Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua


 
ehsan google
Kadangkala Allah Pilih Seorang dalam Keluarga untuk Menjaga Orang Tua

Tidak semua anak dipilih oleh Allah untuk menjadi penjaga kepada kedua-dua orang tua apabila usia mereka semakin lanjut. Kadangkala, hanya seorang sahaja yang Allah gerakkan hatinya untuk tinggal bersama, menjaga makan minum, berulang alik ke hospital, mengurus ubat dan rawatan, atau sekadar duduk menemani dalam sunyi hari tua.


Ini bukan satu kebetulan. Ini adalah tugas yang terpilih yang Allah berikan padaku. Bukan kerana aku paling senang, bukan juga paling lapang — tetapi mungkin kerana Allah tahu aku sanggup dan kuat untuk memikul tanggungjawab ini.


Menjaga ibu atau ayah yang sudah tua bukan tugas yang mudah. Ia menuntut kesabaran yang panjang, kekuatan fizikal dan emosi yang luar biasa, dan ketulusan hati lagi-lagi dari tutur bicara kita. Ramai mungkin melihat tugas ini sebagai beban, malah ada yang menyindir di belakang:


“tak kawin-kawin berkepit je dengan mak dia"
" nak tunjuk baiklah tu, padahal munafik"


Kata-kata itu masuk ke telinga, menikam ke hati. Tapi apa mereka tahu? Yang tidur malam terganggu, yang berkejar ke hospital di tengah malam, yang temani dia apa pun keadaan, itu semua bukan sekadar tanggungjawab, tapi amanah dari Tuhan.
Kadangkala, adik-beradik lain tidak mampu hadir selalu, bukan kerana mereka tidak sayang, tetapi kerana hidup dan keadaan tidak mengizinkan. Namun, bagi yang Allah pilih, walaupun lelah, tetap kuat; walaupun sesak, tetap bertahan.
Buat mereka yang hanya memandang dari jauh dan tidak memahami — ketahuilah, tugas ini tidak perlu dipuji. Tidak perlu disanjung. Cukuplah Allah yang tahu, cukup Dia yang menilai.
Sebenarnya sangat beruntung mereka yang dipilih Allah untuk berbakti. Redha ibu bapa itu pintu syurga. Dalam diam, mungkin berkat daripada pengorbanan itu mengalir rezeki yang tidak disangka, ketenangan dalam rumah tangga, atau doa ibu yang diam-diam menembus langit.
Dan buat pasangan hidupku, fahamilah tanggungjawab yang aku pikul ini.
Sebagai anak lelaki, menjaga ibu atau bapa yang tua adalah amanah yang aku tidak mampu lepaskan.
Ini jalanku ke syurga. Ini bahagianku yang Allah tentukan.


Jika engkau mampu bersamaku dalam ujian ini, percayalah — engkau juga sedang menempuh jalan yang sama menuju redha Tuhan.
Dan jika engkau insan yang sedang menanggung ini — jangan berhenti. Kelak apabila mereka tiada, engkau tidak akan menyesal. Engkau akan rindu penat itu. Engkau akan rindu suara tua yang bertanya soalan yang sama berulang kali. Dan ketika itu, engkau akan menangis — bukan kerana lelah, tetapi kerana syukur
“Alhamdulillah… aku pernah ada di sisi mereka sampai akhir hayatnya.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2025/05/kadangkala-allah-pilih-seorang-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Seorang Guru Percaya Saya Hari Ni Saya Pimpin Sebuah Sekolah Cikgu Zuraidi

Kerana Seorang Guru Percaya Saya Hari Ni Saya Pimpin Sebuah Sekolah Cikgu Zuraidi

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 160 hits
Cikgu Mohd Zuraidi bin Komari aayau mesra disapa sebagai Cikgu Zuraidi merupakan Guru Besar di SK Pandamaran Jaya Kalang dan pada usia 44 tahaun telah diamanahkan untuk memegang tanggung jawab mengetuai sebuah sekolah Pada usia 44 tahun say...
Akhirnya Terdedah Gerakan Besar Besaran Untuk Menjatuhkan Seorang Insan Yang Bernama Rafizi

Akhirnya Terdedah Gerakan Besar Besaran Untuk Menjatuhkan Seorang Insan Yang Bernama Rafizi

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 141 hits
Rupanya dah lebih setahun kerja kerja jahat ini di laksanakan yang juga melibatkan mereka yang berada di luar PKR tujuan sebenar ada pihak luar yang mahu memecah belahkan PKR dari dalam caranya mudah dengan menjatuhkan seseorang berpengaruh...
12 Periuk Nasi Terbaik Untuk Keluarga Kecil Bawah Rm100

12 Periuk Nasi Terbaik Untuk Keluarga Kecil Bawah Rm100

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 152 hits
Apakah periuk nasi terbaik yang berbaloi untuk anda beli pada tahun Memilih periuk nasi terbaik bukan sekadar soal memasak nasi semata mata ia tentang kemudahan kepantasan dan kualiti hasil masakan Dengan pelbagai model moden di pasaran dar...
Kereta Idaman Keluarga Petua Tips Beli Kereta Keluarga Baharu

Kereta Idaman Keluarga Petua Tips Beli Kereta Keluarga Baharu

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 145 hits
Membeli kereta keluarga baharu ni memang satu keputusan besar dan saya faham sangat perasaan bercampur baur tu Rasa teruja nak bawa balik kereta impian yang selesa untuk anak anak tapi dalam masa yang sama ada juga debaran nak pastikan pili...
Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 163 hits
Seorang wanita maut akibat dikelar suaminya sendiri menggunakan senjata tajam sebelum lelaki berusia 30 an itu bergerak ke rumah keluarga mentua dan membakar sekurang kurangnya empat kenderaan Menurut suspek mengelar leher isterinya di kedi...
Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Seorang Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Kuantan

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Seorang Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Kuantan

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 113 hits
KUANTAN Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mas Rayyan Riqqin Abdullah yang berkulit put...
Begedil Daging Dan Doa Buat Seorang Sahabat

Begedil Daging Dan Doa Buat Seorang Sahabat

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 154 hits
Semalam saya masih merasa terkejut dan sedih mendengar perkhabaran pemergian Almarhum Ustaz Iqbal pagi ini saya dikejutkan pula dengan pemergian sahabat baik saya Arwah Haszeri Hussin Minggu lepas saya ada mesej arwah selepas diberitahu ole...
Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Diam Bukan Lemah

Brownies Dan Creampuff Nuttella Ekin Yusof


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Breaking United States Just Bombed Iran

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Apa Benda Hibah Sebenarnya

Duit Selalu Sangat Takk Cukup Korang Mesti Reset Mindset Korang

Improvement Personality