Hari Pertama Muhyiddin Bertugas Imej Kerajaan Pintu Belakang Sudah Tercemar




Hari ini merupakan hari pertama Muhyiddin Yassin masuk pejabat di Bangunan Perdana Putra sebagai Perdana Menteri.Muhyiddin disambut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali ketika tiba di Perdana Putra sebelum dibawa ke aras 5 yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.Sebelum memasuki pejabat, Muhyiddin mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa untuknya.Tetapi, hari pertama kemasukannya ke pejabat hari ini telah tercemar dengan persepsi buruk apabila Presiden UMNO, Zahid Hamidi berjaya memohon penangguhan kesnya dengan alasan beliau ada perbincangan dengan Muhyiddin berhubung pembentukan kabinet.Walaupun Zahid Hamidi kemudian menjelaskan, penangguhan kesnya hanya untuk hari ini saja dan beliau tidak berunding dengan kerajaan untuk menggugurkan kesnya, sebaliknya mahu terus membersihkan namanya di mahkamah, tetapi siapakah mahu mempercayainya?Kenapa perbincangan untuk menyusun mesti dilakukan di siang hari?Tidak bolehkah Zahid Hamidi meminta kelonggaran kepada Muhyiddin, oleh kerana beliau ada kes mahkamah, minta ditangguhkan ke sebelah petang atau malam?(Dalam perkembangan terbaru, JPM baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang pertemuan politik dilakukan oleh Muhyiddin pada hari ini)Persoalan di sini, Zahid Hamidi bertemu siapa untuk membincangkan pembentukan kabinet?Apakah permohonan penangguhannya hanya untuk menunjukkan beliau sedang berada di persada kuasa bersama kerajaan yang baru ditubuhkan?Dengan kedudukannya sebagai Presiden UMNO yang memainkan peranan besar menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan apabila beliau berunding dengan Muhyiddin selepas ini berhubung pembentukan kabinet, apakah mungkin Zahid Hamidi tidak memasukkan namanya sendiri sebagai salah seorang untuk dilantik sebagai menteri?Dalam konteks lain, mampukah Muhyuddin menolak nama Zahid Hamidi kerana jika namanya tidak diterima, kerajaan baru ini juga boleh tumbang dengan sendirinya kiranya UMNO bertindak menarik balik sokongannya?Mahu tidak mahu, kemungkinan Zahid Hamidi disenaraikan dalam barisan kabinet adalah tinggi sekali, tentunya dengan hujah seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.Malah, kemungkinan Muhyiddin bersetuju menjadikannya salah seorang menterinya, kalau pun tidak TPM, adalah juga tinggi.Dalam keadaan itu, jika belum dilantik sebagai menteri pun, persepsi umum telah tercemar berikutan penangguhan kesnya, maka sudah tentu segala-galanya akan berubah setelah dilantik sebagai menteri nanti.Ada juga berpendapat, sebaik saja Perikatan Nasional menjadi kerajaan baru menggantikan PH ini, bukan saja hakim mungkin berubah nada, malah saksi-saksi pendakwa yang memberi keterangan pun boleh jadi sudah berbeza isi keterangannya.Pokoknya, siapakah yang benar-benar berani berbeza pendirian dengan kerajaan yang sedang memerintah negara?Dengan itu, kalau pun kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pimpinan UMNO yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah tidak digugurkan, perbicaraannya selepas ini mungkin tidak lagi menepati kehendak keadilan.Dalam kes Zahid Hamidi misalnya, walaupun beliau mengatakan mahu membersihkan namanya di mahkamah, beliau juga menyebut pendakwaan terhadapnya adalah palsu, bermotif politik dan bersifat terpilih.Mampukah Muhyiddin yang keberadaannya sebagai Perdana Menteri adalah atas sokongan UMNO dan Zahid Hamidi, benar-benar tidak campurtangan dan benar-benar menyerahkan kepada mahkamah menegakkan keadilan?Mungkin peredaran masa akan menghakimi perjalanan kerajaan ini seterusnya, tetapi yang nyata di hari pertama Muhyiddin memulakan tugasnya hari ini ia sudah pun tercemar dengan persepsi buruk terhadap kerajaan pintu belakang yang dipimpinnya melalui penangguhan kes Zahid Hamidi itu. (ShahbudinHusin 02/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/hari-pertama-muhyiddin-bertugas-imej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Pas Bersekongkol Dengan Kerajaan Pintu Belakang Memalukan

Tindakan Pas Bersekongkol Dengan Kerajaan Pintu Belakang Memalukan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 324 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Sehari selepas istiadat angkat sumpah Perdana Menteri Ke 8 kritikan mula dilontarkan kepada pimpinan kerajaan baharu itu terutamanya kepada parti Pas yang dikecam sebagai melakukan tindakan memalukan dengan menyokong ...
Minyak Turun Hasil Kerajaan Pintu Belakang

Minyak Turun Hasil Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 306 hits
Bila kerajaan umum penurunan harga minyak lebih 19 sen hari ini baca komen Sahabat PAS depa kata Nampak tak Kerajaan baru hari ini Minyak turun banyak walhal sorang Menteri pun belum dilantik Punya lah Jahil Apa yang diumum hari ini Mekanis...
Jijik Ker Kerajaan Pintu Belakang Kuasa Sebenar Mahathir

Jijik Ker Kerajaan Pintu Belakang Kuasa Sebenar Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 324 hits
Perkembangan terbaru politik sehari dua ini dianggap sebagai amat menjijikkan pada pandangan Persatuan Patriot Kebangsaan Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini Patriot berkata sebarang usaha mengkhianti mandat rakyat dengan membentuk ke...
Pastikan Kerajaan Pintu Belakang Ini Ditumbangkan

Pastikan Kerajaan Pintu Belakang Ini Ditumbangkan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 490 hits
ARIF ATAN Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Faiz Fadzil menyeru rakyat Malaysia terutama golongan muda untuk menjatuhkan kerajaan pintu belakang yang mengkhianati semangat demokrasi Bekas Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu berkat...
Dap Kutuk Pengkhianatan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

Dap Kutuk Pengkhianatan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR DAP mengutuk pengkhianatan beberapa pemimpin dalam Pakatan Harapan sebelum ini dan ahli Parlimen yang terbabit dalam membentuk kerajaan pintu belakang Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata kerajaan pintu belakang itu ditubuh...
Kerajaan Pintu Belakang Apa Kata Pas

Kerajaan Pintu Belakang Apa Kata Pas

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 364 hits
BERITA SEMASA 18 FEBRUARI 2020 Ketua Penerangan Pas Kamaruzaman Mohamad berkata sekiranya berlaku pertukaran perdana menteri dalam tempoh terdekat ia akan mengganggu proses pentadbiran negara lapor wartawan Sinar Harian Nazihah Khan Muzik w...
Muhyiddin Bertemu Ksn Ketua Ketua Jabatan Pada Hari Pertama Nafi Nak Bertemu Pemimpin Politik

Muhyiddin Bertemu Ksn Ketua Ketua Jabatan Pada Hari Pertama Nafi Nak Bertemu Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 809 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memulakan tugas sebagai Perdana Menteri hari ini mempunyai jadual bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua ketua jabatan serta agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan Pejabat Perdana M...
Kerajaan Pintu Belakang Ph Gagalkan Ph

Kerajaan Pintu Belakang Ph Gagalkan Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 337 hits
Lanskap politik negara dijangka mengalami perubahan yang besar dengan suhu politik semakin memanas Saya ingin menyentuh ringkas kononnya bakal tercetus kerajaan pintu belakang yang membawa konotasi pengkhianatan terhadap mandat yang diberi ...
Dap Kerajaan Pintu Belakang Salah Di Sisi Undang Undang

Dap Kerajaan Pintu Belakang Salah Di Sisi Undang Undang

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming menegaskan pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang undang Beliau juga berkata pembentukan kerajaan berkenaan juga...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai

Lelaki Oku Penglihatan Meninggal Selepas Jatuh Ke Rel Lrt Dan Dilanggar Kereta Api Di Titiwangsa

Rekod Kepimpinan Cemerlang Amk Wp Sokong Kamil Munim Terajui Amk

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites