Kabinet Mengukuhkan Kedudukan Bukan Kerajaan


ULASAN

Anwar Ibrahim ambil
hati semua pihak.KIRA-KIRA pukul 11:15 minit pagi tadi Anwar Ibrahim telah menoktahkan persoalan mengenai rombakan kabinetnya yang pertama. Anwar mengumumkan jemaah kabinetnya dengan sedikit perubahan serta penambahan setelah genap setahun kerajaan Perpaduan. 
Rombakan itu dinanti dan ditunggu setelah setahun kerajaan dibentuk apabila disedari ada beberapa kelemahan kerana kegagalan menteri melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. 
Dalam rombakan tadi beliau mengumumkan kemasukan semula bekas anggota kabinet semasa kerajaan PH dan PN lalu ke dalam kabinetnya. Mereka ialah Gobind Singh Deo, Dr Dzulkifli Ahmad, Johari Ghani dan seorang muka baru Amir Hamzah Azizan. 


Rombakan itu juga membabitkan pertukaran portfolio dan juga tambahan dua kementerian. Dua kementerian baru diwujudkan, Kemterian Digital pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital, dipegang oleh Gobind Singh Deo, satu lagi ialah Tenaga dan Perubahan Iklim dipegang Nik Nazmi Ahmad dipecah menjadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam dipindahkan ke Timbalan Perdana Menteri Fadzilah Yusof. 
Manakala satu lagi kementerian baru diwujudkan Kementerian Wilayah yang berada di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan semula dipegang Dr Zaliha Mustapa yang sebelum ini menjadi menteri Kesihatan.  
Seorang lagi bekas menteri dizaman kerajaan BN dibawa masuk ke kabinet ialah Johari Ghani untuk memegang kementerian Perladangan dan Komoditi.
Dalam penyusunan tadi, seorang menteri digugurkan, Sivakumar Varatharaju sebelum ini menteri Sumber Manusia yang diganti dengan bekas timbalan Kewangan Steven Sim. 
Beberapa timbalan menteri juga digugurkan dan berubah potfolio, antaranya Aiman Atirah Sabu ke kementerian Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir ke kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam.
Harapan kecewa.
Harapan orang ramai untuk melihat berlaku perubahan atau pengguguran terhadap beberapa menteri yang sebelum ini diramal akan berlaku kerana prestasi mereka tidak memuaskan bagaimana pun tidak menjadi kenyataan apabila mereka masih dikekalkan sebagai menteri walaupun setengahnya dengan mengurangkan tanggungjawab mereka.
Saifuddin Nasution Ismail masih kekal di Kementerian Dalam Negeri, Mohamad Sabu di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Fadzlina Siddiq di Kementerian Pendidikan, Fahmi Fadil di Kementerian Komunikasi dengan dikurangkan tanggungjawab apabila diwujudkan Kementerian Digital dipegang Gobind Singh Deo.
Begitu juga Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memegang kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, kekal bagaimana pun kementeriannya dipecah dengan diwujudkan kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam yang diletak dibawah Fadzilah Yusuf. 
Hanya Mohd Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Fadzlina Siddiq tidak terbabit pertukaran dan perubahan kementerian. Pengurangan tugas dan tanggungjawab mereka itu menjelaskan perdana menteri tidak berpuas hati dengan prestasi mereka?
Sementara itu pengambilan muka baru, bekas menteri Johari Ghani, Noraini Ahmad dari Umno sebagai menteri dan timbalan menteri dilihat disamping untuk memantapkan kerajaan ia untuk mengukuhkan kedudukan presiden Umno. 
Begitu juga dengan pertukaran kementerian antara Zambery Abdul Kadir ke Kementerian Pengajian Tinggi mengambil alih tempat Khaled Nordin yang beralih ke Kementerian Pertahanan dan Mohamad Hassan yang kini ditukar ke Kementerian Luar mengambil alih tempat Zambery, lebih berdasar atau mirip kepada kedudukan mereka dalam parti semata-mata. 
Peralihan itu tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada kerajaan sebaliknya mengekalkan status quo untuk mempertahankan kedudukan Zahid sebagai presiden parti.
Tampak dalam pembentukan dan pengambil muka baru dilakukan Anwar Ibrahim tadi berimbangan dari kalangan parti-parti gabungan PH dan BN. Anwar juga berhati-hati dan menjaga hati semua pihak. Dari parti Amanah, Dr Dzulkifli dibawa semula semula sebagai menteri. Kemasukan Dr Dzulkifli itu tidak menambah jumlah menteri daripada Amanah dan ia sebagai pengganti kepada Allahyarham Salahuddin.
Adly Zahri timbalan menteri pertahanan yang dikira akan dinaikkan pangkat menjadi menteri namun tidak berlaku dan beliau kekal di Kementerian Pertahanan sebagai timbalan. Sebaliknya tempat ditinggal Salahuddin itu diganti oleh Armizan Mohd Ali yang memangku jawatan itu.
Manakala dari DAP, pengguguran Sivakumar Varatharaju sebagai Menteri Sumber Manusia diganti oleh Steven Sim. DAP beruntung kerana mendapat tambahan seorang lagi menteri Gobind Singh Deo yang dilantik menjadi menteri Digital. 
Kesimpulannya rombakan kabinet hari ini tidak mempunyai signifikan untuk meperkukuhkan kerajaan sebaliknya lebih kepada pengisian jawatan dikosong yang ditinggal oleh Allahyarham Salahuddin Ayub sambil melakukan pertambahan anggota kabinet dari 28 orang 31 orang dan dalam situasi sama mengukuhkan kedudukan politik ketua parti politik masing-masing. 
Kalau pun ada perubahan ketara dan bakal diperhatikan ialah kemasukan tokoh teknokrat Amir Hamzah Azizan bekas Ceo KWSP yang dilantik sebagai Menteri Kewangan ke-II yang akan bertindak membantu Anwar. Yang lain tiada apa-apa perubahan ketara. Sudah pasti prestasi Amir Hamzah akan dinilai dan KPI akan diletakkan buatnya. 
Anwar memilih teknokrat untuk menjabat jawatan itu mungkin untuk memastikan hegemoni politiknya tidak tergugat dan terjamin daripada melantik individu dari kalangan parti politik yang tidak menjamin kedudukannya. Amir Hamzah sebagai teknokrat akan berkerja mengikut iktisadnya dan tidak memperhitungkan politik seperti mana Tengku Zafrul.  
Sudah semestinya sebagai perdana menteri selain untuk melihat jemaah menterinya mantap dan melaksanakan tanggungjawab dengan mampan, beliau mahu mengawal kedudukan untuk tidak terdedah dengan manipulasi politik kepentingan mana-mana pihak. Sesungguhnya Anwar masih terus dilanda ujian dan kemampuan sebagai perdana menteri selepas ini kerana perubahan kabinet dilakukan itu tidak menjamin beliau diterima umum.  
Apapun rombakan kecil kabinet dan membawa masuk beberapa bekas menteri itu Anwar berjaya menokhtah persoalan mengenai kabinetnya. Suara pahat pasti akan berbunyi selepas ini dan itu adalah lumrah, pahat berkokok selepas rumah siap. Namun setidak-tidaknya Anwar telah membaiki kedudukan "rumahnya" yang kuat dikritik pembangkang dan penganalisa politik sebelum ini.
Rombakan dan penyusunan kabinet baru itu pasti tidak memuaskan banyak pihak kerana apa yang mereka harap-harapkan khusnya menggugurkan menteri yang lemah dan digantikan dengan tokoh idola yang mereka harapkan tidak berlaku.
Berikut adalah jemaah menteri kerajaan Harapan yang terbaru.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan:Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah:Rubiah Wang
Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam:Fadhilah Yusof
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Timbalan Menteri: Hasbi Habibolah
Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan:Mohammad Sabu
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Timbalan Menteri: Haniffah Hajjar Taib
Menteri Pembangunan Kerjaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Aiman Athirah Sabu
Menteri Luar Negeri : Mohamad Hassan
Timbalan Menteri: Mohamad Alamin
Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Ahmad Maslan
Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri: Shamsul Annuar Nasarah
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri:Zafrul Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Liew Chin Tong
Menteri Pertahanan: Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Adly Zahari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri: Mohammad Yusof Apdal
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Noraini Ahmad
Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Azalina Othman Said
Timbalan Menteri: M Kulasegaran
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri: Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi:Ewon Beneddick
Timbalan Menteri: R Ramanan
Menteri Pendidikan Tinggi: Zambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri: Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Seni:Tiong King Sing
Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akbar Khan
Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri: Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan: Fahdlina Sidek
Timbalan Menteri: Wong Kah Woh
Menteri Perpaduan: Aaron Ago anak Dagang
Timbalan Menteri: K Saraswathy
Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama): Mohd Naim Mokhtar
Timbalan Menteri: Zulkifli Hasan
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri: Adam Adly
Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri: Fuziah Salleh
Menteri Perladangan dan Komoditi: Johari Ghani
Timbalan Menteri: Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri: Lukanisman Awang Sauni
Menteri Digital: Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri: Ugak anak Kumbong
Menteri Sumber Manusia: Steven Sim
Timbalan Menteri: Rahman Mohamad.
[wm.kl.2:57 pm 12/12/23]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/12/anwar-noktahkan-persoalan-rombakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rombakan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2023

Rombakan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2023

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 367 hits
12 Disember Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan masing masing lima menteri dan timbalan menteri termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan Beriku...
Senarai Jemaah Menteri Kabinet Baru Kerajaan Madani 2023 2024

Senarai Jemaah Menteri Kabinet Baru Kerajaan Madani 2023 2024

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 429 hits
ROMBAKAN KABINET Senarai Menteri Baru Kerajaan Madani 2023 2024 Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang Lima menteri baru yang dilantik it...
Rombak Kabinet Cuba Bandingkan Menteri Kerajaan Gagal Pn Dan Sekarang

Rombak Kabinet Cuba Bandingkan Menteri Kerajaan Gagal Pn Dan Sekarang

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 220 hits
Apa yang dibuat Guna duit kwsp untuk bantu rakyat Rakyat tolong rakyat Darurat jana wibawa teloq tak ada minyak masak anak menteri sakaw jana wibawa untung kroni dan keluarga cetak buku berbillion duit habis benda pun habis nak baiki air ta...
Pmx Terus Berpegang Pada Janji Untuk Mewujudkan Kabinet Yang Jauh Lebih Kecil Dari Kerajaan Terdahulu

Pmx Terus Berpegang Pada Janji Untuk Mewujudkan Kabinet Yang Jauh Lebih Kecil Dari Kerajaan Terdahulu

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 172 hits
Meskipun PMX merombak kabinet baru2 ini dengan beberapa perlantikan menteri baru dan kementerian yang dipecahkan namun kabinet baru ini masih paling kecil saiznya berbanding di era PN Maksudnya PMX tetap menunaikan janjinya untuk tidak mewu...
Rekod Pn Tadbir Negara Tak Sebaik Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

Rekod Pn Tadbir Negara Tak Sebaik Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 262 hits
Penganalisis tidak nampak prestasi kerajaan perpaduan begitu teruk sehingga perlu menukarnya dan tiada jaminan pembangkang boleh mentadbir negara lebih baik jika menjadi kerajaan PETALING JAYA Tiga penganalisis senada rekod pentadbiran Peri...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan