K Jaan Akan Bincang Dengan Spr Isu Sekatan Menteri Berkempen Waktu Kerja Dr M


THE MALAYSIAN TIMES 

PUTRAJAYA: Kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan sekatan terhadap menteri kabinet untuk berkempen dalam pilihan raya ketika waktu bekerja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sekatan tersebut seolah-olah memberi peluang kepada parti lawan yang tidak mempunyai kerja untuk berkempen 24 jam, sedangkan menteri-menteri tidak boleh berkempen.

“Jadi mereka masa kerja mesti ada dalam pejabat, tak boleh berkempen, sedangkan lepas kerja pun menteri-menteri kerja juga sampai pukul 10 malam kerja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata semasa Pilihan Raya kecil (PPRK) Cameron Highlands pada tahun lepas, beliau juga tidak dibenarkan menggunakan kemudahan kerajaan termasuk kereta dan kapal terbang.

“Semasa saya berkempen di Cameron Highlands, saya kena sewa helikopter swasta untuk ke tempat itu dan kereta milik saya sendiri terpaksa bawa ke sana untuk saya dari lapangan terbang ke tempat berkempen balik pun macam itu juga,” katanya.

Pada Oktober tahun lepas, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun mengingatkan anggota kabinet dan anggota politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak menjalankan aktiviti berkempen dalam waktu bekerja pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Selain itu, Azhar berkata anggota kabinet juga tidak seharusnya menggunakan aset-aset atau kemudahan kerajaan bagi tujuan berkempen.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat JKKMAR tersebut membincangkan beberapa inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah nasional (NACP) termasuk mereformasi sistem pilihan raya dan cadangan-cadangan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) berkaitan SPR.

“Kita dapati dalam pilihan raya berlaku banyak perkara tak diingini umpamanya sengaja dilewatkan untuk isytihar kekalahan kerajaan dan macam-macam lagi berlaku, semua ini akan diusahakan SPR supaya tak berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata SPR kini sedang dalam proses membuat ‘pembersihan’ data daftar pemilih melalui kerjasama strategik dengan Bank Negara, institusi perbankan, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, syarikat telekomunikasi dan syarikat utiliti bagi tujuan semakan data.

Selain itu, Dr Mahathir berkata JKKMAR turut memutuskan supaya satu mekanisme yang kukuh dan efektif dalam proses pengeluaran permit dan lesen di Kementerian Pertanian dan Induustri Asas Tani dibentuk.

Ia susulan beberapa isu yang diketengahkan oleh kementerian itu membabitkan mekanisme proses pengeluaran permit dan lesen bagi hasil pertanian yang diimport antaranya penyalahgunaan kelulusan kuota, ketirisan, keselamatan makanan dan keupayaan penguatkuasaan.

Dr Mahathir berkata mesyuarat juga bersetuju secara prinsip bahawa semua projek kerajaan yang akan dilaksanakan perlu mendapat khidmat nasihat dan penilaian daripada agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya.

Beliau berkata langkah itu supaya tidak berlaku lagi situasi projek-projek besar di dalam negara dibuat tanpa mengambil kira pandangan jabatan teknikal seperti dahulu bagi memastikan penentuan projek diuruskan dengan telus dan berakauntabiliti.

Bagi meningkatkan integriti individu yang dilantik sebagai pengerusi, ketua pegawai eksekutif dan ahli lembaga pengarah dalam syarikat berkepentingan kerajaan (GLC), katanya JKKMAR juga bersetuju supaya kaedah tapisan yang dilaksanakan perlu ditambah baik.

Dr Mahathir berkata beberapa elemen perlu dimasukkan termasuk tapisan keutuhan pengurusan SPRM, semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi dan semakan ke atas penyertaan dalam mana-mana syarikat.

Katanya individu tersebut juga perlu mengisytiharkan sekiranya terdapat ahli keluarga yang berkhidmat dalam syarikat ataupun yang terlibat dengan mana-mana perolehan membabitkan GLC selain semakan latar belakang dan kesahihan kelayakan pendidikan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kjaan-akan-bincang-dengan-spr-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Minta Spr Kaji Halang Menteri Berkempen Waktu Pejabat

Pm Minta Spr Kaji Halang Menteri Berkempen Waktu Pejabat

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 204 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan sekatan terhadap menteri Kabinet untuk berkempen dalam pilihan raya ketika waktu bekerja kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Loading v
Majlis Keselamatan Pbb Sedia Bincang Isu Barat Laut Syria

Majlis Keselamatan Pbb Sedia Bincang Isu Barat Laut Syria

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 224 hits
Majlis Keselamatan PBB sedia bincang isu barat laut Syria nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 May 2019 7 3
Isu Dr M Istana Beri Peluang K Jaan Mentadbir Pemuda Amanah

Isu Dr M Istana Beri Peluang K Jaan Mentadbir Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 257 hits
Isu Dr M istana Beri peluang k jaan mentadbir Pemuda Amanah Keutuhan konsep Raja Berperlembagaan akan kekal dihormati apabila batas batas ini tidak dilanggari kata ketua pemudanya Sany Hamzan
Pm Tun Dr Mahathir Cadang Tukarkan Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Pm Tun Dr Mahathir Cadang Tukarkan Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 431 hits
Adakah anda sudah bersedia untuk bekerja di waktu malam Ya Malaysia dalam kerangka menukar waktu kerja daripada siang kepada waktu malam Namun pertukaran masa bekerja itu bagi industri tertentu sahaja untuk mengurangkan kebergantungan kepad...
Jokowi Dan Elite Koalisi Setuju Tarik Menteri Muda Ke Kabinet Kerja

Jokowi Dan Elite Koalisi Setuju Tarik Menteri Muda Ke Kabinet Kerja

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 294 hits
Menurut Sekretaris Jenderal Nasdem Johnny G Plate Jokowi minta tukar pendapat terkait menarik menteri dari kalangan milenial
Kerajaan Sedia Bincang Isu Penjualan Tanah Kampung Baru

Kerajaan Sedia Bincang Isu Penjualan Tanah Kampung Baru

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Wilayah Persekutuan sedia berbincang dengan seluruh pemilik tanah di Kampung Baru berhubung penjualan tanah kepada kerajaan untuk pembangunan semula kawasan berkenaan Menterinya Khalid Abdul Samad berkata berikutan ...
Bersih Cadang Menteri Ambil Cuti Jika Mahu Berkempen

Bersih Cadang Menteri Ambil Cuti Jika Mahu Berkempen

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 319 hits
MALAYSIAKINI Bersih mencadangkan agar menteri dan kakitangan awam yang menjadi pemimpin parti politik supaya mengambil cuti sekiranya ingin berkempen dalam apa juga pilihan raya ketika hari bekerja Cadangan itu dikemukakan badan pemantau pi...
Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

Mungkin Ramai Sukar Terima Tapi Lama Kelamaan Kita Akan Biasakan Diri Pm Cadang Tukar Waktu Kerja Siang Kepada Malam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 381 hits
Mungkin ramai sukar terima tapi lama kelamaan kita akan biasakan diri PM cadang tukar waktu kerja siang kepada malam Malaysia dalam kerangka menukar jam waktu kerja daripada siang kepada malam bagi industri tertentu untuk mengurangkan keber...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai