Bagaimana Dengan Mencintai Diri Sendiri Wanita Lebih Bahagia Dalam Rumah Tangga



Mencintai diri sendiri bukan bermaksud mementingkan diri sendiri. Ia bermaksud selain anda mencintai orang lain, anda juga menyayangi dan menghargai diri sendiri. Apabila diri sendiri gembira, anda juga dapat memberi kasih sayang sepenuh hati kepada orang lain.
Dalam dunia motivasi, frasa ‘self-love’ selalu disebut-sebut bagi menerangkan perihal mencintai diri sendiri.
Antara cara seseorang menghargai diri sendiri adalah seperti mendapatkan sokongan ketika ada masalah, menghormati kehendak diri, dan juga memperuntukkan masa buat diri sendiri untuk bertenang dengan melakukan aktiviti yang disukai.
Namun sayangnya ada segelintir wanita, apabila sudah berada di alam rumah tangga, semakin lama seperti semakin jauh daripada diri sendiri, dalam erti kata lain, mereka mengabaikan hak dan juga keperluan diri.
Jika sebelum berkahwin, mereka seorang yang sukakan kekemasan, suka terlibat dengan aktiviti bermanfaat seperti menjadi sukarelawan, membantu gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan, mengajar anak-anak kecil, aktif melakukan aktiviti lasak yang disukai seperti mendaki gunung – namun selepas berkahwin semua minat dan hobi tersebut dikuburkan.
Alasannya, suami tidak membenarkan lagi untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Atau alasan lain yang akan muncul adalah tidak ada masa atau komitmen dengan anak-anak.
Sekufu Sebelum Dan Selepas Berumahtangga
Apabila berbual bersama seorang penulis Tzkrh.com, Kak Azian Isa dalam sesi podcast kami, beliau ada menyebut tentang pentingnya aspek sekufu sebelum dan selepas berumahtangga. Katanya, kita kerap berbincang tentang sekufu dari segi pemikiran, cara hidup, keturunan dan sebagainya sebelum berkahwin.
Tetapi setelah berkahwin, aspek sekufu semakin lama semakin diabaikan. Perkara yang sebelumnya dipersetujui kini menjadi bahan untuk bertelagah. Perkara yang sebelumnya tidak menjadi isu, kini menjadi isu dalam perhubungan. Kemudian timbul pula masalah-masalah lain seperti pasangan tidak mahu memahami dan sebagainya.
Dalam hal ini penting untuk memahami bahawa perbincangan diperlukan sepanjang masa. Banyak perkara yang perlu ‘disekufukan’ walaupun setelah berkahwin. Ini kerana, pandangan dan perspektif manusia boleh berubah mengikut keadaan dan masa.
Berbincanglah dengan matang, dan bukan dengan penuh emosi dan kemarahan.
Berbalik semula kepada soal mencintai diri sendiri tadi. Terdapat 3 perkara yang dapat menjadi panduan untuk seseorang itu bertindak menyayangi diri sendiri. Berikut antaranya:
1. Tetapkan Sempadan (Set The Boundaries)
Dalam perhubungan yang tidak sihat, seseorang cenderung merasakan bahawa pasangannya merasa hal yang sama seperti dirinya. Contohnya, jika dia sukakan suatu perkara, maka pasangannya mesti sukakan perkara tersebut juga. Maka meletakkan sempadan di sini dapat berfungsi sebagai garisan untuk menghormati keunikan dan pilihan pasangan yang tersendiri.
Dalam hubungan yang sihat, masing-masing akan menghormati pilihan pasangan selagi ia tidak mengganggu keharmonian rumah tangga.
Apabila sempadan yang sihat diletakkan, maka seseorang akan mengambil langkah bertanya dahulu, meminta kebenaran, meminta maaf jika melakukan perkara yang tidak disukai dan sebagainya.
2. Beritahu Dengan Jelas Apa Yang Diperlukan
Wanita cenderung untuk bercakap dengan penuh lapik, kias dan bahasa yang berbunga-bunga yang kadang-kadang langsung tidak difahami oleh makhluk bernama lelaki. Di dalam rumah tangga, sangat penting untuk menyampaikan hasrat hati dan apa yang diperlukan dengan jelas.
Contohnya jika anda memerlukan ‘me time’ atau masa bersendiri untuk melakukan hobi yang disukai, atau untuk berjumpa rakan yang sudah lama tidak berjumpa, maka nyatakan secara jelas apa yang dimahukan dan selama mana tempoh yang diperlukan. Nyatakan sebab dan justifikasi di sebalik perkara tersebut, lakukan negosiasi dengan bijak.
3. Tahu Prioriti Sebagai Seorang Isteri
Apabila anda ingin meminta supaya diberikan masa sendiri, usah lupa kepada tugas dan keutamaan sebagai seorang isteri. Usah lupa tugas hakiki.
Contohnya jika ingin keluar bertemu rakan, pastikan dahulu anda sudah menyelesaikan tugasan di rumah seperti memasak dan mengemas rumah. Selain itu, patuhi perjanjian yang telah dipersetujui contohnya tidak boleh pulang sebelum malam, tidak boleh berjumpa di tempat yang terlalu jauh dan sebagainya. Hormati kepercayaan yang telah diberikan oleh pasangan.
Seorang wanita dianugerahkan dengan emosi supaya mereka lebih sensitif dengan keperluan diri, serta sebagai persediaan menjadi seorang ibu, dalam memahami keperluan anak dan keluarga. Yang paling penting, mereka sendiri perlu sedar bahawa emosi yang stabil dapat menjemput rasa bahagia sekaligus membantu mereka untuk menguruskan keluarga secara optimum.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Bagaimana Dengan Mencintai Diri Sendiri, Wanita Lebih Bahagia Dalam Rumah Tangga appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bagaimana-dengan-mencintai-diri-sendiri-wanita-lebih-bahagia-dalam-rumah-tangga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Dari Perceraian Gading Gisel Ini Cara Mereka Untuk Mencintai Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Belajar Dari Perceraian Gading Gisel Ini Cara Mereka Untuk Mencintai Diri Sendiri Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 325 hits
Seperti yang diibaratkan Gading ketika terjadi sesuatu di pesawat menolong diri sendiri terlebih dahulu baru orang lain Pun dengan kebahagiaan
Hati Tenang Rumah Tangga Bahagia Amalkan Surah Yusuf Thaahaa Lepas Solat

Hati Tenang Rumah Tangga Bahagia Amalkan Surah Yusuf Thaahaa Lepas Solat

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 610 hits
Rumah tangga bahagia pastinya diimpikan oleh setiap pasangan suami isteri Suami tengok isteri rasa tenang je isteri pula tengok suami rasa gembira kerana Allah hantarkan insan yang akan terus menyayanginya bersama anak anak sampai akhir hay...
12 Cara Mencintai Diri Sendiri Sebelum Mencintai Orang Lain

12 Cara Mencintai Diri Sendiri Sebelum Mencintai Orang Lain

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 310 hits
Memang rasanya lebih mudah untuk mencintai orang lain daripada mencintai diri sendiri Kecenderungan merasa diri kurang dan tidak berharga selalu ada pada kita masing masing Padahal mencintai diri sama pentingnya dengan mencintai orang lain ...
Bunuh Bakar Mayat Suami Serta Anak Tiri Kerana Masalah Rumah Tangga Hutang

Bunuh Bakar Mayat Suami Serta Anak Tiri Kerana Masalah Rumah Tangga Hutang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 418 hits
The ReporterTergamak seorang wanita membunuh suami dan anak tirinya dengan membakar mereka di dalam kereta kerana dibelenggu masalah hutang dan juga masalah rumah tangga dalam kejadian Ahad lalu di Sukabumi Indonesia Suspek yang berjaya dit...
Bapak Dan Anak Dibakar Di Sukabumi Motif Pembunuhan Masalah Rumah Tangga Dan Utang

Bapak Dan Anak Dibakar Di Sukabumi Motif Pembunuhan Masalah Rumah Tangga Dan Utang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 248 hits
Motif pembunuhan terhadap Edi Chandra Purnama alias Pupung dan anaknya M Adi Pradana alias Dana karena masalah rumah tangga dan utang piutang Otak pelaku adalah istri Edi Chandra AK Kedua jenazah korban ditemukan hangus di dalam mobil yang ...
Hampir Dirompak Ketika Di Rumah Pasangan Warga Emas Ini Terus Melawan Untuk Mempertahankan Diri

Hampir Dirompak Ketika Di Rumah Pasangan Warga Emas Ini Terus Melawan Untuk Mempertahankan Diri

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 209 hits
Bahaya ada di mana mana Jangan kata di luar rumah di jalan raya atau di tengah lautan di rumah sendiri pun kadang kala bahaya boleh datang tanpa dipinta Bayangkan rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kita tetapi lain pula yang ...
5 Tahun Mendiamkan Diri Setelah Dihina Cikgu Sendiri Akhirnya Gadis Ini Nekad

5 Tahun Mendiamkan Diri Setelah Dihina Cikgu Sendiri Akhirnya Gadis Ini Nekad

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 1045 hits
Bagai lilin membakar diri Ungkapan ini sudah biasa kita perkatakan buat guru guru yang gigih mendidik anak bangsa Tidak kira betapa mencabarnya arus pendidikan yang dihadapi guru tidak pernah lokek dalam berkongsikan ilmunya Sebab itulah ki...
Viral Asisten Rumah Tangga Campur Susu Dengan Obat Agar Anak Pulas Begini Ceritanya

Viral Asisten Rumah Tangga Campur Susu Dengan Obat Agar Anak Pulas Begini Ceritanya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 240 hits
Warganet tengah ramai membicarakan kelakuan seorang asisten rumah tangga di Serpong Tangerang yang mencampur susu anak majikan dengan obat alergi Informasi yang diunggah akun Instagram febevierza912 tersebut kemudian viral Kepada Kompas com...
Demi Cinta Seorang Wanita Sanggup Bunuh Ibu Sendiri

Demi Cinta Seorang Wanita Sanggup Bunuh Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 313 hits
Sumber dari ViralPressSiapa sangka demi cinta kepada kekasihnya seorang wanita sanggup upah pembunuh untuk membunuh ibunya sendiri Kejadian yang berlaku di Thailand seorang wanita bernama Kanchana Srisung bertindak sedemikian kerana ingin m...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali