K Jaan Kaji Cadangan Wajibkan Sekolah Hingga Tamat Tingkatan 5


Bernama      
Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan.

Beliau berkata Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja.

“Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ziarah Cakna peringkat kebangsaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, hari ini.

Teo berkata program tersebut adalah lanjutan dari program ‘Sifar Murid Cicir’ yang dijalankan sejak Julai 2018.
Teo Nie ChingIa bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi sesuatu keluarga yang menyebabkan anak-anak mereka gagal menghadiri sesi persekolahan.

“Mungkin dengan cara ini (Ziarah Cakna) kita dapat berjumpa ibu bapa dan memahami masalah mereka.

"Ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak untuk bersekolah pada umur tujuh tahun, kita boleh ambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa dengan cara ini, guru-guru dan pemimpin tempatan dapat turun melawat ibu bapa di rumah dan memahami masalah dihadapi mereka dan merangka tindakan yang boleh diambil,” kata Teo.

Tambahnya, kementeriannya juga boleh mengenal pasti bantuan yang perlu disalurkan kepada ibu bapa ini sekiranya mereka menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Namun, menurut Teo, terdapat juga ibubapa yang tidak bertangungjawab dan tidak memikirkan masa depan anak mereka sendiri.

Sementara itu, katanya kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan kembali sistem pengasingan kelas bagi murid-murid sekolah.

Menurutnya, Ujian Kemasukan Tahun Satu telah pun dimansuhkan kerana kerajaan percaya ia adalah terlalu awal untuk melabel murid-murid sekolah, seawal usia tujuh tahun.

“Kita harap kita dapat beri peluang yang sama kepada anak-anak ini. Dan di Finland, walaupun tanpa sistem pengasingan kelas, sistem pendidikan mereka adalah yang paling cemerlang dan jurang di antara murid-murid sekolah adalah yang paling kecil.

“Saya rasa ini yang patut kita pelajari kerana kita nak elakkan situasi di mana sejak awal lagi murid ini diberikan label,” jelasnya.

Menurutnya, kementerian pendidikan turut berazam untuk membangunkan murid-murid yang mempunyai karakter dan sahsiah terpuji dan bukan sekadar cemerlang dari sudut akademik.
-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/kjaan-kaji-cadangan-wajibkan-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wajib Murid Tamat Sekolah Tingkatan Lima Tidak Wajar

Wajib Murid Tamat Sekolah Tingkatan Lima Tidak Wajar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 511 hits
Omar Immun via Utusan BorneoKUCHING Tindakan mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tingkatan lima dilihat kurang wajar Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Sarawak Omar Immun berkata pe...
Cadangan Wajibkan Anak Sekolah Sampai Spm Atau Ibu Bapa Boleh Didenda Dan Dipenjara

Cadangan Wajibkan Anak Sekolah Sampai Spm Atau Ibu Bapa Boleh Didenda Dan Dipenjara

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 486 hits
Mungkin tak ramai yang tahu Akta Pendidikan Negara kini hanya mewajibkan murid murid untuk melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam sahaja Disebabkan itu kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan Negara untuk mewa...
Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad

Sedekad Di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 603 hits
Assalamualaikum dan hai Pada 12 Januari 2019 genaplah sedekad saya bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad Kagum Saya kagum dengan diri saya sendiri Boleh gitu Haha Mengimbas kembali sedekad yang lalu masih segar d...
Jumpa Bom Dua Buah Sekolah Di Kudat Ditutup Hari Ini

Jumpa Bom Dua Buah Sekolah Di Kudat Ditutup Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 650 hits
KOTA KINABALU 14 Jan Dua buah sekolah rendah di Kudat ditutup sementara hari ini melibatkan 42 guru dan 393 murid apabila berlaku kebakaran serta penemuan bom lama di kawasan sekolah berkenaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mistir...
Jadual Tarikh Cuti Penggal Sekolah Serta Cuti Perayaan 2019

Jadual Tarikh Cuti Penggal Sekolah Serta Cuti Perayaan 2019

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1166 hits
Buat ibubapa seperti saya takwim atau jadual cuti persekolahan adalah sesuatu yang penting dan wajib diketahui Kalau ada buku planner memang patut tandakan tarikh tarikh cuti sekolah termasuklah cuti sekolah untuk perayaan macam Tahun Baru ...
Rakyat Sengsara Najib Bangkitkan Harga Makanan Di Kantin Sekolah Juga Naik

Rakyat Sengsara Najib Bangkitkan Harga Makanan Di Kantin Sekolah Juga Naik

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 604 hits
Kita maklum murid sekolah bukan pengilang Tapi mereka juga mangsa yang terkena Senyap Senyap Tibai di bawah kerajaan PH Harga makanan untuk kanak kanak di kantin sekolah naik harga minggu lepas Bukan sekadar naik sedikit Naik melampau Harga...
Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

Lima Inisiatif Sembilan Intervensi Ringan Beban Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR 14 Jan Sebanyak lima inisiatif merangkumi sembilan intervensi diperkenalkan Kementerian Pendidikan untuk meringankan bebanan tugas guru seluruh negara Kesemua inisiatif tersebut yang juga merupakan perancangan jangka pendek di ...
Jadual Cuti Perayaan Sekolah Malaysia 2019 Rancangkan Cuti Anda

Jadual Cuti Perayaan Sekolah Malaysia 2019 Rancangkan Cuti Anda

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1109 hits
Sekolah Kumpulan AKedah Johor Kelantan dan TerengganuSekolah Kumpulan BPerlis Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Pahang Wilayah Persekutuan KL Putrajaya Labuan Sabah dan Sarawak Untuk Cuti Hari Keamatan iaitu pada 30 31 Mei ...
Murid Dan Bapa Saudaranya Maut Dilanggar Lari Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Murid Dan Bapa Saudaranya Maut Dilanggar Lari Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 564 hits
Murid dan bapa saudaranya maut dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke sekolahDua maut seorang lagi cedera ketika selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1 Kuala Selangor Rawang ketika dalam perjalanan ke sekolah Dalam kejadian jam...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri