633 Notis Atas Caj Gunting Rambut Berbeza Tak Munasabah




KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 633 notis kepada pemilik kedai gunting rambut sepanjang Ops Catut 7.0 yang bermula 10 Jun lalu.
Timbalan Menterinya, Rosol Wahid berkata notis itu dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan dan maklum balas daripada pemilik berhubung kenaikan caj perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan lain.
Beliau berkata, pengusaha atau pemilik kedai terbabit diberi masa 3 hingga 5 hari untuk memberi maklumat atau penjelasan dan kompaun akan dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 jika gagal berbuat demikian.
“Setakat ini, kita telah jalankan pemeriksaan di 369 premis di seluruh negara dan rata-ratanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).
Rosol Wahid“Bagaimanapun, kita terpaksa mengeluarkan notis kepada pemilik premis yang didapati mengenakan caj harga berbeza-beza dan tidak munasabah,” katanya selepas meninjau harga dan bekalan barangan di Pasar Raya Pacific di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) hari ini.
Sebelum itu, beliau yang diiringi Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia melawat sebuah kedai gunting rambut di sini bagi melihat pematuhan harga dan SOP ketika PKPP.
Rosol menasihatkan pengguna merujuk harga barangan di aplikasi “Price Catcher” yang dibangunkan KPDNHEP sebelum membuat pembelian, terutamanya barangan kawalan.
Ini kerana terdapat laporan kenaikan harga ayam yang mendadak sehingga mencapai RM10 sekilogram di beberapa pasar basah ketika PKPP.
“Sebelum buat pembelian, kita boleh guna aplikasi ‘Price Catcher’ sebagai rujukan atau ‘tanda aras’ bagi mengelak membeli pada harga terlampau tinggi dan tidak munasabah.
“Jika kita lihat di aplikasi tersebut, harga ayam di pasar raya seperti Pasar Raya Besar Mydin, Giant dan Pacific antara RM7.50 sekilogram dan ia tidak melebihi harga kawalan ditetapkan.”
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tetap akan menjalankan pemeriksaan di pasar basah bagi melihat jika berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak seperti didakwa.
“Setakat ini, kita belum menerima laporan atau aduan secara rasmi berhubung kenaikan berkenaan, tetapi pemantauan akan dipertingkatkan bagi mengelak peniaga mengaut keuntungan berlebihan sehingga menganiaya pengguna.”


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/633-notis-atas-caj-gunting-rambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenaikan Caj Gunting Rambut Pada Kadar Berpatutan

Kenaikan Caj Gunting Rambut Pada Kadar Berpatutan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 400 hits
Oleh Nooreni Abu BakarDUNGUN 7 Jun Caj perkhidmatan gunting rambut di negeri ini dijangka akan dinaikkan pada kadar berpatutan antara RM5 hingga RM10 susulan peningkatan kos operasi pematuhan prosedur operasi standard terhadap perkhidmatan ...
Caj Tambahan Gunting Serta Dandanan Rambut Naik Mendadak

Caj Tambahan Gunting Serta Dandanan Rambut Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 424 hits
Caj pemotongan dan dandanan rambut akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan Ia berikutan peningkatan kos operasi untuk menyediakan peralatan diperlukan operator kedai gunting atau salun dandanan rambut bagi mematuhi prose...
Kadar Harga Gunting Rambut Sejajar Kos Tambahan Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Alexander Nanta Linggi

Kadar Harga Gunting Rambut Sejajar Kos Tambahan Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Alexander Nanta Linggi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 400 hits
Kadar baru harga gunting rambut mestilah sejajar kos tambahan yang terpaksa ditanggung pekedai dan bukannya membebankan pengguna kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi Beliau berkata hanya kos ba...
Caj Tambahan Gunting Dandan Rambut Hanya Untuk Apron Dan Sarung Tangan

Caj Tambahan Gunting Dandan Rambut Hanya Untuk Apron Dan Sarung Tangan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 220 hits
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya membenarkan penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut pendandan rambut dan salun kecantikan untuk mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi apron pakai buang dan sarung ...
Pastikan Caj Tambahan Khidmat Gunting Rambut Berpatutan Kpdnhep

Pastikan Caj Tambahan Khidmat Gunting Rambut Berpatutan Kpdnhep

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 276 hits
Penyedia perkhidmatan dandanan dan gunting rambut hanya dibenarkan mengenakan caj tambahan untuk dua barangan kegunaan pelanggan melibatkan alas gunting rambut pakai buang dan set sarung tangan sahaja Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementeri...
Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 508 hits
Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan dapat dilihat sejumlah besar kedai serta premis terpaksa ditutup dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID 19 Hampir tiga bulan dijalankan nampaknya PKP dan PKPB sudah mul...
Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 700 hits
Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka pasar pagi pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat Menurut Menteri Kanan YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob waktu operasi pasar pasar ini juga turut telah ditetapkan ...
Sop Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sop Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Apa Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 2123 hits
Sejak kes convid19 mula mereda di Malaysia kerajaan telah mula membenarkan beberapa lagi sektor ekonomi untuk beroperasi Terbaru adalah sektor kecantikan dan penjaja pasar malam dan pagi dengan SOP yang ketat perlu di ikuti oleh peniaga dan...
Perkhidmatan Gunting Rambut Amp Kecantikan Dibenar Operasi Mulai 10 Jun

Perkhidmatan Gunting Rambut Amp Kecantikan Dibenar Operasi Mulai 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 291 hits
Selepas dua bulan permasalahan disuarakan rakyat sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perkhidmatan menggunting rambut dan kecantikan dibenarkan untuk beroperasi bermula 10 Jun ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ber
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm