K Jaan Pintu Belakang Terbakar 1 Penggal Tinggal 22 Bulan Su Pas
PH jatuh bukan sebab pembangkang ‘hijack’
KUALA LUMPUR: Jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara selama 22 bulan bukan disebabkan oleh rancangan pembangkang, jelas Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan.
Menurut beliau, isu yang timbul sebelum kerajaan PH jatuh iaitu kerajaan ‘pintu belakang’ ketika ini teorinya sudah tidak relevan memandangkan katanya, bukan sahaja pintu yang tiada, rumahnya juga terbakar.“Bukan kerajaan satu penggal, kerajaan 22 bulan sahaja yang sudah ‘collapse, oleh sebab itu, isu yang menjadi amat panas sebelum berlakunya (peletakan jawatan Perdana Menteri) baru-baru ini iaitu isu ‘backdoor, ‘front door’, sudah tidak relevan lagi kerana bukan sahaja ‘door‘ yang tiada, kerana ‘the whole house was collapse’.“Rumah itu sudah terbakar, tiada lagi ‘pintu belakang’ atau ‘pintu depan’, jadi bagi kita Ahli-ahli Parlimen blok pembangkang terutamaya, kita melihat bahawa tidak timbul di sini unsur-unsur seumpama ‘hijacking the govement’, tak timbul, ‘we came in after the collapse of the PH government.“PH Government collapse barulah kita (tampil dengan perancangan ini) tujuannya kami sebagai ahli-ahli parlimen blok pembangkang, kami (percaya) mempunyai peranan dan juga tangggungajwab terutamanya kepada pengundi-pengundi kami untuk cuba melakukan apa-apa pembetulan untuk memulihkan keadaaan negara yang huru-hara,” jelasnya.Ulasnya, peristiwa ini merupakan peristiwa pertama yang berlaku dalam sejarah Malaysia iaitu sebuah kerajaan jatuh tanpa melalui proses Pilihan Raya Umum (PRU).Beliau berata demikian dalam satu sidang media khas bersama Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang yang lain termasuk Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Musa Anwar di Putra World Trade Centre (PWTC), di sini semalam. – HARAKAHDAILY 26/2/2020
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/kjaan-pintu-belakang-terbakar-1-penggal.html