Kad Touch N Go Baru Lokasi Pembelian Daftar Online


Touch n Go Malaysia telah menaik taraf kad TNG dengan teknologi baru yang membolehkan anda tambah nilai pada bila-bila masa, di mana sahaja, untuk gaya hidup tanpa sentuh, tanpa tunai dan mudah.
Tahukah anda apakah teknologi NFC dan bagaimana cara menggunakan dan memanfaatkan teknologi ini?
Jom kami kongsikan info terkini berkaitan kad TNG terbaharu dengan teknologi NFC.
Apakah Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC? Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan.
Ia boleh diguna sebagai pembayaran secara tanpa tunai di semua lebuhraya tol di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.
Anda hanya perlu memastikan kad TNG yang dinaik taraf anda mempunyai baki yang mencukupi dan mengimbas kad tersebut di pembaca kad TNG.
Perbezaan Antara Kad Touch ‘n Go berteknologi NFC dengan kad Touch n’ Go yang lama Kad TNG yang dinaik taraf ini dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu, “Near Field Communication (NFC)”, untuk membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n’ Go eWallet.
Kad keluaran Touch ‘n Go versi lama tidak mempunyai ciri ini.
Oleh itu, hanya Kad TNG yang dinaik taraf yang dijual melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan ejen-ejen pihak ketiga terpilih TNG boleh digunakan untuk menambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet (versi aplikasi 1.7.72 dan ke atas).
Untuk membezakan antara kad versi lama dan baharu, sila rujuk pada simbol NFC pada kad (rujuk imej di bawah).
Kad Touch ‘n Go edisi klasikKad Touch ‘n Go yang dinaik taraf
dengan teknologi NFC1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir

5. Semak baki melalui eWallet

6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet

7. Beli melalui eWallet Kad TNG yang dinaik taraf dan kad TNG lama boleh ditambah nilai melalui kaedah fizikal yang sedia ada.
Apakah NFC? “Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan.
Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:
Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYCPengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWalletPengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf Sesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch ‘n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.
Bagaimanakah saya boleh menyemak jikalau telefon bimbit saya mempunyai “Near Field Communication” (NFC)? Jika anda menggunakan peranti Apple iPhone 7 dan ke atas, ianya sudah mempunyai cip NFC di dalamnya. Oleh itu, semua iPhone yang dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai keupayaan NFC. Ciri NFC dihidupkan secara automatik di dalam iPhone.
Jika anda pengguna Android, kebanyakan peranti Android baharu mempunyai cip NFC dalam telefon. Cip NFC telefon anda perlu diaktifkan sebelum penggunaannya. Pergi ke “Settings” dan dalam bar “Search Settings“, taip “NFC”. Klik pada aktifkan NFC dan ikuti langkah yang terpapar dalam telefon bimbit anda.
Ikuti langkah berikut untuk semakan:
I) SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA IPHONE
Untuk pengguna iPhone, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”
Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “General”
Langkah 3: Kemudian, klik “About” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
Langkah 4: Jikalau versi iOS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” di bawah “General” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Klik “Download and Install” untuk kemas kini iOS anda kepada versi terkini
Ii) SEMAKAN NFC BAGI PENGGUNA ANDROID
Untuk pengguna Android, anda boleh mengesahkan versi iOS telefon bimbit anda dengan melakukan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Cari dan pilih aplikasi “Settings”
Langkah 2: Setelah mengaktifkan aplikasi “Settings”, klik “About Phone” atau “About Device”
Langkah 3: Kemudian, klik “Android Version” dan ambil tahu tentang “Software Version” yang tertera
Langkah 4: Jikalau versi OS anda belum dikemas kini, tekan “Software Update” dan semak untuk kemas kini yang sedia untuk dimuat turun. Ikuti langkah yang tertera pada skrin telefon anda untuk mengemas kini OS anda kepada versi terkini
Sesetengah jenama/model telefon bimbit yang dibeli selain di Malaysia boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC/ fungsi NFC tidak disokong. Untuk menikmati kemudahan kad TNG yang dinaik taraf, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda.
Harga Kad Touch ‘n Go (TNG) Baru Yang Dinaik Taraf Sekeping kad TNG yang dinaik taraf dengan keupayaan “Near Field Communication” (NFC) ini berharga RM10.00 bagi reka bentuk generik.
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa untuk kad yang dibeli melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas), caj kurier tambahan akan ditanggung oleh pembeli.
Cara Pembelian I) Pembelian Offline (Di Kedai Fizikal)
Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf ini melalui Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di kedai / stesen minyak yang terpilih.
Rujuk senarai kedai-kedai berdaftar yang menjual kad ini secara sah:
https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/
Senarai lokasi kedai / stesen minyak berdaftar yang menjual kad TNG NFC Sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf, sila pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) jika kad anda ingin mempunyai keupayaan untuk menambah nilai kad melalui Touch ‘n Go eWallet.
II) Pembelian Online (Melalui e-Wallet Touch n Go)
Anda boleh membeli kad TNG yang dinaik taraf melalui Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas). Selepas selesai proses pembelian melalui aplikasi, pesanan anda akan dihantar ke alamat yang disenaraikan semasa pembelian. Anda hanya boleh menukar alamat anda sebelum melengkapkan pembelian dalam aplikasi.
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi
Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad
Langkah 3: Klik Order Now
Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now
Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)
Cara Link Kad Touch N Go Baru Dengan e-Wallet TNG Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:
Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan eKYCPengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minimum dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWalletPengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf Setelah anda memastikan anda memenuhi semua prasyarat di atas, anda boleh memautkan kad TNG dinaik taraf anda mengikut langkah di bawah:
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card di skrin utama
Langkah 2: Klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan
Langkah 2a: Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC
Jikalau telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC:
Langkah 3: Klik pada Scan Now atau ikon  
Langkah 4: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda
Langkah 5: Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda
Langkah 6: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem
Langkah 7: Tekan butan Add
Langkah 8: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf
Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda
Jika telefon anda TIDAK mempunyai fungsi NFC (Anda diingatkan bahawa anda tidak akan dapat melakukan operasi tambah nilai melalui eWallet jika keupayaan NFC tidak diaktifkan pada telefon bimbit atau telefon bimbit anda tidak mempunyai ciri NFC)
Langkah 3: Masukkan Nombor Siri Kad 10-digit anda secara manual
Langkah 4: Isikan medan Preferred Card Name. Jika anda meninggalkan medan tersebut kosong, nama yang akan diberikan kepada kad terpaut anda akan berdasarkan sistem
Langkah 5: Klik pada butang Add
Langkah 6: Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf
Nota: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda
Baca juga: Cara Refund Duit Dalam Kad Touch N Go Secara Online
Cara Tambah Nilai Kad TNG Baru Secara Online Dengan NFC Setiap kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai nilai mata wang semasa dibeli. Anda boleh memilih untuk menambah nilai kad TNG anda melalui Touch n’ Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) atau di mana-mana operator bertauliah yang dilantik oleh TNGSB di seluruh Semenanjung Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh lokasi untuk menambah nilai.
Langkah-langkah untuk menambah nilai menggunakan:
i) Touch n’ Go eWallet: Sila ikut arahan pada Touch n’ Go eWallet anda untuk menambah nilai kad anda dengan mudah.
Langkah 1: Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama Touch n’ Go eWallet
Langkah 2: Pilih kad yang mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC) yang anda ingin menambah nilai. Ikon NFC pada imej kad akan berwarna biru jikalau kad yang dipilih mempunyai ciri NFC. Klik butang Reload
Langkah 3: Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat. Untuk iPhone, imbas kad pada bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android, imbas di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan bergantung pada telefon bimbit anda. Untuk pengalaman pengguna yang terbaik, sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk mengetahui peletakan pembaca NFC pada peranti anda
Langkah 4: Enter your preferred amount. Nyatakan jumlah yang anda ingin tambah kepada kad anda. Had maksima setiap transaksi tambah nilai melalui eWallet adalah RM500
Langkah 5: Benarkan pembayaran dengan memasukkan PIN 6-digit Touch n’ Go eWallet anda
Langkah 6: Anda akan disuruh untuk mengimbas kad anda di bahagian belakang telefon bimbit mudah alih sekali lagi
Langkah 7: Jika operasi tambah nilai anda berjaya, anda akan lihat skrin Reload Successful. Jikalau operasi tambah nilai anda gagal, anda akan lihat skrin Reload Unsuccessful. Jikalau operasi tambah nilai anda masih “in progress”, anda akan lihat skrin Hold On, reload is Pending!
Langkah 8: Untuk mengesahkan baki kad selepas melengkapkan operasi tambah nilai, sila teruskan dengan menyemak baki kad dengan mengetik ikon NFC pada imej kad dan ikut arahan pada skrin anda
Nota: Pastikan telefon bimbit anda mempunyai ciri NFC dan ia telah diaktifkan dalam Settings anda. Bagi pengguna iOS, NFC dibolehkan secara automatic.
ii) Tambah nilai melalui SSK/Terminals/Mesin ATM or operator bertauliah lantikkan TNGSB seperti tambah nilai untuk kad TNG card yang sedia ada
Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam kad TNG anda sebelum menggunakannya bagi menikmati pengalaman yang lancar.
Soalan Lazim Tentang Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC Adakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf saya mempunyai tempoh jaminan? Kad TNG yang dinaik taraf mempunyai tempoh jaminan selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian.
Pengguna harus menyimpan resit sebagai bukti pembelian sekiranya ingin menuntut penggantian kad semasa dalam tempoh jaminan.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui tarikh luput kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf saya? Tarikh luput kad TNG yang dinaik taraf boleh dirujuk melalui cara-cara yang tertera di bawah:

– Dicetak di belakang kad anda;
– Dicetak pada resit yang anda perolehi apabila anda menambah nilai kad anda;
– Terpapar pada Touch n’ Go eWallet selepas anda memautkan kad anda pada Touch n’ Go eWallet; dan
– Terpapar di MYTouchnGo portal setelah kad anda didaftar di portal tersebut.

Kad TNG anda mempunyai jangka hayat selama tujuh (7) tahun atau tempoh yang ditetapkan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB).
Apakah fungsi kod QR yang terdapat pada kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf? Kod QR pada kad TNG yang dinaik taraf membolehkan pengguna memuat turun aplikasi Touch ’n Go eWallet.

Semua ciri yang berkaitan dengan tambah nilai Touch ’n Go eWallet, pemautan kad, pembelian kad dan PayDirect boleh didapati di Touch ’n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas).
Adakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini boleh menjadi tidak aktif jikalau tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang? Kad TNG yang dinaik taraf tidak mempunyai sebarang bentuk penyahaktifan yang dikenakan ke atasnya. Oleh itu, anda boleh menggunakannya sepanjang 7 tahun tempoh hayat kad.

Kad anda akan nyahaktif apabila tamat tempoh 7 tahun.
Anda juga diingatkan bahawa jika kad anda ditamatkan sebelum tarikh luput, ia akan dinyahaktifkan.

Penamatan kad boleh terjadi kerana tindakan-tindakan berikut:
Penamatan kad kerana kad hilang;
Penamatan kad atas permintaan anda; atau
Pemindahan baki daripada kad lama ke kad baharu. Kad lama anda akan ditamatkan
Adakah saya akan dikenakan fi/ bayaran perkhidmatan lain-lain untuk kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini? Anda tidak akan dikenakan apa-apa fi/ bayaran berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh TNGSB sepanjang tempoh hayat kad TNG yang dinaik taraf ini iaitu selama 7 tahun.  
Apakah yang akan terjadi kepada baki wang di dalam kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini jikalau saya tidak menggunakan kad ini selama 7 tahun selepas tarikh transaksi terakhir? Baki wang di dalam kad tersebut akan diklasifikasikan sebagai Wang Yang Tak Dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir. TNGSB akan mengambil langkah sewajarnya seperti yang ditetapkan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 bagi baki wang yang tidak dituntut selepas tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir.

Baki kad anda akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Bagaimanakah saya boleh mengakses kesemua ciri-ciri berkaitan pembelian kad, pautan kad ke Touch n’ Go eWallet dan penambahan nilai bagi kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini? Sila pastikan aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda telah dikemaskini kepada versi terkini (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) seperti yang tersedia di App Store dan Google Play Store. Anda mungkin mengalami kelewatan dalam menerima kemas kini aplikasi, tetapi semua kemas kini seharusnya tersedia sebelum 22 April 2022.
Sejauh manakah kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini perlu berada pada belakang telefon bimbit saya agar “Near Field Communication” (NFC) boleh berfungsi? Kad TNG yang dinaik taraf mesti diimbas terus di bahagian belakang telefon bimbit anda agar “Near Field Communication” (NFC) berfungsi.

Bagi telefon bimbit berjenama iPhone, imbas kad di bahagian atas muka belakang telefon sebelah kamera, manakala untuk Android dan jenama lain, imbas kad di bahagian tengah muka belakang telefon. Proses ini mungkin memerlukan beberapa percubaan dan juga bergantung pada telefon bimbit anda.

Sila semak dengan pengeluar model telefon bimbit anda untuk lokasi pembaca NFC pada telefon bimbit anda sebelum menggunakan kad TNG yang dinaik taraf dengan telefon bimbit anda. Sila pastikan anda mengimbas kad di muka belakang telefon bimbit anda selama lebih daripada 5 saat.


Apakah prasyarat yang perlu saya ada untuk memaksimakan potensi penggunaan kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf ini? Untuk menikmati faedah penuh kad yang dilengkapi “Near Field Communication” (NFC), sila pastikan anda memenuhi prasyarat berikut:

1. Akaun Touch ’n Go eWallet pengguna perlu disahkan melalui eKYC
2. Pengguna perlu mempunyai telefon bimbit yang serasi dengan NFC dan perlu Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain). 3. Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi. Sesetengah model telefon yang dibeli daripada negara lain boleh menyebabkan masalah pada fungsi NFC. Sila semak dengan syarikat yang menjual model telefon bimbit anda sebelum mencuba ciri tambah nilai kad menggunakan eWallet
4. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka kepada versi 1.7.72 dan ke atas untuk menikmati semua ciri tambahan untuk menggunakan kad TNG yang dinaik taraf

Sesetengah telefon bimbit mungkin perlu mengaktifkan fungsi NFC sebelum ia boleh digunakan dalam Touch ‘n Go eWallet anda. Sila semak dengan syarikat yang membekal model telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keserasian telefon bimbit anda dengan NFC sebelum membeli kad TNG yang dinaik taraf.


Apakah akan terjadi jikalau telefon bimbit saya tidak mempunyai ciri “Near Field Communication” (NFC)? Anda masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf seperti biasa untuk pembayaran di pembaca kad TNG fizikal. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati ciri tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet.
Sumber: https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/4436212894873-Kad-Touch-n-Go-TNG-yang-dinaik-taraf
Maklumat lanjut Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila menghubungi kami melalui e-Customer service di sini atau layari Facebook atau Twitter @MyTouchnGo.
Hotline : +603 2714 8888
Emel : careline @touchngo.com.my
Webform : https://customerservice.touchngo.com.my/eservices/
Facebook : www.facebook.com/MyTouchnGo
Twitter : www.twitter.com/MyTouchnGo
Laman web rasmi: https://www.touchngo.com.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kad-touch-n-go-baru-nfc/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kad-touch-n-go-baru-nfc

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Model Penipuan Online Baru Dengan Metode Campaign Produk Berbayar

Waspada Model Penipuan Online Baru Dengan Metode Campaign Produk Berbayar

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 130 hits
Model Penipuan Online Baru Membaca sebuah status yang dibuat oleh salah seorang pemilik akun bernama Hendra Putra membuat Blogger Borneo tertarik untuk mempublikasikannya di blog ini dengan harapan edukasi mengenai modus operandi penipuan b...
Video Daftar Lengkap Tarif Baru Ojol Berlaku 10 September 2022

Video Daftar Lengkap Tarif Baru Ojol Berlaku 10 September 2022

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 169 hits
Pemerintah resmi memutuskan kenaikan tarif ojol Tarif baru mulai berlaku 10 September
Laaaa Ingat Dah Jadi Parti Sah Dah Soqang Tu Punya Kempen Macam Dah Sah Jadi Parti Rupanya Baru Nak Daftar Kah Kah Kah

Laaaa Ingat Dah Jadi Parti Sah Dah Soqang Tu Punya Kempen Macam Dah Sah Jadi Parti Rupanya Baru Nak Daftar Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 153 hits
GTA serah permohonan pendaftaran kepada JPPM September 6 2022 Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Marzuki Yahya selepas mengemukakan permohonan pendaftaran GTA kepada JPPM PETALING JAYA Gerakan Tanah Air hari ini mengemu...
Touch Amp 039 N Go Buka Pra Tempah Kad Nfc Di Lazada Bermula Esok

Touch Amp 039 N Go Buka Pra Tempah Kad Nfc Di Lazada Bermula Esok

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 139 hits
Sejak kad TNG NFC mula dilancarkan ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi sehingga ada yang tidak sempat membuat pembelian Namun kini tidak perlu risau bagi yang tidak sempat mendapatkan kad berkenaan pada tempoh hari Ini kerana sempen...
Cara Menambah Amp Quot Shortcut Amp Quot Lokasi Yang Dikongsikan Daripada Google Maps

Cara Menambah Amp Quot Shortcut Amp Quot Lokasi Yang Dikongsikan Daripada Google Maps

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 123 hits
Bagi anda yang kerap melihat lokasi orang yang dikongsikan pada Google Maps Berikut kami kongsikan cara untuk mencipta shortcut lokasi tersebut pada paparan Homescreen peranti pintar Pertama sekali masuk ke menu Profil anda pada
Lokasi Wisata Hingga Generasi Muda Di Bali Jadi Target Konversi Motor Listrik

Lokasi Wisata Hingga Generasi Muda Di Bali Jadi Target Konversi Motor Listrik

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 113 hits
Gubernur Bali Wayan Koster menyatakan program konversi sepeda motor listrik akan diterapkan di sejumlah kawasan wisata seperti Nusa Penida Kabupaten Klungkung Bali
Bencana Alam Elak Berkunjung Ke Lokasi Risiko Kepala Air

Bencana Alam Elak Berkunjung Ke Lokasi Risiko Kepala Air

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 136 hits
Polis mengingatkan orang ramai agar mengelak daripada berkunjung ke kawasan berisiko berlakunya fenomena kepala air dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata fenomena yang melanda itu b...
Chocolate Museum Kota Damansara Lokasi Menarik Bercuti Di Kuala Lumpur

Chocolate Museum Kota Damansara Lokasi Menarik Bercuti Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 169 hits
Berita baik kepada semua penggemar coklat di Malaysia Abe nak kongsikan sesuatu dengan korang semua tentang lokasi yang sangat sesuai untuk korang bawa anak anak korang semua Secara tak langsung dorang boleh belajar berkenaan coklat disampi...
21 Lokasi Dikenal Pasti Berisiko Kepala Air Seluruh Terengganu

21 Lokasi Dikenal Pasti Berisiko Kepala Air Seluruh Terengganu

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 171 hits
21 lokasi dikenal pasti berisiko kepala air seluruh Terengganu Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Sep 2022 6
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang

Nep Influenced Policies In South Africa Created A Minority Elite Says Envoy