Kadar Pulih Klien Aadk Melaka 87 Tahun Lalu


 Pengarah AADK Melaka Noor Azrimah Ahmad berkata peratusan itu lebih tinggi berbanding kadar kepulihan 75% yang disasarkan ibu pejabat.
Pengarah AADK Melaka Noor Azrimah Ahmad berkata ia mempunyai kira-kira 1,400 klien sehingga kini dan mereka masih menjalani rawatan pemulihan. (Gambar Facebook)MELAKA: Kadar kepulihan dalam kalangan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Melaka meningkat kepada 87% tahun lalu berbanding 85% pada 2023
Pengarah AADK negeri, Noor Azrimah Ahmad, berkata peratusan itu lebih tinggi berbanding kadar kepulihan 75% yang disasarkan ibu pejabat AADK.
Beliau berkata, pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan kadar kepulihan klien AADK, antaranya keberkesanan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK), kekuatan fizikal dan psikologi klien serta sokongan keluarga dan masyarakat.
“Selain itu, AADK dengan kerjasama pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri kerap melaksanakan program menyantuni atau mendekati klien, sekali gus membentuk jati diri agar yakin untuk bersama komuniti.
“Menerusi program RPDK, kita akan mengadakan libat urus bersama klien secara ‘one to one’ atau berkumpulan. Mereka akan ke AADK daerah sebulan sekali, selain program itu juga diadakan dalam komuniti seperti di bawah pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR),” katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Program Peluang Kedua ‘Kita Bantu Kita’ bersama Klien RPDK sempena Program WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang disempurnakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan dan turut dihadiri Adun Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Noor Azrimah berkata, berdasarkan rekod, terdapat kira-kira 1,400 klien AADK di Melaka sehingga kini dan mereka masih menjalani rawatan pemulihan.
Menurutnya, kebanyakan klien terbabit penyalahgunaan dadah sintetik jenis perangsang amphetamine (ATS), antaranya methamphetamine dan ekstasi.
“Kadar penagihan berulang di negeri ini tahun lepas pula sebanyak 40% dengan tempoh seseorang klien kembali dalam penyalahgunaan dadah antara dua hingga empat tahun.
“Justeru, keluarga memainkan peranan penting membantu serta memberi sokongan kepada klien agar tidak kembali terlibat penyalahgunaan dadah dan masyarakat juga perlu membuang stigma terhadap klien dengan memberi peluang kepada mereka kembali dalam komuniti.”
Sementara itu, Helmy berkata, Program Peluang Kedua ‘Kita Bantu Kita’ bersama klien RPDK akan diteruskan dari semasa ke semasa di DUN Duyong supaya golongan terbabit tidak rasa terpinggir, sekali gus memberi sokongan untuk mereka keluar daripada aktiviti tidak sihat itu.
“Program WRUR ini permulaan untuk kita mendekati golongan tersebut dan saya lihat program RPDK mampu memberi impak positif, selain mengurangkan jurang antara klien AADK dengan masyarakat.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/kadar-pulih-klien-aadk-melaka-87-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Tahun Tun Mahathir Pemikiran Yang Mendahului Zaman

100 Tahun Tun Mahathir Pemikiran Yang Mendahului Zaman

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 392 hits
Hari ini Malaysia meraikan sambutan hari lahir ke 100 tahun negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke 4 dan ke 7 Beliau bukan sahaja dikenali sebagai tokoh politik yang berwibawa tetapi juga sebagai pemimpin berani dan b...
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 100 Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 363 hits
Negarawan Malaysia Tun Dr Mahathir Bin MohamadKhamis 10 Julai 2025 Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 100 Tun Dr Mahathir bin Mohamad satu dekad Tun telah melalui dan menjadi saksi setiap peristiwa penting yang berlaku di Malaysia d...
Cecah 100 Tahun Bapa Pemodenan Malaysia

Cecah 100 Tahun Bapa Pemodenan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 261 hits
Asalamualaikum Salam SejahteraPelopor Pemodenan MalaysiaMenerusi laman sosial banyak blog yang memperkatakan umur Dr Mahathir Mohamad kini mencecah 100 tahun pada tahun 2025 Angka umur yang menggenapi tiga angka di mana DR Mahathir masih ke...
Kanak Kanak 1 Tahun Maut Akibat Ditinggal Dalam Kereta

Kanak Kanak 1 Tahun Maut Akibat Ditinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 229 hits
Setiap wanita pasti pernah mengalami hari yang luar biasa sibuk penat bekerja menjaga anak anak dan mengurus rumah tangga tanpa henti Dalam kesibukan itu ada kalanya mereka hanya mahukan sedikit masa untuk diri sendiri Namun detik yang keli...
5 Tahun Menanti Zuriat Cucu Tun Dr Mahathir Kongsi Kapsyen Penuh Emosi

5 Tahun Menanti Zuriat Cucu Tun Dr Mahathir Kongsi Kapsyen Penuh Emosi

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 186 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menyimpan impian yang sama untuk menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun tidak semua diberikan jalan yang mudah Ada yang dikurniakan rezeki zuriat seawal perkahwinan dan ada juga yang p...
Saya Ibu Saya Juga Ayah 15 Tahun Tanpa Achik Spin Isteri Arwah Achik Spin Bahagia Berstatus Ibu Tunggal

Saya Ibu Saya Juga Ayah 15 Tahun Tanpa Achik Spin Isteri Arwah Achik Spin Bahagia Berstatus Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 160 hits
Pemergian insan tersayang sememangnya sukar dilupakan apatah lagi jika yang pergi itu adalah suami yang selama ini menjadi pelindung pembimbing dan teman hidup dunia akhirat Itulah yang dilalui oleh H M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau ...
Wanita Warga Myanmar Mengaku Menjerut Leher Rakan Hingga Mati Dipenjara 11 Tahun

Wanita Warga Myanmar Mengaku Menjerut Leher Rakan Hingga Mati Dipenjara 11 Tahun

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 200 hits
Buletin TV3 nbsp Warga Myanmar Phyo Tha Zin dipenjara 11 tahun selepas mengaku bersalah membunuh rakan wanitanya Foto NSTPMUAR Seorang wanita warga Myanmar dipenjara 11 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku membunuh ra...
Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir

Semoga Allah Terus Merahmati Tun Anwar Ibrahim Titip Doa Ulang Tahun Ke 100 Buat Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 423 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 100 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menerusi hantaran di media sosial Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wa...
Tun Mahadhir 100 Tahun

Tun Mahadhir 100 Tahun

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 234 hits
TUN MAHADHIR SUDAH MENJANGKAU 100 TAHUNSELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN 100 TAHUNDULU ADA ORANG KUTUK MAHADHIRKUTUKAN ITU MENYEBABKAN DIA PANJANG UMUR
Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel

Maulidur Rasul Membangun Ummah Madani

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak