Kabinet Baru




Amir Zuhair









Pada 2 Disember ini, tempoh lantikan empat orang Senator yang sedang memegang jawatan Menteri akan tamat. Secara automatik, apabila tempoh Senator mereka berakhir, jawatan Menteri yang disandang turut terlucut mengikut peruntukan Perlembagaan.


Daripada empat Senator tersebut, seorang daripadanya sudah pasti tidak akan disambung lantikannya kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang Senator hanya boleh dilantik untuk maksimum dua penggal sahaja (1 penggal = 3 tahun, jadi 2 penggal = 6 tahun).


Inilah sebabnya ramai bertanya mengapa Dr. Asyraf Wajdi tidak dilantik sebagai Menteri dalam kabinet sekarang, walaupun beliau memegang jawatan kanan dalam parti sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hal ini kerana beliau telah pun menamatkan dua penggal Senatornya sebelum ini, sewaktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ketika beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama. Maka dari sudut undang-undang, beliau tidak lagi layak dilantik sebagai Senator buat kali ketiga.


Yang menarik, pada 2 Disember ini, terdapat tiga portfolio Menteri yang akan kosong:


 1. Menteri Ekonomi
 2. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
 3. Menteri Perdagangan dan Industri


Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-16 hanya perlu diadakan selewat-lewatnya penghujung tahun 2027, kekosongan tiga kementerian strategik ini wajib diisi segera demi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan dasar-dasar ekonomi tidak terbantut.


Maka, rombakan kabinet hampir pasti berlaku.
Saya menjangka ia akan dilakukan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada 29 November ini.


Ketika ini, ramai ahli politik kiri dan kanan sudah mula bertanya siapa yang akan kekal dan siapa yang akan gugur. Bahkan ada juga yang sudah mula melobi jawatan, pejabat dan pemandu di Putrajaya.


Walau siapa pun yang naik, dan walau siapa pun yang turun ingat satu perkara yang paling asas, amanah.


Jawatan bukan tanda mulia. Jawatan itu timbangan di akhirat.


Hari ini kamu disanjung, dipuja, dikerumuni ramai,
bergambar dan bergelak ketawa sambil memegang gelas.


Tetapi jika ketika berkuasa kamu menjadi sombong,
meminggirkan yang membantu kamu naik, menghina suara orang bawahan dan berjalan dengan riak serta takbur, percayalah, apabila kamu tidak lagi punya apa-apa, manusia tidak akan lagi memandang kamu seperti dahulu.


Kerana dulu kamu dianggap manis seperti madu,
bukan kerana nilai dirimu, tetapi kerana kuasa dan sumber yang kamu pegang.


Nilai sebenar manusia tersingkap ketika dia tidak lagi punya jawatan.


ingatlah firman Tuhan,


“Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki.


Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki.


Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/kabinet-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 311 hits
NORLIA RAMLILokasi mayat lelaki berusia 34 tahun ditemui di Kampung Lubuk Kabu Kuala Pegang di Baling pagi tadi BALING Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung pada pokok semambu berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Kabu Kual...
Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat

Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 233 hits
Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat Memiliki rumah merupakan impian setiap orang terutama sekali buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga Ia merupakan perkara asas bagi memastikan kita mempunyai tempat berteduh ...
Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 203 hits
Beberapa tahun lalu saya dan Encik Suami pernah makan di FLOW Smoke Brew yang terletak di Kg Chubadak Kuala Lumpur entrinya Kemudian menerusi perkongsian sahabat pada bulan lepas barulah saya tahu FLOW Smoke Brew sudah pun membuka cawangan ...
Ecko Show Juan Reza Chesylino Orang Baru Lebe Gacor Chord

Ecko Show Juan Reza Chesylino Orang Baru Lebe Gacor Chord

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 278 hits
D A F A D A F A D A F A A F lupa nama tapi masih A ingat rasa rasa rasa A F rasa yang dulu pernah ada A F waktu tong sama sama A F lupa wajah tapi masih A ingat rasa rasa rasa A F sayang cinta lama so anyor F tamba so ancor yang A baru lebe...
Pemuda Dap Puji Pesuruhjaya Pas Perak Yang Baru

Pemuda Dap Puji Pesuruhjaya Pas Perak Yang Baru

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 218 hits
Malaysiakini nbsp Pemuda DAP hari ini memuji tokoh parti lawan daripada PAS kerana menyokong mesej perpaduan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ketua Pemuda DAP Woo Kah Leong berkata cara berpolitik Pesuruhjaya PAS Perak Idris Ahmad...
Baru 2 Bulan Keluar Penjara Kucai Ditahan Semula Curi Kereta Kabel

Baru 2 Bulan Keluar Penjara Kucai Ditahan Semula Curi Kereta Kabel

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 192 hits
Polis berkata suspek bersama rakannya dikatakan mempunyai kemahiran mencuri kenderaan dalam lima minit guna Allen key Kereta digunakan suspek ketika melakukan kegiatan jenayah PETALING JAYA Seorang lelaki baru keluar penjara dua bulan lalu ...
Baru Darjah Satu Sudah Mahir Ajar Orang Lain

Baru Darjah Satu Sudah Mahir Ajar Orang Lain

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 149 hits
Seorang ibu menyatakan kebimbangan setelah menjumpai beberapa surat di dalam beg anaknya yang berusia tujuh tahun Apa yang lebih membimbangkan adalah surat itu mengandungi bahasa kesat seperti babi yang ditulis oleh rakan sekelas anaknya Wa...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

If Uec Can T Be Recognised To Preserve Bm S Dignity Then Why Every Single Course At Uitm Is Taught In English

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Along Kemalangan 11 12 2025

Ultimate Beef Zharkoye Recipe

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kejadian Di Hadapan Rumah

Sinosis Filem Papa Zola The Movie

Meyda Rahma Asmara Kerinduan Chord