak Sana Kita Baca Dan Kaji Jangan Ikut Walaun Malas Membaca

Jom Kawan Kawan Bijak Sana Kita Baca Dan Kaji Jangan Ikut Walaun Malas Membaca

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 163 hits
Ada kawan tanya mana beras tempatan Begini sahabat Keperluan setahun beras negara kita adalah 2 5 juta metrik tan Negara hanya produce 65 atau 1 5 juta metrik tan 1 juta tan lagi kita import Yang 65 tu termasuklah padi huma padi wangi dan b...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat