Kabinet Bakal Dirombak


MALAYSIA NOW
Ia akan menunjukkan sama ada gabungan rapuh diketuai Ismail Sabri Yaakob mampu atau tidak untuk kekal sebagai kerajaan sehingga PRU akan datang. 
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra pada 10 September. Gambar: Bernama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan rombakan Kabinet pertamanya sejak memegang jawatan utama itu pada Ogos lalu, yang mungkin menjadi ujian sejauh mana beliau berjaya dalam memimpin gabungan kerajaan itu ketika perbalahan antara Bersatu dan kumpulan Umno diketuai Najib Razak terus memuncak, MalaysiaNow difahamkan.
Difahamkan rombakan Kabinet itu mungkin berlaku seawal bulan depan walaupun satu sumber dalaman Umno berkata rombakan barisan anggota Kabinet tersebut tidak akan dilaksanakan secara besar-besaran.
Bagaimanapun tumpuan akan diberikan kepada Bersatu, menteri dan timbalan menteri dari Perikatan Nasional (PN).
Sebarang perubahan dari sudut keseimbangan parti-parti dalam Kabinet ketika ini perlu memastikan gabungan kerajaan itu tetap utuh walaupun perbalahan dan serangan terus berlaku terutamanya antara Umno dan Bersatu.
Dari sudut itu, sumber rapat dengan pentadbiran Ismail memaklumkan kepada MalaysiaNow usahanya untuk mengimbangi antara kedua-dua gabungan itu bagi mengekalkan kesatuan Kabinetnya lebih sukar daripada apa yang pernah dialami Dr Mahathir Mohamad.
“Dalam kes Mahathir, wujud perbalahan yang berterusan antara Bersatu dan PKR, namun semua itu didiamkan walaupun kesatuan yang ditunjukkan itu terbukti tidak kekal lama.
“Bagi Ismail pula, beliau perlu berdepan dengan pimpinan partinya yang berterusan menyerang menteri-menteri yang ada dalam Kabinet beliau. Kemenangan Umno di Melaka baru-baru ini menyebabkan tekanan semakin hebat terhadap Ismail untuk mengenepikan sekali gus meletakkan menteri-menteri dari PN ke jawatan yang lebih rendah,” kata sumber itu.
Baru-baru ini, Najib melancarkan serangan terbuka terhadap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz ketika bekas perdana menteri itu meningkatkan gesaan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Usahlah dengar nasihat menteri kewangan ketinggalan zaman PN,” kata Najib.
Akan tetapi mengenepikan parti-parti selain Umno adalah tindakan “bunuh diri” bagi Ismail ketika lebih 50 ahli Parlimen PN adalah antara yang menyokong dan sekali gus memastikan beliau memegang jawatan perdana menteri.
Satu sumber mengatakan walaupun Ismail menjadi “perdana menteri secara kebetulan”, beliau sedar kesan politik jika dilihat cenderung bersama atau bersekutu dengan Najib.
“Setakat ini, beliau berjaya tunjukkan dirinya tidak dengar apa yang diperkatakan Bossku,” kata sumber itu, merujuk gelaran yang digunakan Najib.
“Beliau juga hanya berikan peranan kecil kepada Najib sebagai penasihat ekonomi, sementara Muhyiddin yang merupakan musuh utama Najib diberikan kuasa besar dengan jawatan penting menangani pelan pemulihan pasca pandemik.
“Dengan nasib politik Najib, begitu juga Zahid dilihat malap ekoran perbicaraan kes rasuah mereka, Ismail tahu bagaimana untuk tangani suara-suara dari luar,” tambahnya.
Sama ada rombakan akan menjejaskan kedudukan PN dalam jawatan utama Kabinet hanya satu bahagian daripada isu itu.
Ismail juga perlu menguruskan kumpulan anti Najib yang wujud dalam Umno, kata sumber itu lagi.
“Mereka termasuk Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Shahidan Kassim, Annuar Musa, belum lagi pemimpin-pemimpin parti komponen (BN) yang sudah menunjukkan mereka tidak mahu dipimpin Najib dan Zahid.”
Kebanyakan anggota Kabinet Umno, MCA dan MIC menolak cadangan Najib dan Zahid untuk keluar daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin ketika kemuncak kempen dua pemimpin Umno itu bagi menumbangkan kerajaan PN Julai lalu.
Dengan ketetapan mahkamah bahawa Najib bersalah dalam kes rasuahnya, sementara Zahid juga dilihat bakal menerima nasib yang sama, Ismail memiliki peluang untuk meneruskan tugasnya sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum yang mesti diadakan dalam tempoh 17 bulan dari sekarang.
Sehingga saat itu, sama ada beliau akan menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah masih belum dapat dipastikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kabinet-bakal-dirombak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempar 3 Menteri Bakal Digugurkan Rombakan Kabinet Ismail Sabri

Gempar 3 Menteri Bakal Digugurkan Rombakan Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 275 hits
Desas desus pengguguran 3 orang menteri ini adakah sekadar spekulasi politik atau berita palsu Atau berita yang akan menjadi benar sedikit masa lagi Menurut laporan itu PM Ismail Sabri tidak berpuas hati dengan Menteri di jabatan Perdana Me...
Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil

Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 199 hits
Ilham Syamil Buang Tonsil Setelah sekian lama bertahan dari tahun 2018 hingga 2021 barulah Syamil start semula demam akibat tonsil Sepatutnya plan asal The post appeared first on
Gila Gusti Bakal Tampilkan Aksi Lincah Penggusti Berhijab Pertama Malaysia

Gila Gusti Bakal Tampilkan Aksi Lincah Penggusti Berhijab Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 369 hits
Filem Gila Gusti bakal menampilkan satu kelainan apabila bakal memberikan aksi lincah penggusti berhijab pertama dari Malaysia Filem yang dihasilkan dengan kerjasama APAC Wrestling bersama Lomo Pictures Sdn Bhd ini merupakan filem pertama s...
Ri Catat 8 Kasus Omicron Tak Disiplin Pakai Pedulilindungi Bakal Kena Sanksi

Ri Catat 8 Kasus Omicron Tak Disiplin Pakai Pedulilindungi Bakal Kena Sanksi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 173 hits
RI catat 8 kasus varian Omicron tak disipli pakai PeduliLindungi bisa kena sanksi Jakarta Indonesia kini resmi mencatat 8 kasus varian Omicron Didominasi tanpa gejala hanya tiga pasien di antaranya yang mengeluhkan gejala COVID 19 batuk rin...
Isteri Dijangka Bersalin 25 Disember Teruja Bakal Bergelar Bapa Ikmal Amry Banyak Minta Ilmu Dari Alif Satar

Isteri Dijangka Bersalin 25 Disember Teruja Bakal Bergelar Bapa Ikmal Amry Banyak Minta Ilmu Dari Alif Satar

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 380 hits
Pelakon Ikmal Amry mengakui dia banyak meminta pandangan serta tunjuk ajar daripada rakan pelakon Alif Satar dalam hal berkaitan keibu bapaan Menurut Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali 27 dia melihat Alif sebagai contoh m...
Marikh Bakal Dijajah Oleh China

Marikh Bakal Dijajah Oleh China

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 193 hits
Marikh bakal dijajah oleh China Satu klip rakaman pelik memaparkan seorang wanita mengaku sebagai pengembara masa dan mendakwa dia telah pergi ke Planet Marikh yang ketika itu berada pada tahun 3812 lapor akhbar The Sun semalam Wanita berus...
Ibu Kota Baru Di Kalimantan Bakal Jadi Kota Paling Berkelanjutan Di Dunia

Ibu Kota Baru Di Kalimantan Bakal Jadi Kota Paling Berkelanjutan Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 175 hits
Penerapan prinsip pembangunan dan pengelolaan ibu kota negara mengacu pada rencana induk ibu kota negara yang ditetapkan dengan peraturan presiden Adapun status ibu kota negara dari DKI Jakarta akan pindah ke Kalimantan Timur pada semester ...
1 Malaysia Bakal Dikejutkan Anwar Mahu Lepaskan Jawatan Presiden

1 Malaysia Bakal Dikejutkan Anwar Mahu Lepaskan Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 277 hits
TAJUK BERITA NETIZEN 570 1 NAJIB SEDIH RAKYAT SELANGOR JADI MANGSA BLAME GAME 2 NAZRI DAKWA WAN SAIFUL BANGANG HANYA MAHU SERANG PM 3 BANTUAN BANJIR KENAPA PERLU ADA KARIPAP DAN KOPI BARU NAK MESYUARAT 4 ISU NADMA LEMBAB AKHIRNYA PANGLIMA A...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean