K Jaan Kaji Kemungkinan Campur Tangan Istana Di Johor


Annabelle Lee 
   
Perdana menteri berkata kerajaan akan mengkaji sama ada wujud campur tangan dari istana Johor berhubung isu had umur belia yang menyaksikan kerajaan negeri membuat dua pusingan U beberapa hari lalu.

Menurut Dr Mahathir Mohamad kerajaan akan melihat sama ada alasan yang diberikan di sebalik keputusan tersebut boleh diterima atau sebaliknya.

Ditemui media di lobi parlimen hari ini, Mahathir ditanya mengenai isu keputusan berubah-ubah diumum kerajaan Johor mengenai had umur belia di negeri itu.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan berharap pihak istana tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Johor.

Kata bekas menteri besar Johor itu beliau dimaklumkan pihak istana memberi pandangan mengenai isu had umur belia, tetapi Putrajaya percaya kerajaan negeri harus diberikan ruang untuk melaksanakan dasar-dasar yang seragam di seluruh negara.

“Saya minta MB dan exco Johor (fikir) masak-masak (dan) pergi jumpa (pihak istana) dan jelaskan perkara itu dan diharap istana tidak memberi arahan atau campur tangan.

“(Beri) pandangan boleh, tapi keputusan mesti supaya Johor dan negeri lain seragamkan perkara yang sama,” katanya.

Ada perbincangan dibuat Kata Mahathir sebelum ini pihak istana pernah campur tangan dalam sesetengah urusan negeri.
"Sebab itu mereka membuat kenyataan sebegitu," katanya.

Justeru, kata perdana menteri, kerajaan akan mengkaji perkembangan di negeri di selatan itu untuk mendapatkan maklumat sebenar apa yang berlaku.

"Kami akan kaji dan lihat sama ada alasan yang diberikan itu boleh diterima atau tidak," katanya.
Dewan Rakyat pada 3 Julai lalu meluluskan rang undang-undang meminda had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Bagaimanapun beberapa negeri mengekalkan umur 40 tahun untuk had umur maksimun bagi belia. Satu daripadanya ialah Johor.

Pengumuman mengenai keputusan Johor itu dikeluarkan pejabat menteri besar pada 8 Julai.
Bagaimanapun sehari kemudian kerajaan Johor menyatakan keputusan mereka menerima pindaan tersebut agar selaras dengan takrifan peringkat pusat.

Kurang dari 12 jam kemudian kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan untuk menarik balik pengumuman kedua, dan kembali menerima had umur belia di negeri itu ialah 40 tahun.

Exco bagi portfolio belia Johor, Sheikh Umar Baghrib Ali, berkata keputusan terbaru itu dibuat selepas "perbincangan lanjut dan nasihat beberapa pihak".



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/kjaan-kaji-kemungkinan-campur-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media China Sebut Negara Barat Campur Tangan Dalam Kerusuhan Hong Kong

Media China Sebut Negara Barat Campur Tangan Dalam Kerusuhan Hong Kong

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 327 hits
Dalam terbitan Kamis 4 Juli surat kabar itu juga menuduh campur tangan Barat menyebabkan pertengkaran diplomatik antara China dan Inggris terkait protes Hong Kong selama beberapa pekan terakhir
Kes Wan Ji Ada Tangan Tangan Campur Urusan Mahkamah

Kes Wan Ji Ada Tangan Tangan Campur Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 358 hits
Mungkinkah penangguhan hukuman berkait perbincangan Dr M AnwarBANGI Kerajaan selalu sebut ratib Rule of Law tetapi ini sudah jadi rule apa Macam ada tangan tangan yang mencampuri urusan mahkamah kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Hj Ami...
Tommy Thomas Henti Campur Tangan Dan Berundurlah

Tommy Thomas Henti Campur Tangan Dan Berundurlah

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 322 hits
Tak sampai setahun pegang jawatan prestasi Peguam Negara burukSEJAK belakangan ini terlalu banyak isu panas yang berlaku di negara kita setiap hari Bagaimanapun isu kematian Adib masih lagi segar dalam ingatan setiap rakyat Malaysia Sudah 6...
Wee Tidak Campur Tangan Kata Ahli Lembaga Pengarah Kojadi

Wee Tidak Campur Tangan Kata Ahli Lembaga Pengarah Kojadi

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 336 hits
Wee tidak campur tangan kata ahli lembaga pengarah Kojadi nbsp Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 2019
Tun M Beri Amaran Kepada Istana Johor

Tun M Beri Amaran Kepada Istana Johor

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 544 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran seandainya wujud sebarang campur tangan pihak istana Johor dalam isu mengekalkan had umur golongan tersebut kepada 40 tahun di negeri tersebut Hanya selepas lapan jam menerima...
Pemimpin Ph Bukan Islam Jangan Campur Tangan Urus Tadbir Agama Islam Zahid

Pemimpin Ph Bukan Islam Jangan Campur Tangan Urus Tadbir Agama Islam Zahid

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 357 hits
MASJID TANAH 23 Jun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin Pakatan Harapan bukan Islam tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran agama Islam Jelas beliau segala hal ehwal agama Islam hanya boleh diurus tadbir oleh mereka yang ber...
Azmin Dihujung Tanduk Pkr Tidak Akan Campur Tangan

Azmin Dihujung Tanduk Pkr Tidak Akan Campur Tangan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 601 hits
KUALA LUMPUR 17 Julai Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan PKR Pusat tidak akan campur tangan berhubung siasatan pihak berkuasa susulan penahanan seorang pemimpin partinya di peringkat negeri melibatkan kes p...
Exco Johor U Turn Katanya Arahan Pihak Istana

Exco Johor U Turn Katanya Arahan Pihak Istana

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 233 hits
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin bimbang dengan campur tangan istana Johor dalam urusan pentadbiran kerajaan pusat selepas kerajaan negeri membuat pusingan U terhadap penurunan had umur belia kepada 30 tahun Sebab itu kita harap dalam ...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Easy Beef Keema Shami Kabab Recipe In Urdu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semoga Allah Melindungi Kita

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Pengerusi Mais Ppim 28 10 2025

Aktiviti Lawatan Ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al Quran Ppim 02 11 2025

Drama Saat Aku Tahu

Resipi Minyak Bijan Homemade Cara Mudah Buat Sendiri Wangi Tahan Lama

Xpd Usd Sedang Cuba Menguji Tahap Sokongan Terdekatnya Hari Ini Isnin 3 November 2025