Kabinet Perpaduan Untuk Kestabilan Politik Dan Kesenangan Rakyat


ULAS KABINET

SETELAH lapan hari mengeram (25 Nov hingga 2 Disember) akhirnya “telor emas” bernama kabinet2022 menetas tepat pada jam 8:30 malam tadi apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai kabinet pertamanya terdiri 28 kementerian atau portfolio dengan 25 anggota. Kabinet bersaiz kecil dan kompak untuk jimatkan wang rakyat

Selama telor itu diram, pelbagai tohmahan dan spekulasi dilemparkan, ada mengatakan Anwar menghadapi masalah. Kononnya ada protes dan sebagainya. 
Paling dahsyat dan tidak masuk akal lagi, ada mengatakan ia ikut dirundingkan dengan Najib Razak yang kini meringkuk dalam penjara. Kononnya Najib dipindahkan ke hospital sekejap untuk membolehkan perbincangan dilakukan bersamanya.

Hebat manusia yang membuat spain berkenaan, mungkin kerana mereka sudah mendapat insuran untuk masuk ke syurga dengan percuma.

Keadaan sedikit jadi tambah suspen apabila masa pengumuman itu yang mulanya dilaporkan akan diadakan pada jam 5: 00 petang tetapi tertunda tiga jam kemudian. Kelewatan itu sudah mula "dimenganjingkan” oleh mereka berfikiran haiwan dan tidak pernah tahu berterima kasih dan seronok berada dalam sengketa selama-lamanya.

Bukan mudah untuk menetas telor emas berkenaan. Penubuhan kabinet dalam suasana seperti kita sedia maklum, tiada mana-mana parti mendapat kemenangan mutlak dan parlimen tergantung, ianya memerlukan penghayatan yang mendalam bagi menjamin kesejahteraanya. Kerajaan atau kabinet dibentuk itu bukan kerajaan mutlak milik sesebuah parti (PH), tetapi ia milik semua yang bersedia bekerjasama.

Mencermati.Justeru Anwar perlu mencermati betul-betul sebelum mengumumkan agar ia dapat diterima semua pihak dan tidak mendedahkan kecacatan besar. Kalau ia tidak diterima100 peratus pun, tetapi sekurang-kurangnya ia memuaskan hati yang mendokongnya, bagi membentuk kerajaan Perpaduan itu.

Beliau kena melihat dari semua aspek dan implikasi bakal berlaku agar ia muncul atau tetas dalam keadaan sihat, tidak mengalami apa-apa kecacatan, keterbantutan dan kelemahan ketara. Hasil kesabaran dan pemerhatian itu semualah, akhirnya telor emas itu tetas atau tertubuhnya kabinet berkenaan.

Memandu ekonomi.
Seperti mana disebut Anwar, kabinet itu wujud atas aspirasi untuk memancu pertumbuhan ekonomi negara dan mengatasi kos sara hidup rakyat yang kian terdesak. Dalam erti kata lain kabinet itu untuk kepentingan rakyat bukannya lambang kejayaan mana-mana pihak - parti gabungan. Wajah kabinet itu juga merangkumi semua parti utama, PH, BN, GPS serta Warisan, GPS, bebas dan lain-lain.

Meneliti wajah kabinet berkenaan, saya sudah sebut dalam ulasan awal di Facebooks semalam, Kabinet itu mencantumkan tiga generasi atau wajah; orang lama, separuh lama dan baru.

Orang lama; Anwar Ibrahim sendiri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof. Istimewanya Anwar dan Zahid pernah menduduki jawatan TPM untuk beberapa ketika. Keberadaan mereka berdua dalam kabinet seperti sireh pulang ke ganggang. Begitu juga dengan Fadillah Yusof pernah menjadi anggota kabinet, menjadi Menteri Kanan dalam kerajaan sebelum ini.

Selain mereka, Khalied Nordin, Azalina Othman Said, Mohamad Hassan dan Zambry Kadir, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan menjadi MB Negeri Sembilan dan Perak.

Manakala muka separuh lama atau mereka pernah menjadi menteri, Saifuddin Nasution Ismail, Anthony Loke, Mohamad Sabu dan lain.

Yang benar-benar muka baru, pertama kali merasai kerusi menteri; Rafizi Ramli, Fahmi Fadhil, Fadzlina Siddik, Chan Lih Keng, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Zaliha Mustafa (Keadilan),  Nga Kor Ming dan Sivakumar (DAP).

Kombinasi tiga generasi atau wajah-wajah yang datang dari pelbagai bidang profesional ini menjadikan kabinet perpaduan ini mengambil kira kehendak semua golongan, orang lama dan juga pengundi muda. Ianya menjadi kerangka pembinaan Malaysia baru yang berlandaskan reformasi.

Dari segi komposisi mengikut parti pula, Keadilan diperuntukan lapan (8), Umno tujuh (7), DAP empat (4), PBB tiga (3) Amanah dua (dua), GPS dua (2) dan masing-masing satu daripasa PDP, PRS, UPKO dan bebas.

Biografi.
Manakala dari segi jumlah mengikut kaum atau etnik pula, anggota kabiner itu mempunyai 16 Melayu, lima China, satu India, dan lain-lain bangsa enam. Bolehlah dianggap kabinet ini memberi kelebihan kepada bangsa Melayu sesuai dengan senario politik hari ini serta "biografi" Malaysia sebagai ketuanan Melayu. Gambaran dan realiti ini sekaligus menunjukkan komitmen dan iltizam sebenar Anwar kepada idealisme politik dan nuansa politiknya yang sering dipertikai dan diragui.

Komposisi mengenai keturunan ini adalah satu sejarah dicapai dalam kabinet ini dimana jumlah Melayu mendominasi sejak selepas kabinet sebelum ini. Tentunya jumlah ini sudah dibincang dan dicerakin serta ditelusuri sebaik mungkin untuk menyemprunakan kabinet berkenaan dilihat ia kabinet Melayu. Semestinya tindakan ini diambil untuk mengelak ia akan dianggap sebagai kabinet dikuasai Cina (DAP) seperti berlaku dalam kerajaan PH dahulu.

Keberanian dan prihatinan Anwar dalam soal ini menujukkan PM10 itu mengota kata-katanya kepada saya suatu hari semasa di Ipoh apabila saya menimbulkan kepadanya bahawa ada orang mempertikaiakan semangat keMelayuannya. Beliau dituduh sebagai liberal dan tidak mengambil berat tentang Melayu.

"Apabila aku diberikan kuasa suatu hari nanti, tahulah aku untuk menyesuaikannya, membina nusabangsa ini mengikut realitinya, bahawa Malaysia ini dibangunkan oleh kemajmukan bangsa." begitulah tutur Anwar sesama makan pagi di hotel Casuarina sempena kongres Keadilan di Ipoh.

Sesungguhnya kandatipun kabinet itu dibentuk sesempurna mungkin yang diharap semua orang mengikut naluri masing-masing, namun ia tetap akan dikritik. Gading mana tidak retak langit mana tidak dicalar awan.

Krtikan dan kecaman ini perkara lumrah. Sifat dan perangai pahat tidak akan senang, ia akan berkokok selepas rumah siap hatta bertahun pun. Namun kokokan pahat yang tidak pernah menilik kekurangan dirinya yang hidup kerana diketuk, tidak akan menggema dan merenggangkan setiap sendi rumah kalau pemasangan rumah itu kemas dan tidak ada celah dan ruang untuk pahat berperanan.

Kabinet kompak Anwar itu adalah kunci kepada si pahat yang pelahap.

Keseluruhan semua berpuas hati dan yakin dengan anggota kabinet itu kecuali dua individu sahaja akan menerima kecaman hebat; Zahid Hamidi dan Tengku Zafrul Tengku Aziz. Ramai pertikaikan kenapa Zahid yang digelar kluster mahkamah dibawa masuk ke dalam kabinet.

Cincin.
Di sini saya tidak mahu menyebut secara mendalam dan menghuraikan apa yang berlaku itu. Cukup kalau saya mengatakan hanya jauhari mengenali manikam. Dan sebentuk cincin itu akan bermakna setelah ia dipakai dijari manis, bukannya di jari-jari lain apa lagi di jari ibu.

Cuma keberadaan ahli Parlimen Bagan Datuk dalam kabinet tidak boleh dipertikiakan akan haknya mengikut hirarki parti dan keperluannya dalam pengukuhan kerajaan sekaligus mengukuhkan Anwar sebagai perdana menteri. Yang penting demokrasi membenarkan demikian tanpa menilai moral.

Secara peribadi saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada DAP yang walaupun partinya menang banyak kerusi, tetapi senang dan reda menerima pelantikan hanya empat menteri sahaja. Semangat redha dan berpuas hati dengan takdir, nampaknya menjadi amalan DAP yang dipelajari semasa parti itu pernah berkawan dengan Pas suatu masa dahulu. Ertinya ada fadeah dan manfaat juga Pas bertaawun dengan Pas dahulu kerana dapat menerima prinsip Islam.

Tidak salah kalau sifat tawaduk DAP itu difahamai oleh Pas

Tidak lupa semua orang khasnya pendokong Anwar mereka yang mendambakan Anwar jadi PM, perlu angkat tabit terima kasih kepada Zahid Hamidi. Atas keberanian, pengorbanannya membuat keputusan menggunakan prerogatif sebagai presiden Umno telah memungkinkan Anwar menjadi PM10.   [wm.kl.8:27 am 03/12/22]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/12/kabinet-perpaduan-untuk-kestabilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Pm Ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim

Senarai Penuh 28 Menteri Kabinet Perpaduan Pm Ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 467 hits
Kabinet Kerajaan Perpaduan telah diumum oleh PM Anwar Ibrahim yang dianggotai 15 wakil PH 6 BN 5 GPS 1 GRS dan 1 tanpa parti Lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan persoalan...
Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan Pm Anwar Ibrahim

Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 708 hits
PUTRAJAYA Barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan sebelum Jumaat bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpadua...
Senarai Kabinet Perpaduan Sembang Kari Demi Kuasa

Senarai Kabinet Perpaduan Sembang Kari Demi Kuasa

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 309 hits
Senarai para menteri kabinet kerajaan perpaduan pimpinan DSAI dah pun keluar Tak ada suspen lagi Apa yang saya boleh katakan dari senarai kabinet itu adalah Sembang Kari Lebih dari 20 tahun punya tunggu untuk jadi perdana menteri dengan ser...
Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet Di Bawah Kerajaan Perpaduan

Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet Di Bawah Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 158 hits
Tengku Zafrul kembali ke Kabinet di bawah kerajaan perpaduan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2022 11 01PM
Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama Ph Demi Kestabilan Politik Selari Pusat

Pembentukan Kerajaan Negeri Bersama Ph Demi Kestabilan Politik Selari Pusat

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 141 hits
PEKAN Barisan Nasional Pahang mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan kerana gabungan itu dilihat berupaya membawa kestabilan selain mencerminkan kemajmukan yang menjadi kekuatan negeri berkenaan Menyifa...
Kabinet Gomen Perpaduan

Kabinet Gomen Perpaduan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 197 hits
Why did Anwar make Zahid DPM despite court case Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi s controversial appointment as a deputy prime minister was necessary to give the Anwar administration time to steady itself according to political ...
Mana Dia Kestabilan Politik

Mana Dia Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 138 hits
Apakah ada cubaan dan permohonan penangguhan Masa Apakah masih ada permainan dan permintaan serta terma dan syarat yang MELAMPAU dan gila
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord