Kadir Tak Percaya Komplot Hisham Terhadap Ph



Penasihat media dan komunikasi perdana menteri, A Kadir Jasin tidak percaya dengan spekulasi yang mengatakan bahawa Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein mahu berkomplot bagi menghalang proses peralihan kuasa dalam PH.

Sebaliknya, Kadir percaya bahawa spekulasi antara Hishammuddin dan Dr Mahathir lebih berkaitan dengan masalah semasa dihadapi Umno.

Jelas bekas wartawan veteran itu, Umno kini menghadapi masalah kepimpinan susulan pimpinan utamanya - Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – berdepan perbicaraan rasuah.

Lebih-lebih lagi, katanya, terdapat juga pimpinan Umno yang tidak selesa dengan gandingan parti itu bersama PAS.

Kata Kadir, ini membenarkan Hishammuddin muncul sebagai pemimpin alternatif parti itu.

“Nampaknya, kata-katanya (Hihammuddin) telah diambil secara serius oleh ahli Umno dan rakyat berbanding kata-kata Najib dan Ahmad Zahid,” katanya dalam satu catatan di blog hari ini.

Kadir turut berhujah bahawa imej Najib dan Zahid terjejas susulan perbicaraan rasuah yang dihadapi, namun orang awam semakin "berlembut" kerana proses perbicaraan berjalan dengan perlahan.

Justeru, katanya, ia menggembirakan pemimpin Umno yang tidak mahu parti mereka dipimpin oleh pemimpin yang imejnya sudah tercalar.

Kadir turut menambah bahawa selepas Ahmad Zahid mengumumkan untuk bercuti selama enam bulan, timbalannya Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dilihat sebagai "sinar harapan".

“Namun setelah Ahmad Zahid kembali mengetuai parti, Mohamad nampaknya telah hilang sinar dan harapan untuk melakukan perubahan.

“Oleh itu, kebangkitan Hishammuddin dan, pada tahap lebih rendah, Khairy, adalah perkembangan yang sangat menarik.

“Secara peribadi, saya percaya dua moderat Melayu itu mungkin boleh jadi jawapan kepada kemelut kepimpinan Umno,” tulis Kadir.

Kadir juga percaya bahawa Hishammuddin dan Khairy seperti "tidak sesuai" gandingan Umno-PAS.

Bagaimanapun, teori Hishammuddin bersekongkol dengan pemimpin Bersatu, Hamzah Zainuddin untuk menjauhkan Umno dari PAS dan lebih ke arah pucuk pimpinan Dr Mahathir kemungkinan timbul susulan Kongres Maruah Melayu yang diadakan baru-baru ini.

Hamzah memainkan peranan utama dalam kongres berkenaan, yang turut dihadiri oleh Hishammuddin dan Khairy, bukan Ahmad Zahid mahupun Najib.

"Saya fikir orang seperti Hishammuddin dan Khairy lebih penting buat kelangsungan Umno daripada pelan peralihan kuasa PH. Jika serah kepada kepimpinan sekarang, Umno akan berdepan jalan sukar untuk terus hidup.

“Manakala pelan peralihan kuasa PH adalah perkara yang sudah selesai, jika ia adalah tentang peralihan kuasa jawatan Dr Mahathir kepada (Presiden PKR) Anwar (Ibrahim).

“Tetapi kita tetap kena menerima hakikat bahawa takdir bukan di tangan kita dan proses demokrasi bukan jalan yang lurus,” katanya.

Hishammuddin yang tidak terlalu aktif berpolitik setelah kejatuhan BN pada PRU umum tahun lalu menjadi bualan hangat susulan dakwaan bahawa beliau ingin menubuhkan kerajaan baru tanpa parti DAP dan Amanah.

Dakwaan tersebut dibuat dalam kenyataan bersama oleh setiausaha agung Bersatu, PKR dan Amanah yang turut ditandatangani oleh DAP.

Meskipun Hishammuddin menafikan dakwaan tersebut, banyak sumber memberitahu Malaysiakini penglibatan Hishammuddin dalam komplot tersebut.

Menurut kenyataan bersama PH dan kenyataan dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Jumaat lalu menjelaskan mereka yang berada di dalam plot tersebut sedang cuba untuk melindungi diri daripada pendakwaan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/kadir-tak-percaya-komplot-hisham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hisham Khairy Answer To Umno Leadership Problem Says Kadir

Hisham Khairy Answer To Umno Leadership Problem Says Kadir

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 284 hits
Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin are out of place in the Umno PAS alliance says A Kadir Jasin PETALING JAYA Veteran journalist A Kadir Jasin believes that former Umno Youth chiefs Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin could b...
Kadir Jasin Doesn T Buy Hisham Move Story

Kadir Jasin Doesn T Buy Hisham Move Story

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 254 hits
The prime minister s media advisor A Kadir Jasin does not appear to believe that Umno s Hishammuddin Hussein was out to throw a spanner at Pakatan Harapan s succession plan Instead Kadir believed that speculations of Hishammuddin s clandest...
Zahid Pertahan Hisham Berhubung Dakwaan Komplot Belakang Tabir

Zahid Pertahan Hisham Berhubung Dakwaan Komplot Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 278 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan sokongan kepada anggota parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein yang dikaitkan dengan dakwaan mahu menubuhkan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah Zahid berkata demikian ketika bercakap kepa...
Campur Tangan Ahli Politik Terhadap Institusi Ulama Adalah Tindakan Angkuh

Campur Tangan Ahli Politik Terhadap Institusi Ulama Adalah Tindakan Angkuh

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 390 hits
Tindakan ahli politik Asmuni Awi yang ingin memanggil Timbalan Mufti Perak Sohibus Samahah Ust Zamri Hashim mengadapnya pada hari ini adalah satu tindakan angkuh biadap dan tidak menghormati institusi mufti khususnya dan ulama amnya Sepatut...
Rihana Menfailkan Petisyen Terhadap Sultan Muhammad V

Rihana Menfailkan Petisyen Terhadap Sultan Muhammad V

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 347 hits
Nampaknya teka teki siapakah ayah kepada Leon bayi yang dilahirkan oleh Rihana Petra 27 bakal diketahui tidak lama lagi berikutan tindakan wanita Rusia itu menfailkan petisyen di Mahkamah Rusia hari ini 11 Oktober Menurut Daily Mail Rihana ...
Batalkan Larangan Kempen Bmf Terhadap Masjid Di Perak

Batalkan Larangan Kempen Bmf Terhadap Masjid Di Perak

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 395 hits
1 SAYA amat kecewa dengan keputusan kerajaan negeri Perak yang memutuskan untuk melarang kempen Buy Muslim First di masjid masjid seluruh negeri itu melalui keputusan mesyuarat yang dibuat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak 2 S
Fitnah Exco Perak Terhadap Bmf Tindakan Terkutuk Keji

Fitnah Exco Perak Terhadap Bmf Tindakan Terkutuk Keji

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 438 hits
Pendirian Asmuni Awi jelas bercanggah dengan Mufti Perak UMMAHBANGI Fitnah dilemparkan Exco Agama dan Pendidikan Islam Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi yang mengaitkan kempen Beli Produk Muslim sebagai suatu kempen poli...
Punca Perbuatan Menghina Terhadap Individu Lain

Punca Perbuatan Menghina Terhadap Individu Lain

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 344 hits
Perbuatan menghina dilakukan oleh mereka yang berasa megah kuat kaya dan seumpamanya melambangkan dia lebih berbanding orang dihina Namun mereka lupa perbuatan itu bakal menerima pembalasan di akhirat Firman Allah SWT yang bermaksud Sesungg...
Ini Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Yang Protes Diatas Pentas

Ini Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Yang Protes Diatas Pentas

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 410 hits
Masih ingat seorang graduan UM yang protes diatas pentas konvokesyen sambil melaungkan Undur VC ini tanah Malaysia Ramai yang memberi respon termasuk NGO sehingga petisyen untuk menarik balik skrol transkrip dan ijazah dilancarkan kerana ti...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati